Friday, December 31, 2010

Contest Cari Ayam

Walaweyh, Esok dah 1.1.2011 la weyh!! haha.. 
Bye2 2010! Welcome 2011 and hello SPM 2011! ^^"
Aku tengah belajar bab satu Math Moden Form 5 (Number Base).. Agak buat aku pening =__=" Yela, belajar sendiri, kalau cikgu dah ajar tu boleh gak aku faham.
..............................................................................................................................................................
Contest Cari Ayam!
1. Teka Ayam Ayeem menyorok kat mana.
Jap, ngah fikir.. Ermmm.. Okeh!
i. Kelabu - D
ii. Ungu - P
iii. Oren - H
iv. Hijau - C
Ayam-ayam Ayeem menghilang kerana....ayam Ayeem merajuk sebab sepatutnya colour diorg merah dan hitam/kuning/kelabu sahaja.tapi ayeem................???(fikir sendiri)haha

Mencabar; 
Tarik tutup 1.1.2011!! Ahah! Sempat jugak aku buat..^_^

Thursday, December 30, 2010

SUPERNATURAL - Dari serius kepada lawak??

Assalamualaikum, hachummm!! lagi skali aku bersin, biasalah dah la sejuk, nak plak hujan petang² camni.. Wargghhh!! Dah nak tahun baru! Kelmarin beli buku sekolah, beli buku kerja.. Aku tengok muke depan buku kerja tu (math moden) macam budak² sekolah rendah je, ade kartun²..ahaha Pastu buku kerja Sejarah plak warna pink! =__=" Takpelah, tak effect ape pun kalau muke depan camtu.. Asalkan kite dapat belajar, betul tak?
.................................................................................................................................................................
Thanks to http://www.screensaverbase.com
Supernatural !! Best gak aku tengok cite ni, pasal tangkap hantu.. Tapi aku makin suke cite ni sebab makin kelakar diorang ni.. Adooii~ Minggu lepas, dalam episode  "Changing Channels"

Aku suke part ni,
Aku takboleh embedding video kat youtube.. T.T
Tapi mmg lawak ar..haha


Okeh! bye2~ Chauuww~

Wednesday, December 29, 2010

Nama aku (ZAI) dalam lirik lagu ! Zai zai zai zai~

Update! Entry ni bukan nak blagak ke ape ek.. Just takda idea apa nak update.. =)
Zai zai zai zai~ Hah! Dari sekolah rendah lagi aku kene ejek dari lagu tu.. Setiap tahun mesti ada lagu "keindahan pantai" dalam sesuatu event macam hari kanak² dan hari guru.. Cikgu pun nyanyi lagu tu.. =__=" Mula² rasa bengang je.. Grrrr~ Tapi dah biasa dah.. Dah tak bengang, tapi rasa bangga je.. Yela, artis tu sebut² nama aku.. ^_^ Femes aku weyh..haha (kepada sesiapa yang ada nama zai tu pun jom turut bangga! xD )

Orite, sebenarnya lagu "keindahan pantai" ni , lagu asalnya adalah;
"Suddenly You Love Me by The Tremeloes"
Lagu ni pada tahun 60an kot.. Layan dengar lagu ni.. Siap ikut menari macam deme ^^,"
Aiyark! Click "READ MORE" nak jimat ruang..

Monday, December 27, 2010

Weyh, aku ade hal ! ( YM Auto Response )

Aku kat office ni.. Semua kerja² projek 1juta bos bagi itu aku dah siapkan dah.. So aku duduklah relax jap kat depan computer aku ni.. Bukak facebook, skype, blog, ym, meebo dan macam² lagi.. Amboi tamak benor aku ni ye.. Lantaklah! aku punya , bukan kome punye.. 
Aku tengah sedap² ym ngan awek cun ni, best je ym ngan dia.. siap geli² lagi.. Adoyaii =__=" Bukan sorang je aku chatting ni, nak dekat 10 orang weh dalam ym ni aku chatting.. Takpe², demi menjaga maruah sebagai lelaki macho, aku layan je la.. (ape aku merepek ni? -_-)

Tetibe bos panggil la pulak ade bincang² sikit.. Aku pun pergilah bilik bos, then dah habis bincang tu aku duduklah balik depan computer aku ni, layan la balik chatting.. Pastu bos panggil lagi dan lagi dan lagi serta lagi!! Woooi, penatlah aku camni.. Adooi, aku nk chatiing ni, kaco je.. Terpaksalah aku buat autoresponse kat ym ni..
Nak tahu buat camne?
1. Click SINI untuk download
2. Dah download tu, extract dan anda dapat software tu..
3. Click icon tu, then dia jadi camni; (click readmore, nak jimat ruang..haha)

Saturday, December 25, 2010

Tutorial : Entry aku di COPY! Camne nak halang?

Assalamualaikum, haluu ^_^ salam petang.. dah minum petang?
Warghhh~ cuti sekolah dah nak ke penghujungnya.. Jeng²! Siap sedialah wahai junior², sebab aku dah form5! Muahahaha.. ^^" Takdelah, aku ni baik.. Bergaduh menambahkan masalah, bukan menyelesaikan masalah.. Betul tak? O.o
....................................................................................................................................................................
Okeh! Sekarang aku nak share sikit tutorial pasal "disable highlight" di blog ^_^
Dulu aku ade buat, tapi dah buang sebab susah org yg datang ke blog ni nk copy apa yg aku tag kat deme dan copy code² tutorial dalam blog ni.. >_<" 

Tapi bagi korang yg nak tu, takut entry anda dicopy, cuba ini ; 
1. Design -> Add Gadget -> HTML/Javascript
Copy paste code di bawah ni:

<script type="text/javascript">
/***********************************************
* Disable Text Selection script- &#169; Dynamic Drive DHTML code library (www.dynamicdrive.com)
* This notice MUST stay intact for legal use
* Visit Dynamic Drive at http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/


function disableSelection(target){
if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route
target.onselectstart=function(){return false}
else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route
target.style.MozUserSelect="none"
else //All other route (ie: Opera)
target.onmousedown=function(){return false}
target.style.cursor = "default"
}


//Sample usages
//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body
//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"
</script>
<script type="text/javascript">
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
</script>

2. Save!

Siap! ^_^ Ade apa² masalah, bagitau ekk.. Mungkin aku tak tolong..muehehhe =p

Uikss? Awat tulisan jadi kecik ni? warghhh! di maybe sebab aku gune mozilla ni.. Google Chrome aku hancoq! T.T Ade trojan horse backdoor ..sobs2~

*UPDATE!
Aku rasa, walaupun ada bende atas ni, aku rasa still boleh org² yg terrer hacking² tu dapat copy entry blog kome.. Tapi buat apa copy? Malas menaipkah? Nak cepat femes kah? O.o Bermulalah dari "ZERO", bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang.. Faham tak ayat tu? Kalau faham, bagus ^_^v

Friday, December 24, 2010

Tutorial Cara nak hilangkan Jumlah Follower

Assalamualaikum, yeah!! Tutorial yeah!! ^^" Ahahaha, okeh.. Den nak cepat ni..
Hah! Mane hilang jumlah follower? Kalau highlight kat situ barulah nampak ^__^

Camne cara² dia? Aku dah lupa cara² nak hilangkan jumlah follower tu.. Terpaksa buat cara lain nk tunjuk kat kome ni..
Click ikut macam no 1 dan 2 yg warna merah kat atas gambar ni.


2. 
Click ikut no 3 tu, korang ubah ke #FFFFFF atau click je kaler tu ke colour putih..
Korang jugak boleh ubah2 yg macam no 4 dan no 5 tu yekk..

3. And then Click kat Generate code, copy pastu pase kat HTML/Javascript.. Siap! ^_^

Okeh, faham ke? nak cepat ni..bye²

Segmen : Jom Berkenalan !

Pheewww~ Penatnya berjalan cuti² skolah di utara.. Berjalan mende, naik kete..haha
Ipoh -> Sungai Petani -> Alor Star -> Kangar -> Ipoh 
Sebab tu lah aku jarang bW, and then boleh plak update entry Maria Ozawa time cuti² ni huahuahua
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okeh! Bro NazirulHazwan tag aku.. Maaf lambat.. Sengaja je lambat².. xD
Jom berkenalan!
Soalan 1 : Apakah status anda?
Status yg macam dalam FB tu ke? Banyak ^^" Kalau status single ke dah kawen ke, aku ni single maa.. Nak ngorat aku meh 012-3456789. Confirm tak dapat! haha
Dah 3 tahun kot aku single, single itu COOL~ Kan? Nak² plak aku nak SPM dah tahun depan.. Malas nak couple, kapel, kapal mende sume tu..

Soalan 2 : Cite sket pasal diri anda?
Siket je? Aku ni lelaki.. Ok, dah.. Kate siket je? O.o Aku ni umoq baru 16, masih budak².. Aku ni suke berfikiran yang macam detektif.. Cewahh... Orang dlm blog ni sllu ingat aku ni umoq 20 keatas, tua tol aku ni >_<"

Soalan 3 : Ceritakan tentang blOg anda.
Pasal blog aku? Ape ade ek? Biasa² je blog ni.. Ade pasal aku, ade jugak pasal tutorial dan tips tapi sikit je la kot.. U I K S S ? ? ^_^ Itulah yg anda nmpk bila datang blog aku ni.. Ramai yg kata cantik, yeke? Macam x je -__-

Soalan 4 : Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Pandangan aku.. ermmm, blog? Macam² boleh kita dapat.. Antaranya dapat kawan baru dalam alam maya ni, dapat duit bile blogging.. Tapi aku tak kisah sangat duit tu.. And then dapat explore sesuatu info tiada atau jarang di suratkhabar atau di TV..

Soalan 5 : Nasihat anda kpd rakan2 yg baru nk buat blOg?
Ahah! Kepada kawan² aku di sana! Selamat datang ke dunia blogging.. Jangan jadi sombong, jangan asyik kejar popularity dan wang sahaja.. Carilah ilmu² yg bermanfaat.. Ok? Yang penting korang ikhlas berblogging dan pastikan korang rajin menaip ek..haha
Dapatkan tips² masa blogging daripada blogger yg dah senior yepp.. Macam aku ni, tak kot? Aku still junior maa..

Soalan 6 : Nyatakan keunikan yg trdapat pd blog anda?
Unik? Apa yg unik? Apa?!!! Takda apa kot.. Maybe yg "UIKSSS??" atas tu? Unik ke?

Soalan 7 : Sampai bilakah anda akn menulis blog dan impian anda dlm dunia blog?
Sampai bila² yg aku rasa aku nak blogging ^___^ Impian? Nak jadi seperti blogger yg terkenal kot? Tapi terkenal dengan budi bahasa, tips, info, dan macam² lagi.. Bukan terkenal dengan kehenseman dengan kekayaan yekk..

Yeszaa! Dah habis! Nak kene tag :

Thursday, December 23, 2010

SAYALAH BLOGGER ITU !

Assalamualaikum! Selamat pagi! ^_^ Aku nak join segmen abg BA kite ni, lame tak join weyhh..
Jom join!!

Syatozapunyer, Syatozapunyer, Syatozapunyer, Syatozapunyer, Syatozapunyer,
Syatozapunyer, Syatozapunyer, Syatozapunyer, Syatozapunyer, Syatozapunyer!!!

Wahahaha, semangat ni ^_^"
Punyer?? Aku rasa macam xbest plak, kalalah dapat domain nnti, boleh tak nak buat syatoza.com jek? O.o
Abg BA memerlukan 100 blog!! Nak join? Click SINI
Orite, aku dah join.. Thanks! :)


Zai dapat 8A wey! Yahoo!!!

Assalamualaikum, Yeahaaaa!!! Zai dapat 8A? Rekaan semata2 je tu.. Zai dapat ******* ok? Rendah je.. Tak macam korang, pandai semuanya.. T.T sedih...
Esok akan keluar result PMR 2010!! Apa yg mereka rasa sekarang ek? (pelajar form3) Aku ucapkan goodluck lah pada korang! Chaiyok2!! Jangan takut ^___^" *pesanan abang Zai yg bakal SPM 2011.. Puek!


Kalau dapat result yg bagus tu, syukurlah.. Berterimakasihlah kepada Allah.. Dan juga ibubapa, cikgu korang yg sllu korang kutuk dari blakang tu >_<" yang telah mendoakan kejayaan korang .. Amin2! Kalau yg result tak seberapa yg bagus tu, takpa .. Gagal harini bukan bermakna gagal selamanya ^_^ betul x? Time SPM buat yg terbaik! Aku pun nak SPM dah tahun depan, mestilah risau giler vavi.. Doakan aku weh smoga berjaya SPM 2011.. O.o


Maaf kepada sesiapa yg aku tak balas komen, tak balas shoutbox atau apa2 lah.. orite? Nnti aku balas jugak yekk.. tak tahu apa nak update ni.. bye2 ! 

Tuesday, December 21, 2010

Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears

Assalamualaikum, yeahaaa ^^, Tengah bercuti2 ni pun sempat lagi nak update entry.. 
Aku update ni pun sebab nk join contest Gayahspears mengenai contest terbaru beliau iaitu Pertandingan Template Tercantik!!
Syarat2 nya adalah;
1. Wajib menjadi pengikut gayahspears(dot)com
2. Copy banner beserta isi entry ni dalam blog korang dan jangan lupa buat sidebar.
3. Tajuk entry korang mestilah Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears
4. Tag kepada 3 kenalan blogger
5. Copy dan paste link entri korang kat entri ni ya…
6. Kontest tamat pada 26 Januari 2011
Orite bebeh! Zai dah wat dah sume tu (^_^)v
Hadiah? Kome nak tau tak? Takyah la, biaq pi cek sorang ja menang, ok?huahauhua..
Pertama :- Domain
Kedua :- Domain
Ketiga :- Domain
Saguhati :- Domain
Warghh! Domain tuh! Kome tau ke domain ke apa? Domain tu macam contohnya;
syatozapunyer.blogspot.com = syatozapunyer.com/.com.my/.net/.org
Ahah! lebih kurang camtu.. Sekarang domain paling rendah rm30 ke rm40 ntah.. Cek lupa aih..
tapi, cek xmau beli, cek nak menang contest ni walaupun dapat yg saguhati punya..

Bestnya kalau blog aku ni jadi (dot)com je.. syatoza.com atau syatozapunyer.com ek? O.o
Okeh Cik Gayah! Saya dah buat! ^_^ Trimas buat contest ni..
(Cek : Saya/Aku)
(Trimas : Terima Kasih/ Thank you)

Sunday, December 19, 2010

Bertambah Feel masa main game perang!!

Assalamualaikum, yeahhaaa.. Aku dah ada spek baru.. Haaa.. So? So senanglah aku nak update blog ni.. Boleh pi blogwalking, buat keje dan macam² lagi ^_^ Nak ketahui lebih lanjut pasal ni, pi sini "Aku Hidup Dalam Kekaburan"
.............................................................................................................................................................
Okeh! Jom main gamee!!! Jom!! Dari kecik lagi aku suke main game.. Kome mesti camtu kan?
*Gamelah buat aku pandai BI..*pandai la sgt =__="

Dah lame aku x main game, last aku main game "Command & Conquer Generals" dgn "Command and Conquer Zero Hour" Game jenis strategik perang², peng3! Kebabommm! *kebudak²an disitu =3
Memang best game ni! Bertambah feel mase main kalo mase pasang lagu;
Linkin Park - What I've Done
Linkin Park - New Divide
Semua lagu transformes punya OST..ahaaha Part lagu kemuncak tu best, part tu la aku bantai musuh aku dengan gunekan nuclear apekebende  ntah yg ada dalam game tu.. hahaha. Naik semangat weii..Mmg best! ^_^


Kome lak camne?? Game ape kome main skang? share2 la wehh.. ^^,"

Camera DSLR sedap DIMAKAN! =d

Uikss? Hampa x tidoq lagi ka? Samalah dengan ceq ni ha..
Okeh! Sume ade DSLR kan? Kalo xde tapi sume ade CAMERA kan? Tak kisahlah camera digital ka atau camera phone. Tapi ada satu je jenis camera yang tidak boleh digunakan untuk menangkap gambaq, tapi boleh diMAKAN.. Hah?! Makan? X caye ar.. Betullah.. Ape tipu plak... Jom tengok!
Nyum³, nampak sedap je kan? ni buat aku lapo ni >__<

oit!: gambar DISINI

Tag dari Cik Mahira | Follower Award Fiqah

Assalamualaikum.. Wohoooo!! Spek baru dah ada.. (-0.0-) Sudah hensem kembali. *puek!
Skang aku nak balas orang yg tag aku ni.. Maaf ekk..aku ni dok sibuk jak..*konon sibuk Sebenarnya, byk tag & award yg aku dapat.. Tapi aku lupa nak bookmarkkan, ade dua je ni aku bookmark..
.....................................................................................................................................................................

Orite! Dapat tag dari Cik Mahira yang kini tinggal di Manipal, India.. Maybe belajar kot? ^__^ 
Kami di sini mengucapkan: 
"Hyep! Semoga berjaya di sana dan jaga diri ^^," *padahal aku sorang je ucap ni =3

Okeh! Masa untuk menjawab tag!
1)Adakah anda rasa anda HOT?
 - Mana anda tahu saya HOT? Berpeluh dah ni.. >_<" 
   Aku ni orang biasa² jak.. Tak HOT, tapi COOL~
2) Update Wallpaper anda sekarang! *gile marah, takot den
 -  Boleh aku tahu, wallpaper apa? Wallpaper pc kot?
 Aiyarkk, kantoi2 >_<" Aku tau byk folder, byk mende yang serabut².. Biaq pi la, pc den..haha Aku membusykan badan ni, so aku x sempatlah nak susun sume folder balik.. 
3)Cerita about this picture.
 - Aku dah lame dah gune wallpaper tu, nampk cantik maybe sebab ade line² colour tu.. Kot?
   *Xtau ape nak ckp pasal wallpaper tu =__="

4)kali terakhir makan pizza?
 - Hah? Bulan brape ntah.. Lame x makan..

5)lagu terakhir anda dengar?
 - Lagu.. Ermmm.. Pesawat, Sheila on7 and Top Louder.. Best lagu Top Louder tu.. 
   "Dancing in the moonlight.. Awww! " *ada dalam lirik tu, bukan aku saje2 wat aww..haha 

6)Apa yang anda buat selain buat tag ni..
 - Baru je on pc ni, terus bukak Fb and blog ^_^

7)Selain nama anda sendiri, anda dipanggil apa?
 - Ape ek? Panggil je Abg Syatoza ^^,

8)Tag lagi 5 orang
 - Dalam shoutbox la ek..
Tett! Sebenarnya ada lagi 4 soklan ni, malas nak taip dah..muahahaha
Maaf ^_^
....................................................................................................................................................................

Yeah!! Award untuk follower Fiqah.. Maafkan sebab lambat.. 
Okeh! Thanks Fiqah! Goodlcuk dalam dunia blogging ni! ^_^
-Tengah layan transformers ni! jangan kaco! xD

Tips : Bagaimana nak ringankan blog ek?


Assalamualaikum, Dah makan malam dah? Watpe tu? *ayat selalu dapat bila bermesej -___-''
Jamil jalan² jumpa jepun, jepun  jolok jambu, jambu jatuh, jepun jerit "jambu jatuh! Jambu Jatuh!"
Jeng jeng jeng~
*ehh, tetibe.. teringat kat senario ayat ni..haha
Semua huruf "J" kan? Perasan x? O.o
...................................................................................................................................................................

Orite! Blog jadi BERAT? Kenapa ek? Pehal? What happen?
Selalunya aku ber"blogwalking" ni, macam² jenis blog aku jumpa.. Ada blog yg best, ada blog yg hampeh macam blog aku ni.. kan3?? And then, paling malas skali bila time nk loading page blog dia.. Aduyai. Lambatnya.. Selepas 40minit kemudian baru blog dia dah ok, =___=" Selalunya blog yg aku pergi ni (yang berat loading page) macam newbie blogger..

Apa kata anda timbang berat blog anda di SINI dan anda lihat berape besar size web anda and berape lame loading time blog anda.. Ha?! Berape size blog anda? Berape lame loading time blog anda?

Berat? Kenapa ya....

Buang semua widget² yg x patut seperti jam, games ikan, tikus, oik2 kebende sume tu.. Sape nak main? Kalau ada "counter strike" or "need for speed hot pursuit" ke ape xpe la jugak, hari2 aku datang blog anda..hahaha ^_^"

Lagu yang dimainkan automatik mempengaruhi berat blog anda jugak.. Sebab tu la blog aku ni tiada lagu, malas nak letak.. Watpe? Menggangu tumpuan pelawat blog untuk membaca entry2 blog anda tu..

File gambar yg terlalu besar bermaksud sampai size gambar tu ber "megabyte" lah.. Giler besaq.. Terkejut cek.. =___=" Ok, cara nak kecikkan, yg biasa aku buat Pilih gambar, right click and open with PAINT.. Dah bukak tu, trus "CTRL + S " save.. dan lihat size gambar berkurang.. *Buat atas risiko sendiri, kalau takut jadi apa2, sila copy gambar terlebih dahulu ^_^ masyeh..haha
Di blog jangan terlalu banyak sangat gambar yek..

Widget yg berbentuk flash alaa, macam bende² terapung tu.. better x payah la i think.. I think yek, not u.. muahaha~ Kalau yg effect2 salji tu xpe, Tapi jangan banyak plak letak, ade salji, ade text terbang² kat cursor tu.. Kiri kanan blog ade kuar icon music.. Tak payah la.. Buat berat je.. Hah! lagi satu, marquee text and photo slider pun leh jadi blog anda berat ^_^

Orite, ^___^ Harap tips2 tu boleh ringankan blog anda ye..
Itu semua dari segi pandangan aku, maaf la ye kalau ada apa² kesalahan dalam entry ni..
Terima Kasih ^^.v

Update! Lagi satu, dalam blog anda, buatlah post hanya 4 5 entry je ye untuk satu page.. 
2 entry satu page pun lagilah ringan blog anda ^__^

Saturday, December 18, 2010

Tutorial : Boleh tak disablekan Comments Verification??

Assalamualaikum, warghhh.. dah pukul 3am.. Aku masih tak tidoq² lagi ni.. Pegi blogwalking jap, xde keje nak buat, tengok blogger².. Ade yg senior dan ada blogger yg masih baru dalam dunia blogging ni.. Selamat Datang ! ^_^v
Dalam blogwalking tu, adelah jugak entry² yang agak best! Eksiden Excited giler nak komen sebab entry tu best gile vavi oik² ..  Dah siap tulis comment, dah nak hantar ni..Tup² kene comment verification.. Adooiii~ Aku pun taiplah.. Wargghhh.... malasnye nak taip ayat tu... Kalo ade 10blog camni, kene comment verification.. Hanya 2 3 blog je aku larat wat..yg selebihnya tu jangan harap.. 


Ahah! Inilah yg menyebabkan kurang komen di entry blog kite.. *ceyhh kite >_<
Sebab ada comment verification! Macam aku ni, confirm jadi malas nk taip verification tu.. Kome pun camtu ke?
Cara nak disablekan Comment Verification; (disable ke? lantak je la, asalkan kome faham =3 )
Pegi kat SETTING and ke tab COMMENTS, Ikut dan buat macam dalam gambar ni;
Orite, harap blog kome akan dapat byk komen² sebab dah xde Comments Verification ni..
Eh, blog aku ni pun jangan lupa komen! haha .. Orite.. Chauww~ ^^,v

Friday, December 17, 2010

Aku hidup dalam kekaburan...

Thanks Hazalkervan ^^,
Gambar diatas ni, baru aku perasan, ade pompuan yg agak berisi,kan?hoho.. Gambar tu menunjukkan apa yang aku tengah alami dan tengah lihat, tapi taklah seteruk macam dalam gambar tu kaburnye,, Kenapa? Kenapa? Dalam minggu ni, macam² jadi.. Ada yg best dan ada yg x best.. Yang x bestnya sebab cermin mata kesayangan aku.. T.T sedihh...
Thanks Annabring ^_^
Tanpa cermin mata or aku taip spek je la*malas nk taip cermin mata panjang² tu..=__=" 
Tanpa spek, aku rasa tak perfect plak.. Rasa, eeishh.. Tak selesa langsung! Hilang kehenseman aku ni.. ^^"


Waghh, spek aku patah! Mmg dah lame dah dia bengkok.. Dah agak dah akan patah... Dan patah jugak..sobs² (T.T) Then aku gune plak spek lama aku dulu, masih elok lagi.. Legaa...sebab hensem kembali...*Puek! Legalah sebab aku boleh mengadap pc balik, boleh lihat dunia dengan jelas.. ^_^" Malas rasanya nak tukar frame spek yg patah tu sebab dah pakai spek lame ni.. Aku pakai dalam masa dua hari je kot, pastu patah pulak spek lame tu. Bukan patah, tapi tercabut skru.. Mane hilang ntah..Ganas sangat ke aku ni? >_<" Warghh, terpaksa jugak tukar frame spek lain, esok baru ambik spek baru.. yeahaahh! ^^,


Bye2 spek =( Jasamu dikenang.. Takpe! Cermin elok lagi, boleh gune untuk masa akan datang ^_^
*aku taip ni pun macam ape je sebab takde spek.. =__="
*walaweyh, aku kalah BPM ..sobs2.. takpelah.. Tak kisah.. ^_^



Wednesday, December 15, 2010

Hadiah kepada Lydia Miza | Syatozapunyer Update!

Assalamualaikum.. wehuuuu~ ^_^ Warghh... harini aku sungguh busy.. Sebab ape? Adelaa... Ececeee, rahsia2 plak.. Tampo kang =___="
Salah satu yang aku dok sibuk ni yang ni haa..
Hadiah header untuk Kak LM! ^^,
Haritu buat kat Ell si Alien.. Ade dalam entry Alien pun blogging jugak, tau x?
Pastu Kak LM pindah ke rumah baru.. Architectnya si Zaerr..*buatkan template untuk zai jugak!!! =___="
Zaerr suruh aku wat tab kat blog kak LM..*yela2.. Zai gak kene..O.o
Habis kematu vontot² kami bertiga (kak LM, Zaerr and aku)..
Lawa tak header tu? Buruk kan? T.T *kalo korang nak, baik²lah ngan aku..wahahaha
.........................................................................................................................................................................
Orite!
Semalam aku tidur pukul brape ntah.. 6.30am kot.. Giler lewat!
Sebab dok sibuk letak coding2 dalam blog ni.. 
Dulu aku ade buat bahagian "JOM CLICK" .. Yang ade banner2 kome tu.. Ingat x?
Ok, sekarang dah tukar sebab nk kurangkan sikit berat blog ni..
Kesemua banner² ada dalam tab "EX-change Banner" Kome nak exchange, gitau la ek kat shoutbox ^__^


Lagi satu, disebelah shoutbox dah ada "Facebook LiveStream"
Jenuh woo nak wat... Payah coding2 dia.. tu sampai tidur lewat tu..

Oklah, chauwwwss~

nota kecik : Kome nak tak tutorial FB LiveStream ni? Kalo nk, komen ek.. ^^,
undi zai di SINI! No 315.. Sedih, orang kurang vote T.T

Tuesday, December 14, 2010

Brengset lu! Bodoh! | Mintak topup 1000rm

Assalamualaikum, Uikss? Agak kurang sopan tajuk title tu.. Maaf ek ^_^
Tajuk tu ade kene mengene ngan ape yg aku nak tunjukkan nanti..
.
.
Korang semua dah tahu kan? Yang kes orang indon mintak topup rm50 tu? Aku tgk ramai blogger wat entry ni, suruh berjaga².. Aku pun suruh korang jage² ek! Jangan mudah ditipu! *ke tertipu? O.o
Haritu, ntah bile dah.. Kes ni dah masuk dalam paper metro kan?


Abang aku bace pasal tu, then dia dapat satu idea..haha
*Aku pun x terfikir nak wat camni..haha
Dia hantar msg ni kat no fon mamat indon tu.. Dia hantar betol2!! >_<"
Haihh, macam2 cara orang skang ni nk cari duit cara senang.. Esok² apa pulak ye?

Monday, December 13, 2010

Alien pun blogging jugak, tau x?


"Beepp bepp beppp.. I wants to see your leader.."
"Nyooot nyooot! We come in peace!" *bile mase alien jadi pingu?? =__="
Ahahh, sape kate alien x reti blogging? sape sape? Tak sape kate kan?
 Bagus2.. Sebab aku pun x akan setuju yg alien blogging..haha


Aku maksudkan blogger ni haaa.. Alienelliz
Aku taja header blog dia..hoho Siap dalam masa 5minit only ^__^
Kalau tak, bayaran dikenekan, tapi kiteorang mengamal sistem barter.. cewahh! haha


Amacam??
Burok! >_<"


jap, ade iklan
Ehh, undi la weyhh.. jom! ^_^

Tutorial : Tak boleh remove gadjet! Kenapa ek?

Hah, alahaiii, camne ni? tak leh remove la plak! Nyemak je.. =___="
Ahah! Korang nak tahu x camne nk remove?

1. Pergi ke Design --> Edit HTML
2. tekan " CTRL + F " search nama text gadject kome tu... Macam aku ni, aku nak cari "Comments yang diterima" so, aku search yang itu..
Dah dapat! hoho
3. Nampak x perkataan 
" <b:widget id='Gadget1' locked='true' title='Comments yg Diterima' type='Gadget'/> "
4. Ubah code text warna merah tu kepada 'false'
5. Save template.. Pegi ke PAGE ELEMENTS plak..
 
Yeszaaa, dah boleh remove! ^^, haha
Ini aku guna cara aku, xtau la plak cara orang lain camne kan.. Sebelum ni ade gak ternampak tutorial camni kat blog Zaerr *promote blog Zaerr, ciss..haha

Okeh! Faham ke kome? tak faham tanye la ek.. ^__^

The Most Beautiful Flower Contest using Digital Camera (Pemenang!)

Assalamualaikum.. Errr.. 
Huh? Pemenang The Most Beautiful Flower Contest using Digital Camera??!
Dah ada pemenangnya? hahahaa.. Ingat, pemenangnya hanya sorang, seperti kata² Sya Isya probability untuk menang 1/52=0.0192.. Kecik je kan nilai tu? Probability tu maknanya kebarangakalian yekk..bukan binatang oik2 tu =___="

Jeng3~ Ingat aku sorang je ke jadi juri?
 Ade la kawan2 lain yg tlg aku bagi pendapat ^__^ Thank kome!
Salah sorangnya adalah AMIRUL *seorang photograhpher ,aku jeles ngan dia!haha
Setelahku pilih gambo2, pilih ke peringkat seterusnya.. Dan final.. *cewahh..dah macam BPM dah >_<
Inilah pemenangnya...

Gadis Melayu yang kerap dilabel sombong... Yeke?



Kemaskan? Kemas je editing dia ^__^ berlatarbelakangkan bunga lain dan awan...
Kak nurul, sila beri YM anda kalau boleh.. Nak bagi adiah..haha
Pada siapa yang x menang tu, jgn la benci aku >_< sobs2.. Aku hanya insan biasa aje..
Senang je kan contest ni? buat entry , masokkan gambo, nak tag ke ape ke, pastu done!
Bukan susah pun kan? Thanks banyak2 kepada 52 orang yg join tu =)
Korang pun boleh ambik kesempatan untuk blogwalking right?hoho
Ok, aku mintak maaf banyak2 if aku ade wat salah ye.. Halalkan makan minum aku.. ^^,'' haha
Bye2, jumpa lagi di contest lain...


Psttt! : vote blog zai di pilihan 8 no 315 ek! ^_^

Contest Ditutup !

Assalamualaikum, wuhuuu! 
Dengan ini, saya mengumumkan bahawa contest ini ditutup!*dah macam raya je.. O.o
Wohoooo, ramainya yang join contest yg pertama kali ku anjurkan ^___^
Terima Kasih banyak2 pada sesiapa yang join ekk.. Korang mmg terbaik!haha


Ini baru contest yg pertama aku anjurkan, so hadiahnya teramatlah x semahal mane..
Pemenangnya hanya sorang je, tiada yg tempat kedua or ketiga..
Korang yang join tapi tak menang tu, janganlah benci aku..sobs2 T.T
InsyaAllah contest yg kedua ini hadiah lagi gempak punyalah! 
Siap ada pemenang kedua and ketiga lagi!hoho ^^,


Esok malam aku bagitau siapa pemenangnya ekk..Orite?
Sekali lagi, thanks sangat2 kat korang yang join..
TQ ^__^

Sunday, December 12, 2010

Uikss? Blog aku ade dalam BPM (pilihan) 2010 |Flash part 3

Assalamualaikum, yo! yo! Main yoyo.. O.o

Haritu aku ade wat entry INI kan? Yeszaaa, syukur alhamdulillah..
Mula² aku ingat aku tak masok dalam senarai tu.. Aku dok cari je la name aku kat situ, dok search je la "SYATOZA".. Tak ada! Aku dah mule macam.. macamm.. sedih kot?haha
Then aku anto la kat komen, aku tnye En. Azman Roslam tu, pastu beliau beritahu kat aku yg blog aku kat senarai 8 bernombor 315.
Anda nampak? Dalam kotak merah "Uikss" itu aku! wahhaha..
Syukur alhamdulillah sebab aku ade. ^___^
Eh, baru perasan, ade [ZUREEN SUKA SUSHI] and Ayeem Ayam..
 Hah?! Satu senarai aku ngan mereka? =__=" kenapee... hahaha

Orite! Aku tgk dah ramai dah dok sibuk kempen2 undi blog deme, siap banner skali..
Aku nak jugak buat!! haha
Yeszaaa~ Flash yg ade button ^__^" dia lambat sikit nak kuar, tggu la ek..
 Buruk x? buruk2 pun aku letak kat atas blog aku ni ha..haha
Ayeem!!! Camne nk kecikkan size flash? ade ke? haha

BEN ASHAARI BLOG LIST 2011

Assalamualaikum, Huhhhh~ Aku kene cepat ni, cepat2!!
Nak join dalam bloglist BA 2011!


Sehari berape kali update daaa? =__="
Ermmm, ikut keadaan, kekadang 2 3 or 5 kali.. insyaAllah.. tgk mood la..haha


Kenapa nak berada dalam blog list di Blog Ben Ashaari?
Erkkk, sape yg xkenal bro BA? traffic dia gile ramai sehari ^_^
Kalaulah blog aku ni dimasukkan dalam bloglist BA, mesti aku dapat gak traffic nye kan?hoho
Aku respek BA ni! Sape kate beliau sombong? tara punya..
 Sllu la jugak aku dok IM Fb BA mintak pendapat..hoho
Thanks BA ! ^_^


Ok, chauwwzzz...
The Most Beautiful Flower Contest using Digital Camera
ditutup pada tengah malam ni ( 00.00am) 
Thanks pada siapa yg join ^^

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza