Monday, April 16, 2012

Home » , , , » Kau langgar undang-undang tu pesal?!

Kau langgar undang-undang tu pesal?!

Pukul 7pagi aku bangun dari tidur. Yah, aku terlewat untuk menunaikan solat subuh. Cepat² aku mandi, solat, dan terus mengadap computer.heh


Pukul 8pagi aku dah bersiap (hensem habis wa cakap lu) untuk menunggu agent latihan memandu aku datang mengambil aku ke tempat belajar kereta.

Pukul 9pagi aku menunggu giliran. Kenapa lambat sangat? Kenapa tak panggil pun diorg ni? Aku still menunggu, sambil sembang dengan calon lain. Oh, agent tu pergi makang. Kelihatan ramai calon berada dibawah bumbung belah sana. Agaknya calon ulangan maybe? Aku menunggu...
 
Pukul 9pagi+++ aku disuruh agent tu pergi ke pejabat JPJ. Yeah, rupanya time aku tengah tunggu punya tunggu tu diorang dah panggil dah untuk masuk ke dalam bumbung yang aku sangkakan itu calon ulangan. Wargh.. Nape aku x dengar diorang panggil? Taklimat pun aku tak pi! hahaha *gelak jahat


Pukul... entah pukul berapa, tak tahu. Aku menunggu lagi kat bawah bumbung. Menunggu giliran aku untuk dipanggil buat ujian bahagian bukit. Sorang² aku perhatikan masa ujian bukit tu. Ada yang lepasi ujian tu , ada yang tak sampai had untuk brek, ada yang dipanggil keluar disebabkan peluang kali kedua diberikan tidak dapat dilaksanakan. Amboi ayat aku. 

Pukul 9.35 pagi. Giliran aku pula untuk buat ujian bukit. Fuhh fuhh.. Aku dapat kereta kancil yang agak (~_~) Aku lepas clutch sikit je dah bergegar kereta tu..hahaha. Petugas suruh aku keluar dari kereta tu yang boleh membuatkan aku fail ==" Dia suruh aku pakai kereta yang ditunjukkan. Aku naik, alhamdulillah.. Bolehlah... Aku lepasi ujian bukit (seminit), sideparking (seminit), 3 penjuru (seminit rasanya).. Hoyeah.. Syukur alhamdulillah aku lepas semua.. Ok, masa untuk jalanraya.. Pin pin!

Pukul 10.40+ pagi.  Aku masuk ke dalam kereta tu. Kereta kancil memang tak sesuai untuk aku sebab aku ni agak besar.. Nak kene Mitsubishi lancer atau Toyota Alphard baru umph!..wakaka
Ok, masa untuk berak beraksi. Bruuum bruuum aku bawak. Lancar.. Alhamdulillah.. walaupun ada sedikit spoil.. Pukul 11pagi gitu tamat. 20minit gak ye masa bawak jalanraya ni.. 

Yes! Lulus! Perasaan seperti dapat result SPM straight As ! harhar
Syukur alhamdulillah ya Allah...


*aku rasa tak sesuai doodle + frame polaroid.. =="

12 comments

April 16, 2012 at 8:47 PM

tahniah..
samala dulu..4 tahun lepas..
perasaan yang sama lepas lulus lesen.. kui3

April 16, 2012 at 9:04 PM

waahhh tahniah lulus.. ^_^

April 16, 2012 at 9:33 PM

Yay. Shag menang. Shag buat bukit tak smp seminit. Parking + 3 penjuru = 1 minit. Pergh~ Tapi jalan raya Shag 40 minit sebab bawak 30-40kmj je. Lol lol :D

April 16, 2012 at 9:49 PM

yay ingatkan gagal baru nak feeling setan ;p

April 16, 2012 at 10:10 PM

wahh dasat..drift kat selekoh..huhuu tahniahh..pas ni leh bwk akak jenjalan perak hehe

April 17, 2012 at 1:21 PM

@aizuddin hahaha, semua orang gitu kot bila dah lulus :D

April 17, 2012 at 1:21 PM

@cik miera terima kasih kak :D

April 17, 2012 at 1:22 PM

@Puan Besar Shag Yahaya blagak la? =P
jalan raya mmg kene bawak slow2..huhu

April 17, 2012 at 1:22 PM

@xila riston feeling setan? tak faham ni.. nk nangis dah ni sbb x faham.. T_T

April 17, 2012 at 1:23 PM

@misyamissyou haha. tu hanya gambo je..idok le zai drift :P

terima kasih.. boleh la kot, tapi jalan2 kat Perak ni zai mana tau sgt...huuu

April 19, 2012 at 11:58 AM

tahniahh !!!!! :D

April 19, 2012 at 2:13 PM

@Alyssa Amanda terima kasih! :D alhamdulillah ^_^

Post a Comment

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza