Thursday, February 23, 2012

Surat Dari Universiti

Kelmarin dapat surat dari U. Bukan 'you'..haha. Universiti lah.. Hoho, pestime dapat ni.. Eksited. Ingatkan dari Uitm ke, MMU ke, USM ke.. rupanya dari QUEST International University.. haih ==" 




Diorang ajak aku pegi Open Day. Nak ke pergi? Aku malas laaaaaa... Kalaulah, kalau! Diorang tawarkan aku course tu. Aku taknak kot. Course  Foundation dengan Bachelor dalam Science dan Business.. aku tak minat.. Kalau dalam ICT tu minatlah jugak ^^"


Oh ye, korang doakan aku cemerlang SPM ni  =) 22 Mac 2012 result keluar! =O

Saturday, February 18, 2012

Pergi Funfair

Setelah beberapa tahun tidak pergi ke funfair, akhirnya aku pergi juga haritu. Funfair tu berhampiran dengan tempat tinggal aku. So, aku pergilah...
Last pergi masa aku darjah berapa agaknya..lupa sudah. Memang aku ni jenis tak keluar rumah sangat. Pergi tgk wayang pun baru sekali dua kot. HAHAHA.


Funfair kat tempat tu tidaklah sehebat macam gambar diatas. Ala kadar je aku tengok. Asalkan ade bende naik pusing² tu ape bende ntah nama nya aku dah lupa. Automatik tempat tu jadi 'Funfair'. kan? =="


1 token bersamaan rm2. Aku belilah 2 token bersamaan rm4. Rasa macam.. ==" mahalnya.. Memang camtu ke harga beli token? Aku main 1 game je, main game baling dart tu. Main² dapat hadiah yang paaaaaaaling aku tak sangka. Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Eh, tetiba je... memang tak padan langsung.. -,-


Aku dapat ni;


err? hehehee ==" ade sape² nak? Takpelah, aku simpan utk kenangan jelah.


uikss?? ; dah takmo pi funfair dah lepas ni..rm4 token yang dibeli tu baik beli burger special + keju. kan? kbai, assalamualaikum. kredit

Thursday, February 16, 2012

Tutorial : Cara Buat Header TRANSPARENT Menggunakan Photoscape! (tanpa software tambahan)

Assalamualaikum, kum apa kombat, bat apa? batman, man apa? mentol, tol apa? tolak, lak apa? laksa, sa apa? satu, tu apa? tunang, nang apa? nangka, ka apa? kawan, wan apa? one two 3 4 5 6 7 8 9 ten, ten apa? tembak, bak apa? bak duit, duit apa? duit raya, raya apa? raya haji, haji apa? Haji bakhil. (time kecik² sllu ckp camni, haih ==" )


Ayat di atas hanya untuk mukadimah sahaja..harhar
--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ok, adakah anda tahu cara membuat header TRANSPARENT menggunakan Photoscape? 
Tahu? camne tu? aku pun tak tahu weh..haha. Ada aku search kat google, kebanyakkan blogger buat transparent header guna photoscape + gimp/photoshop.  


Photoscape + Gimp/Photoshop. Nak kene install Gimp/photoshop lagi kan, nak² plak sesetengah korang jenis malas nak install. Buat ape, pakai sekali je pastu tak guna dah. Setakat photoscape oklah, senang nak guna. =..=


Orite², tutorial aku kali ni tak menggunakan software tambahan, tapi hanya photoscape saja =D
Nak tahu cara buat header transparent tu? Jooom:
*click gambar untuk besarkan
1. Buka http://pixlr.com/editor/ . Dia seakan² interface photoshop kan?hoo
2. Pilih "Create a New Image"
3.Masukkan size header korang tu, dan tick 'transparent'.
4. Click File atau terus CTRL + S
5. Select PNG dan click ok. Save macam biasa.
6. Ok, siap! Masukkan file png yang dah disave tu ke dalam photoscape korang ye ^_^
*drag/tarik file png tu terus ke photoscape =)
*file .png tu berada di desktop korang atau berada di dalam folder kat mana anda save tadi.
7. Lepas tu korang buat lah header tu. Boleh tengok cara buat header photoscape atau nak buat header animation pun boleh maa..


Header transparent yang sudah aku buat guna photoscape;
Memang lah tak nampak tranparent nya, sebab background entry ni warna putih =="
#taglineheadernakgempak je..puek

Ada masalah? ^_^

Monday, February 13, 2012

Nak tak tutorial buat header transparent guna photoscape?

Hah, akan datang.. InsyaAllah aku buat entry "CARA BUAT TRANSPARENT HEADER MENGGUNAKAN PHOTOSCAPE" jeng3... ^_^ 


Takda blogger lain lagi aku rasa yang buat tuto camni.. Nak ke kome? Ni tak de pakai software GIMP tu, x nak lah pakai GIMP.. Nak kene install bagai kan? tapi  tuto ni akan ada tambahan sikit je..tapi tak de pakai software ape2 lah.. 

Ni contoh header transparent yg aku test gune photoscape tadi
ni transparent ni, mmg la taknampak.. sebab background dia putih =__="


InsyaAllah, kalau aku ada masa atau mood, aku buat lah ^_^ k, assalamualaikum!


*Update : Cara Buat Header TRANSPARENT Menggunakan Photoscape!

Bermonolog. ye eh?

Sekarang dah 13 Debruari 2012. Sudah 6 hari berlalu hari jadi aku. Kini aku dah umur 18 tahun >_< Dah besyaaaa dah dia..*pang 


Dah 2 bulan lebih aku cuti. Eh, 2 bulan lebih ke? Bulan 12,1 betullah la tu 2bulan lebih =..="


Aku tak kerja, malasssss.. Mungkin sebab nak balas dendam. Time sekolah aku rajin, time cuti lama² ni biar la malas pulak..kah3


Teringin jugak nak kerja, tapi lesen kereta aku tak buat lagi. Adoi! Bila nak buat ni....


Sekarang ni musim main game. Dalam bulan 2 ni je dah lebih 2,3 game aku download.. Amboi, mentang2 internet dah upgrade. Keje aku dok donlod game je lah.. haih


Aku download game, delta force extreme, red alert 2, tony hawk's underground 2, allies & axis.. amboii*again..


Sekarang ni main Allies & Axis tu.. Boleh tahanlah.. Game yg agak bersejarah sikit.. eh? aku main je =B




Hah, aku rasa dunia blogging dah makin boring..


Tu pada pendapat aku la.. Sebab dlu masa aku mula2 blogging ramai je org aktif, skang ni dah kurang.. Ada yang dah berhenti berblogging, ada yang malas nak update blog macam aku ni enn enn.. -,-




Oyeah, aku bermonolog seorang diri.. Monolog ke? entah apa aku merapu ni..


Heh, tetiba aku rindu blogging macam dlu.. =/


Dah la, nak blah.. chiauww~
Eh,kejap.. Ada ke orang nak komen entry  camni? kah3
Terima kasih lah diucapkan pada sesiapa yang komen tu =)


Assalamualaikum.

Wednesday, February 1, 2012

Henshin! Bertukar! Berubah! Haiyark!

Time kecil² sllu buat camni;


 Ambik feel sat..



Kalau budak laki mesti nak bertukar jadi Kamen Rider, Ultraman, Power Rangers (nak jadi Doraemon tak nak plak?!).. Kalau budak perempuan nak jadi Sailormon, Captor Sakura, lagi.. apa ha? Aku tak tau sangat cite kartun hero perempuan ni.. =__="..

Shadawentz plak camni --> SAILORMON

sumber gambar kamen rider : sini
sumber 'true story' : google..

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza