Friday, November 16, 2012

They're back !

camera family punya. ^_^

Beberapa tahun dahulu, selalu guna camera tu. Beli roll film, tangkap gambar, then pegi kedai, cuci... Beberapa hari kemudian baru dapat gambar. Ada jugak guna camera instax, tangkap je gambar terus kuar gambar. Peh itu cool.

Sekarang, teknologi makin canggih. Tak dapat nak kejar teknologi canggih tu.
Camera digital, camera digital single-lens refex (DSLR), instax yang digital pun adoo dah..
Ramai yang guna, senang.. tak payah keluarkan duit yang banyak nak cuci, just save dalam komputer je. Boleh print terus jugak.

Camera² vintage / film makin dilupakan, tapii tapiii..haa ada tapi tu, ada jugak orang yang cari balik dan guna balik camera film ni. Sebab? entah, cool kot? haha

Aku guna balik kamera filem tu, aku baru guna 1 film roll, dah anto kedai buat develop. Ada lagi satu film roll, tak tau nak tangkap gambar apa.

Korang ada tak kamera filem? korang guna tak? kalau tak guna, nak boleh?..harhar

Thursday, November 8, 2012

Komik Jimi dan Robita

Assalamualaikum, heey.. Lama tak update. Arini baru je habis exam STPM 1. Alhamdulillah ^_^ Cuti sebulan lebih ni aku tak tau nak buat apa, maybe aku akan pegi belajar pasal programming kot. Sebab sem depan programming, dan aku kene prepare awal² -_-
------------------------------------------------------------------------------------------
Minggu lepas aku pegi AEON dengan kawan² cari hadiah untuk jamuan pengawas pss. Lepas tu pegi Popular. Sementara kawan² lain pergi beli alat² tulis kat Popular tu, aku carilah buku² yang boleh menarik minat aku nak beli. Buku photography, programming aku baca kejap.

Nak beli buku programming tu, tapi aku lupa plak jenis programming apa yang guna sem depan. (dah tahu dah, C++ ). So tak jadi beli. Buku photography agak menarik, mengenai komposisi tangkap gambar, cari duit dengan tangkap gambar orang kahwin, tapi aku tak perlukan buku tu, kat internet kan berlambak yang ajar cara tangkap gambar dengan posisi dengan tips² fotografi.

Lepas tu aku beralih ke rak komik. Tengoklah komik apa yang ada. Then aku teringat pasal buku komik dari penulis blog Conteng-Conteng. Aku carilah, dan ada jugak. Komik Jimi bahagian satu dan dua. Time tengah cari tu, terjumpa buku Lawak Sekolah dari Amanwan. Apa lagi, belilah tiga² buku tu.haha
Aku nak baca buku ni lepas habis exam, tapi...
Petang tu jugak aku habis baca buku Jimi tu. =___="
Esok malam plak baca lawak sekolah. haha. Nak baca lepas exam konon..eleeh -_-

Buku Lawak Sekolah agak unik. Dia ada bahagian komik dan novel. Dipanggil NOMIK!
Patut aku tangkap gambar dua² side buku tu. Tapi side Novel je aku snap..haha
Apapun, boleh tahan Lawak Sekolah ni, pasal robot pergi sekolah dan robot tu belajar berkenalan.

Buku Jimi ada dua bahagian, bahagian pertama Jimi Dan Raksasa Misai Di Sekolah, dan kedua Jimi Dalam Akibat Jambul Alif.  Cerita ni pasal Jimi yang nak sangat basikal. Dia berjanji dengan ayah dia untuk dapatkan 5A, dan ganjarannya ialah basikal. Adakah Jimi dapat basikal yang dia impikan? Korang kene lah beli buku tu kalau nak tahu cerita selanjutnya ^_^

Koleksi dari blog Conteng-Conteng aku dah ada : buku Conteng-conteng 1 dan 2, buku Jimi . Lepas ni niat nak beli buku Kucing the Cat, buka nota (untuk diconteng/ buat nota sendiri oleh pembeli, entah lah ada lagi ke tak jualan buku tu.)

Siapa dah beli komik tu? Yang tak beli lagi tu, pergilah beli, menghiburkan ^___^

*pangjang plak entri harini, maybe effect tulis esei sejarah pagi tadi kot.. =="

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza