Monday, July 30, 2012

Cokelat Daim Dua Bijik

Assalamualaikum.. Yoossh...
Eh, tau coklat daim? DAIM, bukan ZAIM. Tu ayeem tu..kahkah
Aku rasa ramai yang tau, sedap weh coklat tu :D


Pagi tadi, kawan bagi coklat daim. Dah lama aku mintak kat dia sbb teringin sangat, lama tak makan coklat daim. Dia dapat kat kawan aku lagi sorang yg baru balik bercuti dari Langkawi. Aku tak tau plak dia ni order coklat kat kawan aku tu. -_- Aku pun nak order jugakkkk... Nape dia tak gitau akuuuuuuuuuu...

Kawan aku bagi dua bijik je, dua je... D.U.A ==" haha. Takpelah, asalkan dia bagi kan dari tak bagi langsung. Alhamdulillah.. Setelah lama tak makan, akhirnya dapat gak makan coklat daim tu.. Terima kasih kawan.  ^_^


Sejarah Coklat Daim;
Cokelar bar Daim berasal dari Sweeden dan Norway ini telah dihasilkan oleh Marabou dan Freia pada tahun 1953. Daim didalam bahasa Swedish ia di kenali sebagai Dajm dan Dime di UK dan Ireland. Sekarang cokelat Daim di miliki oleh Kraft Foods yang turut mengeluarkan cokelat Toblerone. *Toblerone, aku rasa tak pernah lagi mkn tu.. T_T
--> Sumber <---


psst; sapa² yg pi bercuti or tinggal kat Langkawi, leh tak tlg belikan untuk aku? anto kat aku guna pos laju la =P 
psst lagi; amboi, buku undang² nampak?

Sunday, July 29, 2012

Aku nak...

Assalamualaikum.ni nak cite sikit apa kehendak aku buat masa ni :)

Aku nak lens. Bukan contact lens tu lah.. Tapi ni lens camera.. Aku ada dslr, tapi lens nya hanya kitlens je.. 18-55mm, aku dok tangkap wide angel je laa.. =/ aku teringin nak lens 50mm.. Nak... Sbb aku nak main bokeh! harhar. Selalu jugak aku pinjam kawan aku punya lens 50mm yang f1.4 punya.. Yelah, asyik pinjaammmm je, kang rosak kang naya >_<. Bilalah nak ada sendiri punya kan.. tak dapat 50mm, dapat lens 18-135, 200 or apa2 yang lebih dari 18-55mm pun jadilah.. best gak tangkap gambar dari jauh.. Skodeng~ haha. Takdelah, memain je.
Digunakan untuk olimpik London. O: Pehhh..
Aku nak pen tablet. Tau pen tablet? Yang femes wacoom bamboo punya. Tau dok? Aish, yang designer lukis tangan secara digital tu.. Aku teringin jugak nak bende tu, sbb aku suka melukis guna digital, aku tak brapa suka lukis guna tangan kat kertas. Sbb, warghh.. Serius, aku suka lagi design digital dari tangan lukis kat kertas pastu scan ke komputer.. ==" Aku suka artwork kawan² aku yang ade pen tablet ni.. Nampak macam, woww =O
Oh ya, harga tablet tu murah dah.. 100+ leh dapat dah.. Tapi, bilalah nak ada duit.. Bila dah ada duit, beli bende lain...hoho


Aku nak fon canggih. Canggihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. gigih ko tau tak aku taip 'h' banyak kali.. xD Untuk pengetahuan anda, aku tak pernah pakai henset yang leh wifi, instagram, dan function best lelain.. Henset nokia yang sabun, daun, batu lesung whatever tu pun aku tak pernah pakaiiiii :( Memula aku pakai enset nokia 3210 (time darjah 6), pastu motorola yang takde function best, pastu la ni aku asyik pakai fon csl csl csl je~  ==" Walaupun aku nak fon cecanggih tu, aku takut plak aku tak reti jaga fon. Takut terjatuh la, itu ini.. Tu aku teringin nak enset 'gagah' macam Nokia Lumia pun jadi ler... =)

Aku nak komputer yang best. Best acano tu? Best dari segi kelajuan, graphic dan storage.. Pc aku ni dah lamaaaaaaaaaa dah guna. Dari 2009. Ceh 2009, baru 4 tahun..  ==" lamaaaaaaa la sanaaaad.. Eh, kira lama la jugak kan, aku pakai processor sempron je kot. HDD pun 140gb je =/ Dapat 500gb pun jadilah.. Graphic card pun... =_=" segan aku nak gitau..harhar. Dapat grafik card yang leh main Battlefield 3 jadilah.. :) Oh ya, processor aku harap nak i3 or i5 jadilah.. Jadilah jadilah jadilah saje...
==" Takkan dapat lah zai uii..haha


Oklah, aku nak.. aku nak jee.. tak dapat pun takpe. Kehendak, bukan keperluan.
Apepun, aku bersyukur apa yang aku ada sekarang. Syukur Alhamdulillah =)
maaf kalau ada apa salah dalam entri ni yaa.. Salam Ramadhan. ^_^

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan =)

Assalamualaikum.. Heyyyyoooo! Pa habaq? :D Lama betui aku tak update, berhabuk dah blog ni. Camne nak tau blog dah berhabuk/usang? entah, aku pun tak tau, tak nampak pun sarang labah² or kekotoran kat blog ni =))

Anyway, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak! Al-Mubarak yek, bukan murtabak ==" kan dah lapaq.. -_-


Gambar khat diatas hasil dari blog Awangpurba... cantik dia punya punyaa... apa nak cakap ek? dia punya artwork lah! harhar. Asalnya warna hitam, bila letak kat blog aku ni tak nampak apa sebab background blog ni hitam, so aku tukar ke putih.. maaf ekk :)

Aku minta maaf kat korang jika ada apa² salah. Selamat menjalani ibadah puasa :)

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza