Thursday, November 8, 2012

Home » , , , , , , » Komik Jimi dan Robita

Komik Jimi dan Robita

Assalamualaikum, heey.. Lama tak update. Arini baru je habis exam STPM 1. Alhamdulillah ^_^ Cuti sebulan lebih ni aku tak tau nak buat apa, maybe aku akan pegi belajar pasal programming kot. Sebab sem depan programming, dan aku kene prepare awal² -_-
------------------------------------------------------------------------------------------
Minggu lepas aku pegi AEON dengan kawan² cari hadiah untuk jamuan pengawas pss. Lepas tu pegi Popular. Sementara kawan² lain pergi beli alat² tulis kat Popular tu, aku carilah buku² yang boleh menarik minat aku nak beli. Buku photography, programming aku baca kejap.

Nak beli buku programming tu, tapi aku lupa plak jenis programming apa yang guna sem depan. (dah tahu dah, C++ ). So tak jadi beli. Buku photography agak menarik, mengenai komposisi tangkap gambar, cari duit dengan tangkap gambar orang kahwin, tapi aku tak perlukan buku tu, kat internet kan berlambak yang ajar cara tangkap gambar dengan posisi dengan tips² fotografi.

Lepas tu aku beralih ke rak komik. Tengoklah komik apa yang ada. Then aku teringat pasal buku komik dari penulis blog Conteng-Conteng. Aku carilah, dan ada jugak. Komik Jimi bahagian satu dan dua. Time tengah cari tu, terjumpa buku Lawak Sekolah dari Amanwan. Apa lagi, belilah tiga² buku tu.haha
Aku nak baca buku ni lepas habis exam, tapi...
Petang tu jugak aku habis baca buku Jimi tu. =___="
Esok malam plak baca lawak sekolah. haha. Nak baca lepas exam konon..eleeh -_-

Buku Lawak Sekolah agak unik. Dia ada bahagian komik dan novel. Dipanggil NOMIK!
Patut aku tangkap gambar dua² side buku tu. Tapi side Novel je aku snap..haha
Apapun, boleh tahan Lawak Sekolah ni, pasal robot pergi sekolah dan robot tu belajar berkenalan.

Buku Jimi ada dua bahagian, bahagian pertama Jimi Dan Raksasa Misai Di Sekolah, dan kedua Jimi Dalam Akibat Jambul Alif.  Cerita ni pasal Jimi yang nak sangat basikal. Dia berjanji dengan ayah dia untuk dapatkan 5A, dan ganjarannya ialah basikal. Adakah Jimi dapat basikal yang dia impikan? Korang kene lah beli buku tu kalau nak tahu cerita selanjutnya ^_^

Koleksi dari blog Conteng-Conteng aku dah ada : buku Conteng-conteng 1 dan 2, buku Jimi . Lepas ni niat nak beli buku Kucing the Cat, buka nota (untuk diconteng/ buat nota sendiri oleh pembeli, entah lah ada lagi ke tak jualan buku tu.)

Siapa dah beli komik tu? Yang tak beli lagi tu, pergilah beli, menghiburkan ^___^

*pangjang plak entri harini, maybe effect tulis esei sejarah pagi tadi kot.. =="

6 comments

November 10, 2012 at 12:32 AM

Selamat bercuti Zai :)
Doakan Kak Alia pulak minggu depan :(

November 16, 2012 at 6:59 PM

bestnya buku tu. Thanks sudi sharing . Happy holliday ~

November 18, 2012 at 9:46 AM

Baru tengok cover gaya komik ni macam style mat saleh gitu. Tu baru tengok cover dah nampak menarik, kalau Zai dah kata best tu memang bestlah kan? :)

November 19, 2012 at 2:23 PM

@Alia Laila dh habis PA2 kan? semoga berjaya kak :)

November 19, 2012 at 2:23 PM

@Nur Aisyah Lee same2 :) beli lah kalau minat.. ^^

November 19, 2012 at 2:24 PM

@Reena Onn cover komik yang mana kak? best?beli lah kak..haha

Post a Comment

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza