Friday, April 27, 2012

QWERTYUIOP Sebuah Typewriter Lama

Assalamualaikum.. hui hui. Watpa? Senang menikmati 130 siaran free dari Astro ke? ahaha. Tahniah Astro =) Aku nak layan astro warna ngan animax puas2 selama 10 ari ni.. Awatlah tak bagi sebulan je? haha. Ok, fokus kat tajuk. Pendek je entry ni.


Kelmarin, mak aku kemas barang kat belakang rumah. Terjumpa satu typewriter lama. Lama tak lamalah tahun 2005 lebih kurang. Abg aku cakap typewriter tu lah guna untuk buat surat menyurat sebelum ada PC + Printer lagi!
CANON TYPESTAR 10-II

Ayah aku plak cakap typewriter ni beli dalam harga rm300 gitu. Typewriter elektronik wuhh.. Aku tak tau boleh digunakan lagi atau tidak. Typewriter tu guna battery dan juga boleh dengan charger dia. Batter yang size besaq tu. Aku tak tau size apa.. =)) Oh ya, aku xpernah pun guna typewriter tu..huhu


Nampak tak kat belah kanan gambar tu? Itu penutup dia.. Kalau dah tutup, dia jadi macam briefcase. Boleh bawak kemana-mana sahaja. *skema
sumber
Ada sesapa lagi tak simpan typewriter lama camni? 

Thursday, April 26, 2012

Apa pula masalah blog ni... | Masalah shoutbox simple mimple


Assalamualaikum. Ok. Terus kepada tajuk. Malas nak cerita bende lain.


Kepada pelawat blog ni datang melalui "google" sebelum ni macam korang search " syatoza tutorial " , " syatoza photoscape" ataupun yang berkaitan dengan blog ni. Mesti korang tetiba didirectkan ke website poker kan? ataupun tiba²  masuk dalam youtube yang bertajuk 'origami' dan 'draw'.


Macam ni;
dan

Aku dapat tahu pasal ni pun, time aku google sendiri blog aku ni. Aku pelik jugak, bila masa blog aku ni ada kaitan dengan main poker? Macam haram! Tapi mmg haram pun kan main poker.. =_="

Yang youtube tu. Aku ada jugak terfikir, "eh, blog aku ni ada share ngan video youtube ni ke? Nak jadi patner aku ke apa ni? hahaha"

Aku syak mesti ada masalah coding html blog aku ni.. Aku godek² html code , tak ada apa pun yang membuatkan dia direct ke website tu. Tapi aku tetap syak ada masalah dengan coding, mau je aku tukar template blog ni.haha

Aku try tanya Kak Shida dengan Bro Framestone.. Benda yang sama, html code blog ni. Aku try tgk lagi sekali, tapi kali ni aku tgk kat code gadget.. Gadget blog ni tak banyak sgt pakai Html/Javascript, aku click kat gadget shoutbox. Aku try buang shoutbox tu. Then aku google blog aku balik, tak ada plak didirect ke website poker tu. 

Aku masukkan balik code shoutbox, then aku google. Hah! Mmg ada kaitan direct tu dengan shoutbox. Aku masuk ke website shoutbox tu, aku click kat fb shoutbox tu. Kat fanpage shoutbox tu ada video origami. Ye, mmg terbukti punca dari shoutbox tu! Terus aku remove gadget tu, ambik ko! Nak tarik traffik lettuw =="

Bagai sesapa blogger yang guna shoutbox tu, harap korang remove dan ambil shoutbox lain macam cbox.
Eh, lupa plak nak bg url blog tu.. http://shoutbox(dot)widget(dot)me/

Tuesday, April 24, 2012

Adobe After Effect | Kenapa duit nuffnang aku tak naik hah?

Assalamualaikum.. Saranghae, sarang burung, sarang semut dan sebagai nya sarang. ^_^"
Petang tadi pukul 3, aku dengan kawan aku (2 orang) pergi sekolah. Cikgu mintak tolong kat aku ajarkan video intro (gunakan adobe after effect) kat bebudak yang join contest ICT DUNIAKU kategori video!  Pehhh lama gila aku tak bukak Adobe AE ni! Aku dah lupa dah cara nak buat, last pakai bulan 10 rasanya kat pertandingan Video Korporat Unit Bimbingan & Kaunseling Peringkat Negeri.. *aku wakil daerah beb! tapi kalah! kahkahkah =p Aku tak buat template pun, aku just download template tu then ubah sikit..senang je..nak² plak kalau kes emergency nk digunakan dalam masa terdekat kan.
Kepada bebudak yang aku dah ajar tadi, walaupun aku ajar sikit je... Harap korang menang! Yeargh! 


Oh ya, pegi sekolah tadi naik kereta. Pestime beb bawak kete lalu pekan then gi sekolah! =___=" Alhamdulillah semuanya selamat..harhar
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Masa untuk title ' Kenapa duit nuffnang aku tak naik hah? ' Hahh? Padia?
kredit

Ok, aku dah 2 tahun lebih rasanya blogging. Begitu jugak iklan nuffnang dah lama dah dipasang dalam blog ni. Ada jugak sekali tu aku tukar ke syarikat pengiklanan lain, tapi aku taknak dah sbb aku 'ter'seleweng akaun tu.. ==" So tak nk duit tu jadi duit haram, aku tukar kembali ke nuffnang walaupun earning mmg lambat gila masuk. hewhew. 


Untuk pengetahuan korang aku tak pernah cashout duit nuffnang. Hampir 3tahun pasang iklan nuffnang tu tapi takpernah lagi cashout, duit sikit je.. Blogger lain kemain dpt ratus².. jelesjelesjeles
Aku try google kenapa earning aku tak naik².. Siap hantar tiket kat Nuffnang lagi..haha. Rupanya 
kene update selalu survey tu.. Alhamdulillah, akhirnya naik jugak earning aku tu.  ^_^ 


Sekarang ni dah rm50+.. aku taknak cashout lagilah, biar je lah situ.. Biar kumpul smpai beratus².. Apa? Kumpul sampai ribu², juta² ? berangan je la ko zai..kah3

Friday, April 20, 2012

Aku tak biasa, aku tak biasa, aku tak biasaaa


Assalamualaikum, ohooooi.. Blogspot dah tukaq ke interface baru sepenuhnya.. Waaaa.. Hangpa semua tau dak aku tak berapa suka interface lama ni? Nampak macam tak berapa cool je.. *bagi aku lah.. Interface lama lagi best..


Tapi nak buat camne kan, terima je lah.. Biasa² kan bende baru ni. Bende ni free, jangan mengada nak potpetpotpet bagai. Macam facebook timeline, ramai jugak aku tgk orang merungut. Ada yang kata serabut, ada yang siap berkawad mata lagi nak tgk status post *kiri kanan kiri kanan 


Nasib baik ada cara disablekan facebook timeline tu, so takyah la otak korang nak serabut² kan?
Agak² ada tak nanti cara tukaq balik ke interface lama blogspot ni sama macam disable facebook timeline tu? O.o


Yah yah, aku tau boleh tukaq ke old interface balik, but kalau aku dah tukaq balik..lama² dia automatik tukaq ke baru ni balik.. haih.. apa banyak beno 'balik balik balik' ni...

Thursday, April 19, 2012

Ade lembu nak jaga~

Gambar diatas ialah seni........ entah, aku lupa..
Oyeah, aku terpengaruh dengan cite ' ART ATTACK!' 
Anak buah aku la, tgk cite ni.. Last² aku skali join tgk sama.. ish3..
Aku taktau lah, best jugak Art Attack ni, dia macam buat otak aku aktif kejap dan kembali ke alam bebudak....harhar

Tadi search google, cari pengacara Art Attack tu, Qushairi Razali;
Baru aku tau dia ni Qi ex pengacara jalan² cari makan! haha.. 
Aku ingatkan orang lain dalam Art Attack tu... =__="


Aku rasa nak buat sticker macam ni lah...

Bukan sticker gambo kete tu, tapi teks kat kete tu.. Boleh kot buat?haha
Patut aku buat camni lah " Baru ambik lesen, tak banyak pengalaman lagi " acewah 


gambar asal = Car Back View

Tuesday, April 17, 2012

Jam famous?


Lepas dah habis semua tu, aku kene tunggu lagi.. Tak boleh balik sebab ada calon yang sama ambik dengan aku tak selesai lagi test.. Aku boring gila menunggu.. Dah la pagi pun tunggu, ni pun nak tunggu calon habis test lagi.. =__=" 

So, nk menghilangkan boring aku pergilah KFC. Nasib baik dekat je ngan tempat belajar ni.
Kaf KFC, aku mintak 'Famous Bowl' tu.. Cashier tu ckp kene tunggu 10minit. Aku lepaklah seorang diri sambil mesej ngan kawan... Lepas tu pelayan KFC tu datang anto 'famous bowl' dan bagi resit. Aku bacalah resit tu, tersenyum sorang².. Ada plak akak cashier ni tulis;
Apa dia jam famous tu? Ni? Jam ni ke?
Sumber Casio
Tu lah jam yang aku pakai.. Dee and Ricky..hoho. Ok, ini jam murah.. Replica aje.. Gile nk beli yang original, nak tau harga original ni berapa? Entahlah..haha.. Tapi aku tengok tenet, ada rm1000, ada juga rm3000 =="
rm1000? rm3000? Baik aku beli lens camera! haha

*makan sorang² kat KFC ni bosan jugak kalau takde kawan nak sembang.. T_T

Monday, April 16, 2012

Kau langgar undang-undang tu pesal?!

Pukul 7pagi aku bangun dari tidur. Yah, aku terlewat untuk menunaikan solat subuh. Cepat² aku mandi, solat, dan terus mengadap computer.heh


Pukul 8pagi aku dah bersiap (hensem habis wa cakap lu) untuk menunggu agent latihan memandu aku datang mengambil aku ke tempat belajar kereta.

Pukul 9pagi aku menunggu giliran. Kenapa lambat sangat? Kenapa tak panggil pun diorg ni? Aku still menunggu, sambil sembang dengan calon lain. Oh, agent tu pergi makang. Kelihatan ramai calon berada dibawah bumbung belah sana. Agaknya calon ulangan maybe? Aku menunggu...
 
Pukul 9pagi+++ aku disuruh agent tu pergi ke pejabat JPJ. Yeah, rupanya time aku tengah tunggu punya tunggu tu diorang dah panggil dah untuk masuk ke dalam bumbung yang aku sangkakan itu calon ulangan. Wargh.. Nape aku x dengar diorang panggil? Taklimat pun aku tak pi! hahaha *gelak jahat


Pukul... entah pukul berapa, tak tahu. Aku menunggu lagi kat bawah bumbung. Menunggu giliran aku untuk dipanggil buat ujian bahagian bukit. Sorang² aku perhatikan masa ujian bukit tu. Ada yang lepasi ujian tu , ada yang tak sampai had untuk brek, ada yang dipanggil keluar disebabkan peluang kali kedua diberikan tidak dapat dilaksanakan. Amboi ayat aku. 

Pukul 9.35 pagi. Giliran aku pula untuk buat ujian bukit. Fuhh fuhh.. Aku dapat kereta kancil yang agak (~_~) Aku lepas clutch sikit je dah bergegar kereta tu..hahaha. Petugas suruh aku keluar dari kereta tu yang boleh membuatkan aku fail ==" Dia suruh aku pakai kereta yang ditunjukkan. Aku naik, alhamdulillah.. Bolehlah... Aku lepasi ujian bukit (seminit), sideparking (seminit), 3 penjuru (seminit rasanya).. Hoyeah.. Syukur alhamdulillah aku lepas semua.. Ok, masa untuk jalanraya.. Pin pin!

Pukul 10.40+ pagi.  Aku masuk ke dalam kereta tu. Kereta kancil memang tak sesuai untuk aku sebab aku ni agak besar.. Nak kene Mitsubishi lancer atau Toyota Alphard baru umph!..wakaka
Ok, masa untuk berak beraksi. Bruuum bruuum aku bawak. Lancar.. Alhamdulillah.. walaupun ada sedikit spoil.. Pukul 11pagi gitu tamat. 20minit gak ye masa bawak jalanraya ni.. 

Yes! Lulus! Perasaan seperti dapat result SPM straight As ! harhar
Syukur alhamdulillah ya Allah...


*aku rasa tak sesuai doodle + frame polaroid.. =="

Wednesday, April 4, 2012

Menconteng di Adobe Illustrator

Assalamualaikum. Kabare? Waras? Bagus bagus.. Wes mangan ? hoho.. Tu je la kot bahasa jawa yang aku tau. Wes mangan tu aku rasa "sudah makan?" gitu lah.. Aku rasa je sebab aku ni orang Perak. Atte, teman mana la tau cakap bahasa jawa ni. Aje nye ye ler.. =__=" Tapi, aku bukan selalu sangat cakap dalam bahasa Perak ni walaupun aku orang perak. Aku selalu cakap dalam bahasa biasa + utara.. Cube korang tgk kat post sebelum² ni.. Ada tak aku cakap ada slang² utara sikit? haha
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok, aku bukan nak cite pasal bahasalah. Aku nak cite pasal apa yang aku buat selama 5 bulan lepas aku habis sekolah. Macam² aku buat sebenarnya. Macam malam² melepak dengan kawan, ngadap komputer + tenet tiap² hari, belajar Adobe Illustrator, pegi belajar memandu lesen kereta, dan lain².. Tapi aku nak tunjuk kat korang, pasal Adobe Illustrator ( Ai ). Dulu pakai Adobe Photoshop je, sekarang ni dah suka dah kat Ai ni =D


Mula² memang aku tak tahu langsung nak guna Ai ni, aku explore² kegunaan tool dia kat Pakcik Google dan tanya macam² kat abang aku sendiri.. Aku trylah melukis guna Ai ni. Serius best! 


Meh aku tunjuk kat korang hasil yang telah aku buat yang tak seberapa ni;
Ini Dai dari Misteri Naga ( Dragon Quest, Dai No Daiboken ) Komik ni dulu sama femes dengan komik Mutiara Naga ( Dragon Ball ) tau tak?! haha
Ini Pop. Bukan KPOP atau mercun pop.. =_=" Ini pun karekter dari komik Misteri Naga ( Dragon Quest, Dai No Daiboken ) , rakan seperjuangan Dai.   
Yang ni kalau korang tak kenal, aku taktau lah nak cakap apa..haha -.- Aku buat separuh je, tak pandai lagi nak buat bibir dengan hidung.. T_T *comey plak akak Heliza ni.. Auw auww~
Wallace & Gromit! Yeayy~ animasi dari tanah liat kan? Serius cite ni best. Sama best dengan cite Shaun the Sheep.. =D
Yang ni pulak panda.. Cube eje, p a n d a.. Panda-i! ^_^" Aku ambik kat tutorial mana entah. Femes dah tutorial buat panda ni.. 



Orite, ok tak? ke ko? T_T Nak buat gambar orang jadikan vector tu lah agak susah nak buat. Tu aku suka buat watak animasi ngan bende simple je..ngeh3

Tuesday, April 3, 2012

Isi Permohonan ILKA / TEVT-POLITEKNIK last minute!!

Harini 2 April 2012 (semalam) last permohonan ke IPTA/ Politeknik.
Aku dah buat dah UPU ke IPTA tu.
Tapi aku tak tau plak ada Politeknik tu.
Memang aku tak tahu langsung!
Malam tadi baru aku tau. Kawan aku NAZ gitau.
Fuhh..  lagi sejam dah nak tutup permohonan tu..
Nasib baik aku sempat.. Alhamdulillah =D
Aku dah banyak dah mohon ni, KPM KPTM UNIKL, UPU (IPTA) UPU (POLI).. Banyak ke? 
Aku rasa orang lain lagi banyak kot..
Aku mengharap dapat kat IPTA... huhu
Doakan aku dapat masuk IPTA ye.. 
Doa²kan jugak lepasan SPM lain tu.. InsyaAllah.. amin ^_^
Selamat malam. Assalamualaikum..




*yeay! untuk harini (dan semalam) aku berjaya buat 3 post! haha
*ok, post ni pendek.. Sebab yang takde sebab apa aku nak sebabkan.. =___=" acano tu?
eh, tetiba plak ada android atas ni..ngaa~  
kredit sumber android

Monday, April 2, 2012

Tutorial : Cara Print Screen dengan mudah (Photoscape)

Assalamualaikum ^__^ Ok, aku tak ada apa nak cite kat korang.


Haih, lepas SPM ni jadi femes yek. Seminggu  3/4 kali dapat surat dari u/kolej. Semestinya swasta. Dan ada jugak pihak u/kolej yang call aku. Haih, mana diorang dapat no fon aku haa? Femes aku ade je orang u/kolej call je..kah3


Ok, tadi gitau takde apa nak cite, ni tadi ada plak? puek~
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Print Screen. Tau kan apa print screen tu? Dia macam tangkap gambar kat dalam desktop pc korang ni lah. Contoh macam ni ;

Hahh, macam ni lah =) Boleh print screen kat mana² pun boleh selain desktop.. Tgh main game pun boleh print screen jugak.


Print Screen menggunakan Photoscape ( cara pertama )
1. Tekan button ' Print Screen ' kat atas insert, sebelah kiri scrool lock, sebelah kanan F12. Faham tak? hahaa
2. Haish, tu pun nak tunjuk gambar button tu ka?

3. Sudah tekan button tu, korang masuk Photoscape atau Paint. Tapi aku selalu guna Photoscape je.
4. Masuk 'EDITOR'
5. Tekan button CTRL + V ( paste ), kalau nak right click + paste tu tak boleh.. Aku tak tau pasaipa. 
6. Lepas tu save lah! Apa lagi! haha
7. Boleh jugak dan tambah apa² kat gambar print screen tu, macam aku mosaic sikit kat gambo pertama atas ni. 


Print Screen menggunakan Photoscape ( cara kedua )
1. Buka Photoscape
2. Click pada ' Screen Capture '


3. Click la mana² yang korang nak.. 
-Capture Full Screen tu macam gambar pertama atas tu. 
-Capture Window tu capture dalam window je. Acano nak cite eh? haha
-Capture Region tu memandailah korang explore yer.. Serius aku tak tau nak terangkan kat sini.. haha =="
Repeat last capture , entahlah.. Aku pun baru click tadi, dia capture balik apa yg telah kita print screen kan sebelum tu. Tapi mmg jarang gunalah.


Ok, ada faham ka? Kalau tada faham , sini mari tanya.. =p kredit : Wikipedia

*updated!
Untuk pengguna Windows 8, lagi senang!
Korang just tekan Win + Print Screen. Win tau tak? Yang ada symbol windows kat keyboard tu.
Gambar yg sudah diprintscreen akan disave dekat libraries --> pictures folder. Selamat mencuba ^_^

Nak tahu cara masukkan blog dalam Majalah Remaja?

Assalamualaikum.. hoyeah hoyeah.. Aku update jugak blog ni.. ^___^ Lepas result SPM, tak ter-update blog ni, maybe mood aku agak kurang. Mungkin disebabkan result SPM aku kot? Takpe, aku terima dengan redha result aku tu =D Ok, ok.. Kembali bersemangat. Semangat!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hampa semua... Ye, korang semua.. Korang yang bergelar blogger tu mesti suka apabila blog korang dapat masuk majalah, kan? Kalau blog masuk TV lagi best! Femes amos la korang..haha


Sesiapa blogger yang dapat masuk majalah/suratkhabar atau tv mesti automatically akan dipanggil 'retis' oleh kawan-kawan blogger lain. Macam Cik Reena Tan yang baru je tadi tunjuk yang blog dia masuk dalam Majalah Remaja ^_^" Kak Reena Retis..kah3
Korang mesti nak blog korang masuk Majalah Remaja ni kan? Camne cara nak buat eh?


1. 5 Print Screen gambar blog korang tu. Print Screen je part Header, body, footer dan lain²..
2. Buka email, emailkan kepada 
-m.shahir@karangkraf.com
-ju.munira@karangkraf.com.my
(aku tak tau mana 1, sebab dari cik reena punya entry email lain, yang aku jumpa kat page Majalah Remaja plak lain..==" Korang email je lah dua² skali..senang cite..kah3 )
3. Dalam email tu, taip nama penuh, alamat dan umur
4. Ceritakan mengenai blog korang secara ringkas dan menarik! =)
5. Hantar. Kalau ada rezeki blog anda terpilih.. Tahniah! Alhamdulillah.. ^_^ 


Kejap, pastikan blog korang mmg betul² kemas/ringan.. Jangan plak ada bende terbang² tu.. orite? Tgk gambar atas tu, siap ade markah tuuuu....
Lagi satu, blog kene sentiasa update lah =) Jangan macam aku ni, sebulan sekali je.. *ceyh


Ok. Korang tau tak aku ambik masa dua ari taip entry pendek ni? haha.. Mana taknya, taip sekerat.. pastu rasa malas plak.. esoknya (arini) sambung taip balik.. =))))


sumber info, gambar

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza