Sunday, January 29, 2012

Ini Memang Cara Aku

Assalamualaikum, yo kome (anda).. Buat apa tu? Tengah tgk AJL atau Ceramah Ustaz Azhar Idrus kat Shah Alam tu? Aku nak tgk ceramah tu, tapi nk streaming lembab lah tenet aku ni =..= Takpa takpa, nnti mesti ada masuk youtube ni ^_^ aku tgk AJL je la dlu..haha
----------------------------------------------------------------------------------------------------


Orite, korang pernah tengok tak orang pegang laptop/netbook dengan cara tak berapa nak normal? Tak pernah? Tgk lah gambar bawah ni;
anggaplah laptop/netbook tu letak kat atas riba.. Kome ni =="
Err.. tak pelik? Biasa je? K,fine.. aku tak kisah..haha. Aku buat camtu sebab aku rasa selesa kat pergelangan tangan ni.. Aku pernah cerita pasal masalah pergelangan tangan aku tu.. Boleh click di entry tarikh paling aku takkan lupa <---sekarang aku dah lupa..kah3 Tapi, aku tak berapa selesa bila nak menaip.. susah kalau posisi camtu nak menaip kat keyboard :)


Ada jugak yang buat macam² posisi dia mengadap laptop.. Asalkan selesa.. 
Ini cara Ayeem Ayam, dia selesa buat camtu tak kiralah tengah edit flash, update entry, main fb dan lain² .. Dia bersyukur yang dada dia besar =..="


Apa cara/posisi/style korang ngadap laptop/netbook plak? Meh la citeee =>


psst~! Aku takda idea langsung nk buat gambar atas tu, tak tau nak lukis tangan..haha.  tgk blog Huzaifah ni, aku ambil sikit idea dari dia la.. simple je tangan, tajam je..haha
Followlah blog dia.. best :)
*update : aku gune netbook utk pakai main fb ke ape.. tapi kalau photoshop2 semua tu pakai pc =)

Wednesday, January 25, 2012

Tips: Cara kembalikan gambar yang hilang | Recuva

Assalamualaikum, Hello! Ada orang di sana? Ada orang yang tengah membaca blog aku ni? Wahh, terharu aku.. ="> Lama aku tak update, rindu nak update 2 3 entry sehari. Rindu nk buat tu mmg rindu, tapi aku tak ada idea.. Arghhh.. Hah, sekarang ni aku ada idea.. Syukur Alhamdulillah..


Korang pernah menghadapi tak situasi begini:
1. "Waaa, aku terdelete 1 folder gambar untuk assignment.. Habislah, gelaplah masa depan aku..! *overplak"
2. "Haritu kawan aku pinjam pendrive aku, emergency katanya. Dalam pendrive  tu ada macam2 yang disimpan contohnya gambar aku dengan family/kawan, dokumen, lagu dan lain-lain. Aku bagi je lah kat kawan tu. Time dia pulangkan, aku cek pendrive tu kosong! Kawan aku pi delete file dia dengan file aku. Hampeh! Putus kawan terus!"
Wooowooo~ Rilex.. Rilex.. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.. *yeke?
Ok, sebenarnya apabila data tu dipadam, dia tak padam sepenuhnya.. Ada lagi sisa data yang tinggal.  Itu pada pendapat aku lah. Aku pun masih belajar ni. ^_^


Ok, bagaimana mahu menggunakan Recuva ni? 
1. Download dulu software tu di SINI. Install macam biasa. Macamlah korang tak biasa.. Adeh
2. Dah download, run software tu. Dia keluar wizard, lagi senang rasanya pakai wizard ni.
CLICK NEXT
3. File type. Korang select je apa data yang anda terpadam tu. Macam aku pilih Pictures, gambar aku dalam memory card aku padam dengan sengajanya demi tuto ni.. =_="
DAH SELECTED TU, CLICK NEXT
4. Pilih file location korang nak recover balik tu. Aku pilih E iaitu memory card.
CLICK NEXT
5. Korang boleh tick enable deep scan. Dia akan scan dengan lebih mendalam dan mengambil masa sikit. Aku tak pilih.. Malas tunggu.. =="
CLICK START
6. Dia akan start scanning.. Sesape yang tick deep scan tu, tunggu dulu naa.. 
7. Hah, dia akan keluar macam gambar bawah ni, tick gambar/data mana yang korang nakkan tu. Dan click recover.
CLICK RECOVER
8. Select location for recovery. Aku select desktop. Dan korang click OK.
9. Dah complete semua, sila tengok desktop anda. Tada!  Dah dapat balik ! ^_^


Ada apa2 pertanyaan?


psst~! Kalau korang nak recover file yang begitu banyak contohnya terformat komputer tu, tak 100% dia akan recover balik. Ada data yang akan broken dan tak boleh digunakan lagi. Maaflah ye..


1.Nak tanya korang, err.. Penulisan aku ni ok ke? Nak gak tau..huu
2. Ni aku update guna netbuk ni.. haha =D
3. Sumber gambar "Fry Futurama" di google :) TQ

Sunday, January 22, 2012

Keluang Man !

Assalamualaikum!


Dia
Bagai seorang pahlawan
Menjadi pembela
Pada yang tiada upaya
Dengan ketangkasan
Langkah pergerakannya
Menewaskan musuh
Yang membuat angkara


Dialah satria
Biar pun dimana jua
Dia datang dikala malam tiba
Melakukan tugas mulia
Di desa juga di kota
Dia akan memberikan baktinya
Demi hidup aman sejahtera


Keluang Man
Keluang Man
Keluang Man~


Ahaaaa.. Korang ingat lagi tak Keluang Man ni ? Tahun 1998 kuar ni.. Cite lame beb! 
Apa yang terdetik dan tercapai diakalku ni ialah, takde ke Keluang Man The Movie? Cite Upin Ipin yang baru keluar pun dah ada movie. Ini plak cite Keluang Man yang dah lama? Mesti best kalau ada! ^_^ 


Budak² sekarang ni tau ke Keluang Man tu? hohoo. Sila youtube dan google yah..


*pendek aku update arini.. =="
credit gambo 

Selamat Tahun Baru Cina! Gong Xi Fa Cai!

Thursday, January 19, 2012

Kenangan Perkhemahan Pengakap

Assalamualaikum, yo yo! main yoyo dengan poyo! Wahh, lama tak main yoyo, buat style pusling² loop the loop.. weeeee \\(^.^)// Dan lama jugaklah aku tak update blog ni.. Kesian blog ni tinggal sorang² kan..alololoo~ Thanks kepada mengkome yg dtg blog ni dan beri komen ^__^


Okeh, tepuk pengakap... Pap pap pap.. Sekali lagi~! Pap pap pap.. *semacam je aku baca =..=
Ahahhh, korang yg pernah jadi ahli pengakap mesti pernah main tepuk² tangan kan.. Lagi satu yg aku ingat "lai ci kang semangkuk dua kupang, pap pap..!"
hensem kan aku? Terima kasih =p

Aku masuk pengakap kat sekolah rendah je, kat sekolah menengah tak sebab ade sebab² tertentu.. Time kat sekolah rendah je lah pun aktif pegi Kem Lencana Gangsa, Perak. Emas aku tak pegi sebab atas sebab² tertentu jugak..muahahaha


Aku teringat peristiwa dekat Kem Lencana Gangsa (darjah 5 2005) yang diadakan di Kg Sri Rahmat, Perak. Aku patrol ke 10 tak silap aku. Ketua patrol aku seorang pompuan yuu~ xD. Ada satu petang tu aku ngan kawan² pi kat masjid/surau berdekatan dengan tempat perkhemahan (SK Sri Rahmat).. Aku pegi kat tandas masjid tu, aku bukak lah satu² pintu tandas tu.. 'bang, bang' bunyi pintu zink yang aku tolak..
'Bang'.. "AAAaaaaaaaa!!", jeritan yang sedang² kuat didalam tandas.. Uiks, aku malulah kejap.. Yang pompuan tu tak pi kunci pintu tu apahal..haha. Nasib pompuan tu tak bogel woh.. Kalau tak lagi panjang cerita *_* Aku tau dia tak bogel , sebab aku nampak dia masih pakai baju seluar.. ==" Macam kakak² je aku tgk..hoho
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenangan lagi satu, entahlah kenangan pahit ke manis.. Di tempat yang sama (Sri Rahmat) dan hari kedua rasanya.. Pagi tu kiteorang kumpul ramai².. Tuan apa tah nama dia, aku tak ingat.. Beliau suruh kami pegi kat khemah dan ambik pakaian. Lipat pakaian dan letakkan di luar khemah. Rasanya sesi pembersihkan kot?
 Patrol 10 yang first sekali diarahkan balik ke khemah. Yeah, aku excited ni..haha Balik je khemah aku ambik beg kawan, dan aku bukak beg dia dan lipat² kan pakaian termasuk 'seluar kecik' dia.. Kawan aku tu patrol lain.. Dia datang kat aku gitau sepatutnya pakaian sendiri, bukan kawan.. HAHA. Dem. ==" Malu lagi... Apalah bengong beno aku time tu.. =____=" dush dush..


"Sekali menjadi pengakap, selamanya pengakap!", Yeke? O.o
Okeh, maaf lah entry ni macam tahpape je kan.. bai, assalamualaikum ^_^

Pengalaman korang menjadi ahli pengkap pulak?




kredit SINI dan SINI dan google keyword "scream girl"

Wednesday, January 11, 2012

#WW Kad Kahwin yang Sempoi~

*jumpa kat album FB lama, photoshop je ni kot.. Kalau betul² mesti kool~ 

Permohonan UPU | Sila unfollow blog ini

Errr, kenapa semuanya berkaitan dengan komputer? =__="


Ok, gambar kat atas tu ialah pilihan yang aku mohon untuk UPU =) Pilihan 1-8 mmg aku tibai je tak  ikut susunan..haha. Cikgu aku cakap letak course yang paling aku minat kat pilihan 1, tapi aku malaslah.. Baki semakan tinggal lagi 3. Lepas dapat resutl SPM nnti baru la kot nk ikut susunan pilihan ^_^ Aku berharap aku dapat sangat ke IPTA tu, kalau takde rezeki memang aku akan pergi mohon kat IPTS tu macam UniKL or KPTM Ipoh..huhu


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sila Unfollow blog aku? Aku saja ja bikin havov.. =p Semalam aku tengok followers aku ade 1215 dan sekarang dah kurang satu orang.. Err, aku tak kisahlah nak unfollow.. ^_^ Aku memang dah kurang update blog skang ni.. Tak tahulah, rasa nak berhenti pun ada jugak dalam dunia blog ni =/ Biasalah, kekadang aku rasa down, rasa semangat.. Rasa sayang ehh rasa sayang² ehh.. Maaf kalau aku tak balas komen/shout korang, tapi aku baca jugak =D Thanks..


Blogger Pemalas,
Syatoza Zai
(tandantangan tidak perlu
sebab tak perlu =..=)
11/January/2012

macam surat plak..tuik

Saturday, January 7, 2012

Tips : Cara Printscreen dan Direct Terus Ke URL

Kat IM, Facebook.

Ariff : Zai, aku ada sesuatu nak tunjuk kat kau ni. Ade budak tu chat ngan aku pastu dia cakap pasal kau.



Zai : Hah? Budak tu cakap apa pasal aku?


Ariff : Dia cakap kau "hensem". Kau mesti tak percaya punya. Kan?


Zai : Erk?! Aku hensem? wakaka. Ape bukti kau?


Ariff : Nah.. "Aku dah lama perhatikan Zai tu, hensem gak dia kan? :)"


Zai : Hak alah! Tipulah kau! haha. Takkan kot dia taip gitu =__=" Bak sini printsreen! Senang.. Ade bukti..haha


Ariff : Errr... Aku malaslah, nak tekan 'printscreen' pastu nak upload lagi.. =="


Zai : Haha, pemalas nye budak... Nak senang je budak zaman sekarang ni *tetiba* Camni, kau nak senangkan? Gunakan IMGUR! Install tool ni. Kau guna Firefox ke? Kalau guna Firefox ambik ni SINI dan kalau kau guna Google Chrome ni hah SINI .


Ariff : Aku guna Google Chrome. Jap, nak download..


......


Ariff : Zai, dah. Lepas tu?


Zai: Hoi2, lamanya? Aku rasa tak sampai 5 minit nak install.. Berak ke? =__=" Orite, lepas tu kau Right-click then click dekat 'imgur' and click 'capture area'. Capture area kat IM kau chat tu. Ataupun kau nak printscreen penuh desktop kau tu click 'capture page'.


Ariff : Orite bebeh. Kejap... *seminit kemudian* Nah! haha. http://i.imgur.com/Wxnqy.jpg Boleh pun..


Zai : Erk! HAHAHAHA! Tak sangka dia cakap aku hensem.. #malu gua =">


Ariff : Blah la lu.. =p haha. Ape lagi yang best Imgur ni?


Zai : Err, yang best kalau kau nak upload gambo kau boleh drag je gambar tu dari desktop/folder kau terus ke Imgur tu. Tapi kau kene click dululah tool imgur yang warna hitam atas kanan chrome kau ni pastu baru boleh drag. ^_^ bukan drag kereta tu yek.. Dan dia akan convertkan gambar tu dalam bentuk 'url' macam kau hantar 'url' gambar komen tadi tu. 


Kau boleh jugak gunakan 'URL' tu untuk blog (edit template, upload gambar dalam entry) =) Tapi lebih bagus kalau kau Register kat imgur tu. Senang sikit aku rasa. Contoh : kalau kau tak register dan guna PC lain, kau tak dapat capai gambar kau kat imgur tu disebabkan gambar kau upload tu hanya kat PC yang kau guna time upload. Tapi, kalau kau register dan ada account sendiri, kalau boleh login dan capai gambar2 yang kau upload dimana2 computer je =) *berbelit dah aku cakap..HAHA


Ariff : Haha, aku tak drag, aku dritf..hehe Okeh, aku faham ler.. Thanks Zai ^_^ Lepas ni bolehlah aku printscreen dengan sesuka hati aku je..kah3


Zai : Same2 =D


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Senang tak guna? =) Ada apa2 pertanyaan? Oh ya, Imgur ni hanya kegunaan untuk dalam web browser / internet je.. Sebaliknya tak boleh =D




psst~ link gambar puji aku 'hensem' tu maybe akan didelete atas sebab2 tertentu..
harap korang faham apa yg dialog tu cakap ya. Assalamualaikum.


thanks to SINI for da gambar..kah3

Wednesday, January 4, 2012

#WW Setiap Dinding Ada Cerita


"Setiap Dinding Ada Cerita," Zainalis Zairai.

Sunday, January 1, 2012

Kenangan Blog Syatoza Tahun 2011

Assalamualaikum, hye! Ok, aku dah lama gila tak update. Last update tahun lepas! Gila! mmg lama betoi! (padahal baru 7 hari) . Oh yeah! Selamat tahun baru 2012! ^_^ Apa azam korang? Ish, sape lah ciptakan "azam" ni eh? Adakah orang yang bernama 'Azam' ? =..= Azam aku? Err.. Rasanya aku dah lama tak membuat azam. Yang aku ingat azam aku dulu ialah "nak kurus, nak kurangkan jerawat"  Erk? lupakan...



Orite! Apalah kenangan blog ni ye? Aku rasa first kenangan blog ni ialah aku mendapat DOMAIN!!! haha. Ye, aku menang contest template tercantik.. Pasni kalau aku join lagi contest camtu confirm aku kalah sebab template dah tak cantik. =_=


Kedua, aku buat entry flash! Aku buat flash ni sebab terpengaruh dengan Ayeemayam. Slow-slow aku buat flash entry dah akhirnya dapat macam ni ---> SINI <--- dan start tahu flash lah aku buat header flash ^_^ Sekarang ni aku dah lupa sikit² sebab dah lama tak praktis, tumpu kat SPM je.. *ceyh


Ketiga, ermm.. Ape eh? adoooi lupa dah ni.. Hah! ketiga ialah tutorial dalam blog ni! =) Aku rasa seronok dapat buat tutorial dah mendapat feedback yang baik dari ramai blogger ^^" ramai ke? Tutorial yang paling hot dalam blog aku ni ialah SINI. Pehhh.. Sampai 5,056 Pageviews kot! Bagi aku banyaklah, aku ni blogger biasa je... Tadi paling hot, dan ni hot je, takde "paling" nguhahaha.. ialah SINI! Dengan pageviews sebanyak 3,067 Pageviews!


Keempat.. Apa lagi.. adeh.. Ok, tahun 2011 jugak aku dapat followers sebanyak lebih 1000 ! Tapi dalam 1000+ tu aku rasa segelintir followers just datang dan follow =_=" Ngehh... "I follow you, you follow me" katekan.. Tapi takpe.. Thanks ^_^ Errr jap, tapi followers kekadang bukan pembaca setia kan? =/ Aku rasa ada pembaca setia blog ni, muncullah kau! pfft


Kelima. Apa? Dah la.. aku rasa banyakkkkk lagi kenangan kat blog ni, tapi tak terlintas dan tak tercapai diakalku =..= maaf eh, aku banyak plak merepek kat entry ni.. Sekarang dah pukul 4.21am. Maaf kalau zai ada buat salah yo? Terima kasih.. Bai.. 

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza