Ok, untuk pengetahuan korang. Aku dah sambung belajar. Di universiti kah? Tak. Oh, habis tu, kolej? Bukan. Tapi di Pra-Universiti or lebih dikenali sebagai form 6! Kenapa form 6? Erm, aku nak cepat ke degree! maybe?
Taknak cite pepanjang. Nak cite pasal subjek-subjek STPM yang aku ambik ni.
Aku ambik subjek Pengajian Perniagaan, Sejarah, ICT, dan semestinya subjek wajib iaitu Pengajian Am dan MUET =) Meh aku nak cite sikit pasal subjek aku ambik ni;
Pengajian Am (PA) : Yeah, subjek wajib ambik dan wajib lulus untuk STPM. Kan? Subjek PA ni macam aku belajar undang-undanglah -_- Belajar akta, perlembagaan dan lain2. Ada jugak belajar buat karangan, tapi tak macam karangan BM, karangan PA lebih kepada fakta. Nama pun Pengajian Am kan? harhar kan dah bold disitu. Buat masa ni, aku agak pening sikit PA ni, serabut @_@ Takpelah, nnti aku study dengan lebih gigih. Study smart not study hard ^_^
Pengajian Perniagaan : Uuuuu subjek ni. Aku belajar pasal bisnes. Strategi2 bisnes, apa lagi ek -_- Setakat ni Alhamdulillah ok lah..haha *pendek je
Sejarah : What?! Sejarah?! Masa pemilihan subjek tu, rasanya ada 3 pilihan kot. Geografi, Seni dan Sejarah. Eh, geo skali ke? lupa dah. Aku tak pilih Geo. Dan aku pilih sejarah sebab maybe aku suka membaca? ==" Sejarah ni macam buku cerita tau? Kita baca, then bayangkan ~_~ Cara yang sama aku buat time SPM.
Seni aku tak ambil sebab... sebab.. Entah lah, maybe disebabkan pengalaman buat coursework seni SPM dlu kot membuatkan aku taknak ambik subjek tu. Byk kot keja seni! =_=" Seni mmg senang nak dapat A. Tapi... aku tak suka melukis tangan (seni halus). Aku suka digital.huhu. Dah dah, apepun dah terlambat kalau aku nak ambik seni. Aku dah ambik Sejarah, dan dah daftar pun dalam exam STPM nnti.
MUET : Jeng2. Ehem2. Ok, jujur. Actually, aku tak berapa pandai nak cakap BI =/ InsyaAllah i will improve my english language ^_^ tengok OhMyEnglish xD
ICT / Computing : Dulu panggil computing, skang dah ICT. Yeah, ICT! Tahukah anda, aku telah merayu untuk mengambil subjek ni. Dan kalau aku tak dapat subjek ni, mmg aku berhenti form6.huhu Terima kasih cikgu sebab approve rayuan aku T_T Aku buat rayaun sebab syarat2 untuk ICT agak tinggi.huhu
Tahukah anda (lagi sekali) subjek ICT untuk semester 1 ni iaitu MULTIMEDIA dah habis pembelajarannya? Wuu, cepatnya habis. Sekarang masa untuk buat coursework multimedia. 30/40% markah , masuk dalam exam STPM =D Banyak tuu markah. Aku belajar ICT (Multimedia) untuk sem 1 ni, macam belajar ICT SPM balik. haha. Tapi dengan lebih detail la ^_^
_____________________________________________________________________
Oritee... Siapa blogger calon STPM sini? :D Yang aku tau skang blogger Nia Lidia ngan Kak Alia je.
Pe habaq Nia and Kak Alia? haha STPM sem 1 bulan 11 ni. Trial bulan 9. Bukan trial lah, tapi ujian untuk kami, cikgu yang buat soalan. Doakan aku dan calon2 lain dapat buat dengan cemerlang ^^,v InsyaAllah. Amin.
6 comments
saya saya saya! ehh ada pulak nama kita kat situ. lalala ~ waaa dia dpt jugak ye ambik ICT. tahniahh tahniahh. alhamdulillahlah, allah permudahkan.
nia ambik P.am , sej, Bm (saya suka menulis & berangan) haha , Eko & Muet. yang agak berat sikit, eko & sej. huu :( mungkin zai kena bg nia tips hafal sejarah. pleassse :D zai, sama2lah kita study smart k supaya cpt ke degree. kot2 ada rezeki satu tempat ke, wakaka. berangan tinggi hihi. good luck zai !
@NiaLidia. ekonomi tuuhhh.. :P
tips? tu kan dh bg atas tu..haha
ya, sama2 kita study smart ^_^ yg part ke sama tempat tu.. errr..errrr ..ngeh3
semoga berjaya Nia :)
saya pun sama amek stpm. hahahaha
btw awal bulan 10 saya trial. sya pun amek sj,pp tp saya tak amek ict. saya amek bm.
Good luck buat Syatoza dan kawan2 yang menduduki peperiksaan STPM.. All the best!
Patutlah lama tak update blog.. :)
@ika nasir ohh, same ekk :D semoga berjaya ika :)
@Nur-nba ehehee.. terima kasih kak ^_^