Saturday, August 18, 2012

Kad Raya Dari Blogger dan YB

Sebelum tu...

Ya Allah, sebentar lagi RamadhanMu akan berakhir. T.T
Alhamdulillah. Terima kasih atas segala kesempatan, nikmat dan ganjaran yang telah Engkau berikan dalam bulan ini.

Ya Allah, jika dalam pandanganMu puasa kami tidak sempurna
maka sempurnakanlah.
Jika hanya perut kami yg berpuasa namun hati dan anggota badan kami tidak
maka ampunilah.
Sesungguhnya tiada yg mengampunkan dosa melainkan Engkau Ya Allah.
Kasihanilah kami dan terimalah amal ibadat kami Ya Allah.

Ya Allah, izinkan kami berkesempatan lagi untuk bertemu dengan ramadhanMu yg akan datang.
Namun, seandainya inilah Ramadhan yg terakhir bagi kami,
jadikanlah amal ibadat kami dlm ramadhan ini sebagai sebaik2 amalan untuk menjadi bekal kami tika menghadapMu.

Ya Allah, jadikan kami dari golongan orang2 yg dapat membebaskan diri dari nerakaMu,
Dengan RahmatMu, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Aamin
*copy dari fb Ainnur Afifah ^_^ Terima kasih.
____________________________________________________________________

Assalamualaikum.. Hyeep ! Kad raya, aku rasa makin kurang dah gunakan kad raya untuk beri ucapan raya. Sekarang guna e-card, post kat fb je..haha Murah pun murah, bukan murah tetapi free! haha
Tak macam anto kad raya guna pos, kene pi pos la, beli stam la.. la la la la dan la serta la ==" Ok cukup².

Tapi, jujur aku cakap yang aku suka lagi kad raya yang dipos. huhu. Sebab macam bermakna je, boleh simpan dalam almari, boleh tengok tulisan orang tu ^_^
Tahu ni kad raya aku dapat 4 keping je.. Tahun lepas punya aku tak igt, tapi lebih dari 1. ahaha
Terima kasih anto kad raya ni ye :)

1. Kad raya dari Abg Eqbal Zack
hensem huh? hoho
2. Aesya Zealous
Doodle Kak Aesya sendiri..
dannnnn, kad raya dari YB! jeng3
3.
Kenal? Hamzah Ian! harharhar
Baca ucapan dari Hamzah tu. Aku baru je click button follow blog dia..wahaha Padahal aku dah lama dah ikuti blog dia tanpa click button follow. Ni namanya silent reader. hoho
Dan dapat adiah dari Hamzah dan Kanda Dinda, iaitu sampul duit raya ^_^ Sampul dia macam muka depan kad tu je.. lawa! Sayang nak guna =/

Ok lah.. Kata 4  keping? Mana lagi sekeping? Lagi sekeping tu pun kad dari Abg Eqbal. Hantar dua kad atas nama lain..haha.. Maaf2 :) Apa² pun Selamat Hari Raya! Semoga Allah terima amalan dari kami dan anda sekalian ^_^ InsyaAllah... Amin! Aku mintak maaf kepada semua pembaca blog aku ni kalau aku ada buat salah kat korang ye.. Aku maafkan korang walaupun korang takda buat salah pun.. K, Selamat Hari Raya !

Friday, August 17, 2012

Lama tak main LEGO

Assalamualaikum...
sumber
Lego. Taukan lego tu? Malas plak nak terangkan lego tu apa.. korang google je la lego tu apa..haha 
Time aku kecik2, aku suka sangat main lego. Best! Buat bangunan, kereta, kapal terbang. Memang kreativiti meningkat 1 tahap ke 1 tahaplah. :D cewah~
Sekarang ni, mana tah aku letak lego2 tu.. =__=" Dah terbuang kot? O= "ter" ye "ter"..

Kat facebook tadi kawan aku share pasal sejarah awal LEGO ni. Nak tengok ke? 

Best kan cite tu? ^_^ Dari buat mainan kayu sampailah.......... camne nak taip ek.. sampailah ke penciptaan bricks plastik..haha. Kat SINI korang leh tengok infographic pasal lego ni. Click gambar untuk zoom in. credit

Korang pernah main lego ni? Apa ciptaan lego korang yang paling gempak? Bagi aku lah.. maybe kapal terbang kot.. :D Wargh lama tak main lego. T_T

Thursday, August 16, 2012

Cerita Pasal Subjek STPM

Assalamualaikum ^_^
Ok, untuk pengetahuan korang. Aku dah sambung belajar. Di universiti kah? Tak. Oh, habis tu, kolej? Bukan. Tapi di Pra-Universiti or lebih dikenali sebagai form 6! Kenapa form 6? Erm, aku nak cepat ke degree! maybe?
Taknak cite pepanjang. Nak cite pasal subjek-subjek STPM yang aku ambik ni.
Aku ambik subjek Pengajian Perniagaan, Sejarah, ICT, dan semestinya subjek wajib iaitu Pengajian Am dan MUET =) Meh aku nak cite sikit pasal subjek aku ambik ni;

Pengajian Am (PA) : Yeah, subjek wajib ambik dan wajib lulus untuk STPM. Kan? Subjek PA ni macam aku belajar undang-undanglah -_- Belajar akta, perlembagaan dan lain2.  Ada jugak belajar buat karangan, tapi tak macam karangan BM, karangan PA lebih kepada fakta. Nama pun Pengajian Am kan? harhar kan dah bold disitu. Buat masa ni, aku agak pening sikit PA ni, serabut @_@ Takpelah, nnti aku study dengan lebih gigih. Study smart not study hard ^_^

Pengajian Perniagaan : Uuuuu subjek ni. Aku belajar pasal bisnes. Strategi2 bisnes, apa lagi ek -_- Setakat ni Alhamdulillah ok lah..haha *pendek je

Sejarah : What?! Sejarah?! Masa pemilihan subjek tu, rasanya ada 3 pilihan kot. Geografi, Seni dan Sejarah. Eh, geo skali ke? lupa dah. Aku tak pilih Geo. Dan aku pilih sejarah sebab maybe aku suka membaca? ==" Sejarah ni macam buku cerita tau? Kita baca, then bayangkan ~_~ Cara yang sama aku buat time SPM. sejarah time SPM dapat A *tetiba* :P Setakat ni sejarah ok, Alhamdulillah. Tapi igt2 lupa dah ni.HAHA

Seni aku tak ambil sebab... sebab.. Entah lah, maybe disebabkan pengalaman buat coursework seni SPM dlu kot membuatkan aku taknak ambik subjek tu. Byk kot keja seni! =_=" Seni mmg senang nak dapat A. Tapi... aku tak suka melukis tangan (seni halus). Aku suka digital.huhu. Dah dah, apepun dah terlambat kalau aku nak ambik seni. Aku dah ambik Sejarah, dan dah daftar pun dalam exam STPM nnti.

MUET : Jeng2. Ehem2. Ok, jujur. Actually, aku tak berapa pandai nak cakap BI =/ InsyaAllah i will improve my english language ^_^ tengok OhMyEnglish xD

ICT / Computing : Dulu panggil computing, skang dah ICT. Yeah, ICT! Tahukah anda, aku telah merayu untuk mengambil subjek ni. Dan kalau aku tak dapat subjek ni, mmg aku berhenti form6.huhu Terima kasih cikgu sebab approve rayuan aku T_T Aku buat rayaun sebab syarat2 untuk ICT agak tinggi.huhu

Tahukah anda (lagi sekali) subjek ICT untuk semester 1 ni iaitu MULTIMEDIA dah habis pembelajarannya? Wuu, cepatnya habis. Sekarang masa untuk buat coursework multimedia. 30/40%  markah , masuk dalam exam STPM =D Banyak tuu markah. Aku belajar ICT (Multimedia) untuk sem 1 ni, macam belajar ICT SPM balik. haha. Tapi dengan lebih detail la ^_^
_____________________________________________________________________
Oritee... Siapa blogger calon STPM sini? :D Yang aku tau skang blogger Nia Lidia ngan Kak Alia je.
Pe habaq Nia and Kak Alia? haha STPM sem 1 bulan 11 ni. Trial bulan 9. Bukan trial lah, tapi ujian untuk kami, cikgu yang buat soalan. Doakan aku dan calon2 lain dapat buat dengan cemerlang ^^,v InsyaAllah. Amin.

Monday, August 6, 2012

Duit Kecik Duit Besaq

gambar lama tapi baru upload kat blog ni..
Go go Power Rangers! 



Ok, gambar di atas tiada kene mengena dengan cerita dibawah =_="

Situasi 1;
Seorang pelanggan nak membeli kad  topup rm3. Penjual pun bagi kad topup rm3.
Pelanggan tersebut memberikan sekeping kertas berwarna biru biru hijau. (rm50)
Penjual bertanya kepada pelanggan, "takde duit kecik ke?" , "takde la encik", balasnya.
Penjual memberi baki kepada pelanggan yang duitnya rm 10+10+10+10+7 keping.

Situasi 2;
Seorang pelanggan lain pula datang untuk fotostat sekeping kertas yang bernilai 10sen.
Dengan penuh harapan si penjual harap pelanggan tersebut tidak sama dengan pelanggan situasi 1 tadi.
Selepas selesai fotostat, pelanggan itu memberikan sekeping
wang berwarna ungu. (rm100) Si penjual rasa nak..... jeee... grr =__=" Haraapaan, harapan menjadi layu Dan akhirnya si penjual bagi free je untuk fotostat tadi.
Kalau tidak dia terpaksa memberikan rm 50+10+10+10+10+9.90.

Situasi begini selalunya berlaku pada musim gaji iaitu di akhir bulan atau awal bulan.
Dan aku pernah menghadapinya.. (aku la penjual tu)

*pesal bila aku baca balik entri ni macam @_@ je.. haih =="


About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza