Sunday, September 25, 2011

Hye! Nama Saya Syatoza! | Test Adobe Illustrator

Assalamualaikum...
kburuk,ksakit kepala ni,Kbai ^_^ kHAHA

Tuesday, September 20, 2011

Menara Jam Condong Teluk Intan!

Assalamualaikum W.B.T
Nguhahahahaha!! Akhirnya! Selama 3minggu dok ngadap paper exam dan 3minggu jugaklah duduk dalam dewan yang agak best sebab time dah siap awal dan sudah semak tu aku tido~ Z_Z" Tido yang tak beberapa nyenyak... Tinggal paper perdagangan je lagi! Chaiyok!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sabtu minggu lalu, aku dengan family pi Teluk Anson@Intan. Pak sedara aku ada buat open house! Best! Sebab aku merasa Rendang Itik!! Pestime kot?! Pehh~ Rasa dia sedap jugak, lembut² macam daging and ayam.. Aku gitau kat kawan aku pasal ni, dia geli..Euuww~ Mardhiah

Nak dekat tengah malam tu, aku ngan family pi lah kat Menara Jam Condong Teluk Intan... Untuk pengetahuan anda, saya penduduk di Perak ini baru pertama kali melihat menara condong ini dengan jarak dekat?huahauhuahau~
-Kome click gambo atas ni, ada warna lain-
Waktu malam, macam² warna cahaya yg ada kat menara ni.. Macam warna biru, kuning, purple dan hijau =)



Gerbang Malam yang berhampiran dengan menara jam tu..

Jom kita baca serba sedikit mengenai teluk intan dan menara ni;
"Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

"Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.
Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.

Orite, guwa chauw dlu yaa... Salam ^_^

Sumber Sejarah yang hangpa terpaksa baca : Wikipedia
Gambar : Tangkap sendiri, Sony A380, KitLens + Tripod


Friday, September 16, 2011

Flash Entry : Itu! Itu!

Lukis guna Adobe Illustrator
Button dan lain² guna flash.. terima kasih ^_^

Thursday, September 15, 2011

Zai dan Anne Berlakon dalam Filem Pendek - Saya nak breakup dengan awak!

Assalamualaikum! uikss? Selamat Petang kome! Kabare? Waras? 
Tadi aku exam paper science.. Pada mulanya aku ingatkan susahlah soalan paper science ni, rupanya... Boleh tahan ^_^" Kalau tak dapat A tak tahulah..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape kenal Aiz Batu Campur? Yeah! 100% markah untuk anda yang kenal, dan 100% markah jugak jika anda baru nak kenal~!  Aiz ni dulu ada blog, blog tu tersangaattttt lah best! Tak sampai setahun dah ramai peminat dia wohh.. Lepas tu AIz ada masalah sikit, then dia remove blog tu.. Dan kini Aiz kembali dengan blog nya bernama "Lemon Segar! Lebih Segar dari Semangkuk ABC!

Aiz ni seorang yang creative gila! Dia pandai melukis, nama pun kreatif kan? mesti pandai melukiss... Baru baru ni, Aiz ada buat filem pendek by 9Lemon.. Best video tu! 


Sinopsis :
 Shah bertanya kepada nadia boleh kah awak ajar saya cinta? Shah ingin tackle awek form 3 sedangkan nadia sudah lama menyukai dia. akhirnya... Read more at : http://9lemon.blogspot.com/2011/09/filem-pendek-awak-ajar-saya-cinta-boleh.html

Hah! Ini aku buat permintaan pada Aiz. Permintaan aku ialah apabila Aiz nak buat video yang kedua, aku nak Aiz buat nama watak tu "ZAI" dan "ANNE"! Nguhahahhaa~ Dan akhirnya Aiz tunaikan permintaan aku..  Terima kasih Aiz ! =D 


Sipnosis : 
filem kedua ini ialah mengenai sepasang kekasih yang sudah bercinta selama 2 tahun. Malangnya Si laki ingin breakup dan memberikan alasan dia tidak pernah menyayangi si gadis sejak awal lagi. Tetapi apakah sebenarnya yang berlaku memang kena tengok sendiri.. Baca Selanjutnya di : http://9lemon.blogspot.com/2011/09/filem-pendek-saya-nak-breakup-dengan.html

Terbaikkk!! Lagi terbaik sebab ada nama Zai dan Anne tu..muahahaha =P
First aku tgk video ni kat makmal ICT , mmg feel lah aku tgk video ni.. Banyak menggunakan teknik imbas kembali dan teknik metafora, sinkope, hyperbola dan hypermarket
Lagi sekali, terima kasih :)

Terima kasih jugak kepada follower blog yang tak sebeberapa ini iaitu Themptyanty! .. Dah 1111 dah skang! =D Okeh! Wassalam...

sumber segala pusat sumber :  http://9lemon.blogspot.com
                                                 http://www.youtube.com/user/aizvlog
Selamat Hari Malaysia! ^_^

Wednesday, September 14, 2011

#WW : Underwear Superman Pulihkan MATI PUCUK!

Tuesday, September 13, 2011

Esok Paper Math! Tidak!



Assalamualaikum, hyep! Selamat tengah malam semua! Ok ok, aku nak post pendek je ni..


Aku dah murtad Math, wahahaha..*pengaruh Pendidikan Islam punya paper pagi tadi.. "Murtad Math" woh, ayat baru =__=" Murtad Math ni bermaksud kepada keluarnya daripada Mathematic ke sesuatu subject lain yang kita suka..*memandai je!


Contohnya macam aku ni hah, aku dulu memang sukaa Math! Rajin buat math, tapi skang ni.. Aku dah bertukar sifat rajin tu kepada pemalass buat math.. Dan tetiba jadi rajin dan sukaaa Sejarah.. =__=" Tahun lepas banyak penekanan dari subject Mathematic, tapi sekarang ni banyak dari subject Sejarah..adoyai~

Aku kene seimbangkan subject tu...
Esok paper Math, aku rasa macam.... err.... errrr? faham² lah kome sendiri ye :)
Doakan kami form5 dapat menjawab math dengan baik.. Amin!


pen off~




sumber gambar : FB *terima kasih :)

Sunday, September 11, 2011

Camera DSLR yang COMEL!

Assalamualaikum, uikss? Aku update? Yeszaaa! Aku nak jugak update walaupun tengah musim TRIAL SPM ni.. Untuk pengetahuan anda, trial SPM ni banyakkkkkk soalan SPOT yang sejibik apa yang ditanya kat kertas soalan tu.. Err, soalan spot ke SOALAN BOCOR ni? adoyai~ =_=" Tapi takpa, sedikit sebanyak membantu aku untuk exam kali ni ^_^"
______________________________________________________________________

Hah, aritu aku gedik gedek² google, aku nak tengok pasal camera DSLR, aku searchlah kat google ni.. Tup tup aku terjumpa satu website ni.. Maaf, aku lupa dah apa nama website tu..=..= Aku ingatkan camera, rupa²nya.... Comelnya! ; 
Aku nak !!!!!!

Sunday, September 4, 2011

Perhatian : Doakan Kami!



About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza