Assalamualaikum W.B.T
Nguhahahahaha!! Akhirnya! Selama 3minggu dok ngadap paper exam dan 3minggu jugaklah duduk dalam dewan yang agak best sebab time dah siap awal dan sudah semak tu aku tido~ Z_Z" Tido yang tak beberapa nyenyak... Tinggal paper perdagangan je lagi! Chaiyok!
Nak dekat tengah malam tu, aku ngan family pi lah kat Menara Jam Condong Teluk Intan... Untuk pengetahuan anda, saya penduduk di Perak ini baru pertama kali melihat menara condong ini dengan jarak dekat?huahauhuahau~
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sabtu minggu lalu, aku dengan family pi Teluk Anson@Intan. Pak sedara aku ada buat open house! Best! Sebab aku merasa Rendang Itik!! Pestime kot?! Pehh~ Rasa dia sedap jugak, lembut² macam daging and ayam.. Aku gitau kat kawan aku pasal ni, dia geli..Euuww~ Mardhiah
-Kome click gambo atas ni, ada warna lain-
Waktu malam, macam² warna cahaya yg ada kat menara ni.. Macam warna biru, kuning, purple dan hijau =)
Waktu malam, macam² warna cahaya yg ada kat menara ni.. Macam warna biru, kuning, purple dan hijau =)
Gerbang Malam yang berhampiran dengan menara jam tu..
"Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.
"Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.
Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.
Orite, guwa chauw dlu yaa... Salam ^_^
Sumber Sejarah yang hangpa terpaksa baca : Wikipedia
Gambar : Tangkap sendiri, Sony A380, KitLens + Tripod
5 comments
kutuk kt ye zaiiiiiiiii! siap mung!
sudoh mung..mardhiya maghoh
@mar-dhi-ah mung mung! xD
JIJI : aiyokkk, tatayokk..
menara kebanggaan gua ni...maklum le, teman ni asei telok mak intan..
@The Sharkox lorh, yeke? haha :D