Wednesday, March 21, 2012

HARI INI! RESULT SPM 2012

Assalamualaikum ! Yeargh! Harini dah masuk 21hb! Sudah tiba masanya result SPM keluar pada pukul 10am nnti.. 
Aku rasa gementar, serem2 (seram²) sikit, risau.. Dah macam nak pi menikah dah pagi nnti! wahaha.


Ramai kawan kat facebook yang dok ckp kat aku suruh aku gitau result aku nnti.. Adeh.. Kalau gempak, aku gitau lah.. Kalau tak seberapa, aku pertimbangkanlah nk gitau ke tak..huehue


Ok, solat hajat...baca yassin..pastu tidur! jum²~




goodluck kekawan semua =D semoga kita dapat keputusan yang cemerlang! InsyaAllah, amin!


HAPPY BIRTHDAY MAMA! ^_^ 

Monday, March 19, 2012

Aku tak pergi... | Karnival Pendidikan MARA 2012

Beberapa hari yang lalu aku dan family pergi jalan² makang anging kat Sg. Petani & Alor Setar. Ni awat aku tapi Ganu padahal aku pi bercuti kat Kedah ni? hehh =_= . Ok, aku teringin gila nak bercuti kat Cameron Highlands tapi tak dapat pi disebabkan takde pantai. Tujuan cuti kat Sg. Petani ialah nak pi Pantai Merdeka je. Tapi..... bagi aku..best lagi pantai kat Teluk Batik..kuikuikui~
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Balik ke rumah hari Jumaat, petang. Alhamdulillah.. ^_^ Time dalam perjalanan balik tu aku dapat 1 mesej dari Celcom kot rasanya.. Karnival Jom Masuk U 2012 kat Kuala Kangsar keesokkan harinya (17/3) dan lusa (18/3). Argh! Kenapa kat Kuala Kangsar? Kenapa tak buat kat Ipoh macam tahun lepas? dekat sikit ngan rumah ni.. ==" ishhh~ Dah la lesen kete aku takde lagi. Nak ngajak mak ayah aku mesti penatnya kan, perlukan rehat. Last² aku mendiamkan diri je lah.. T_T Lusanya (ahad) pulak aku ada latihan memandu. Adehh.. Dah habis buat latihan memandu tu, balik je tgk FB kawan aku up status yang diorg pi karnival jom masuk U tu reramai.. lagi sekali aku.. T_T why~ Dugaan...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Aku baru teringat ade karnival yang macam Jom Masuk U ni, Iaitu Karnival Pendidikan Mara. Aku dapat tahu time aku kat Alor Setar aritu, ade bunting/banner karnival ni yang diadakan kat Stadium Sultan Abd Halim. Dan aku dapat tahu jugak dari kawan aku yang karnival ni akan diadakan di Ipoh (7hb & 8hb Aprill) ! Yeah!
Wuuu, ape yang best karnival ni?

a) Pameran Pendidikan IPTA/IPTS & Intitusi Pendidikan MARA (IPMa). 

b) Yuran Pengajian PERCUMA di IPMa terpilih. (kool~)

c) Peluang penajaan & pembiyaan pelajaran MARA untuk calon yang layak. (kool kuasa dua) 

d) Elaun Bulanan untuk calon yang layak. 

e) Kaunseling Pendidikan & Kerjaya.

f) Pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak.

g) Permohonan terus & temuduga terbuka. (kool kuasa tiga)

h) Semakan baki tunggakan pinjaman MARA 

i) Peluang kerjaya & temuduga kerja. (boboiboy kuasa tiga! *tetiba)

Berikut adalah lokasi karnival tersebut;

Apa lagi? Jom pi ramai²! =D


*sumber gambar Kujie2.com
*facebook Karnival Pendidikan MARA
*sms dari Celcom. Muehehe
*ada lagi satu anjuran UiTM ( Ekspo Selangkah ke UiTM
*result SPM hari Rabu ni! Doakan kami calon² SPM 2012 dapat yang terbaik! ;D
*kbai. Assalamualaikum =)


Sunday, March 11, 2012

Setiap kali menaip entry mesti...


Ok, Aku sekarang tengah menaip entry.. Menaip menaip dan menaip..
Tengah aku menaip ni mesti aku click 'preview' untuk aku baca balik..

Tengok alignment ayat/gambar tu, nak di'center'kan ke atau nak align left ke..kan?
Baca, cari kesalahan tatabahasa atau typo. Korang mesti camtu gak kan?
Dah cek semua, barulah publish post..
entry pendek lagi, muehehehe...

sumber gambar

Saturday, March 10, 2012

Migrain oh migrain... Oh! Manjerin! eh?


Sakit! Sakit! Sakit! Arghhhhh... Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... *over
Begitukah perasaan orang yang tengah mengalami migrain? Bukan manjerin ye,takde kene ngene.
Tapi tak kot? Sebab aku takdelah sampai "arghhhh" bagai sume tu.. duduk diam je sambil tutup mata sebelah..huhu

Oh ya, cara aku mengatasi masalah migrain ni ialah;
  1. Tutup mata dengan bantal, jangan tutup semua muka kang tak bernafas pulak.
  2. Masuk bilik, pastikan bilik itu gelap. Gelap tu tak gelap sangatlah.. Cahaya dari tingkap bilik yang ditutupi oleh langsir.
  3. Lepas tu Zzzzzzzzzzz... ok.
  4. Lupa pulak, kalau ada ubat tahan sakit kepala, antibiotik ke makanlah ya =) Kalau dah mudarat gila pegi jumpa doktor!
Itu cara aku.. Tapi ade juga cara lain;
  1. Letakkan tuala yang basah dan sejuk di dahi, kepala dan juga sekitar leher. Di samping itu, rehatkan mental kamu. Migrain sememangnya dikaitkan dengan mental dan minda yang berat. Jadi, elakkan daripada kamu dihimpit dengan pelbagai faktor dari luar.
  2. Fokus kepada hidup kamu yang ceria. Lupakan sebaik mungkin apa juga masalah yang membebani.
Haaaa tuudia.. terima kasih kepada kawan aku, Naz sebab bagi tips ni =) 
Sumber tips tu dari blog Aidanatasya. (ada cerita kisah benar dalam blog tu, korang baca la ye)
Ok gak tips dari blog tu. yang letak tuala basah tu. Aku dah buat. legaaa sebab sejuk je..haha =D Alhamdulillah dah jarang dah kene 'attack' migrain ni ^^,v


Korang ade migrain? Citelah kat aku acano korang mengatasi masalah tu ^_^


*sumber gambar sini
*update, aku baru jumpa yang ni <----- =D ok gak kan?
*lantak pi typo tu..haha

Thursday, March 8, 2012

Wajah baru sudah.

Assalamualaikum.. Hello, siapa di sana? Saya disini nak hello di sana je.kbai.


Amacam blog ni? ok tak? aku tak tukar banyak pun. Sekadar tukar kaler blog ni je.
Ok tak kaler gini? Kalau ada apa² nak komen pasal blog ni beritahulah ye..


Oh ya, header aku tak buat lagi. Hurmm.. aku tak ada idea nak buat design header camne, ada haritu aku rasa nak nangis sebab ketandusan idea.. T_T aku rasa je lah, tak nangis pun lagi..nguahaha


Terima kasih kepada Mish Apple dan Miss No Right komen entry sebelum ni  .
Walaupun entry pendek je, ada gak orang komen..haha. Blogger femes tuuu dua orang ni ^_^


Oklah, entry ni pendek² je. Blog dah lain, but idea aku masa takde untuk update entry..sobs


berhenti menaip.

Wednesday, March 7, 2012

Tukar template/wajah lain?

Perlukah aku tukar wajah blog ni? T_T Aku rasa tak de semangat nak berbloglah..
Nak ada wajah blog yang baru, barulah semangat kan? ==" Gila pendek post ni.. as salam..

Tuesday, March 6, 2012

Gelak guling² apabila....

Salam, hahahaha, Fibox tetiba kuar lagu latin.. Latin ke? haha
Aku dah buang dah Fibox ni.. Atas beberapa sebab =__=" Rasa malas dah pakai shoutbox ni.. Nanti² lah aku fikir.. huhu
kbai. aku takde moodlah nak blogging sekarang ni =( maybe sebab result SPM nak keluar dah kot.. Takotttt ~_~ Doakan kami berjaya! Amin! 

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza