Showing posts with label software. Show all posts
Showing posts with label software. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

Format dan tambah

Assalamualaikum,

Bila hantar kat kedai untuk format pc. Kita harapkan dia format pc tu dengan betul² kosong. Rupanya dia format then tambah plak software contoh macam games, ccleaner, defraggler, anti-virus merapu, e-kamus. media player pelbagai jenis dan macam² lagi. Software yang sebelum ni kita takda tetiba je ada. Tak best plak tu software tu.

Memanglah software tu agak bagus untuk pc, tapi segelintir pengguna pc tu mesti ada yang tak nak kan. Contohnya macam games, ada pengguna yang tak memerlukan games tu. Terpaksalah uninstall balik games yang banyak tak banyak tu. ==”
Antara software aku taknak (dalam kotak merah) tapi aku biar je lah =="

Lepas ni kena beritahu kat orang kedai tu yang kita nak betul² kosong. Hanya software yang basic je sudah.

Ataupun, kita format + backup sendiri je pc kita tu. Ok gak kan.. Kene belajar balik ni cara format pc ni =9 Lepas ni bolehlah aku buka bisnes format pc.kahkah

Anyways, computer aku dah upgrade. Dah tukar motherboard DDR3, harddisk dengan RAM =)  Alhamdulillah. Terima kasih papa ^_^

Wednesday, January 25, 2012

Tips: Cara kembalikan gambar yang hilang | Recuva

Assalamualaikum, Hello! Ada orang di sana? Ada orang yang tengah membaca blog aku ni? Wahh, terharu aku.. ="> Lama aku tak update, rindu nak update 2 3 entry sehari. Rindu nk buat tu mmg rindu, tapi aku tak ada idea.. Arghhh.. Hah, sekarang ni aku ada idea.. Syukur Alhamdulillah..


Korang pernah menghadapi tak situasi begini:
1. "Waaa, aku terdelete 1 folder gambar untuk assignment.. Habislah, gelaplah masa depan aku..! *overplak"
2. "Haritu kawan aku pinjam pendrive aku, emergency katanya. Dalam pendrive  tu ada macam2 yang disimpan contohnya gambar aku dengan family/kawan, dokumen, lagu dan lain-lain. Aku bagi je lah kat kawan tu. Time dia pulangkan, aku cek pendrive tu kosong! Kawan aku pi delete file dia dengan file aku. Hampeh! Putus kawan terus!"
Wooowooo~ Rilex.. Rilex.. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.. *yeke?
Ok, sebenarnya apabila data tu dipadam, dia tak padam sepenuhnya.. Ada lagi sisa data yang tinggal.  Itu pada pendapat aku lah. Aku pun masih belajar ni. ^_^


Ok, bagaimana mahu menggunakan Recuva ni? 
1. Download dulu software tu di SINI. Install macam biasa. Macamlah korang tak biasa.. Adeh
2. Dah download, run software tu. Dia keluar wizard, lagi senang rasanya pakai wizard ni.
CLICK NEXT
3. File type. Korang select je apa data yang anda terpadam tu. Macam aku pilih Pictures, gambar aku dalam memory card aku padam dengan sengajanya demi tuto ni.. =_="
DAH SELECTED TU, CLICK NEXT
4. Pilih file location korang nak recover balik tu. Aku pilih E iaitu memory card.
CLICK NEXT
5. Korang boleh tick enable deep scan. Dia akan scan dengan lebih mendalam dan mengambil masa sikit. Aku tak pilih.. Malas tunggu.. =="
CLICK START
6. Dia akan start scanning.. Sesape yang tick deep scan tu, tunggu dulu naa.. 
7. Hah, dia akan keluar macam gambar bawah ni, tick gambar/data mana yang korang nakkan tu. Dan click recover.
CLICK RECOVER
8. Select location for recovery. Aku select desktop. Dan korang click OK.
9. Dah complete semua, sila tengok desktop anda. Tada!  Dah dapat balik ! ^_^


Ada apa2 pertanyaan?


psst~! Kalau korang nak recover file yang begitu banyak contohnya terformat komputer tu, tak 100% dia akan recover balik. Ada data yang akan broken dan tak boleh digunakan lagi. Maaflah ye..


1.Nak tanya korang, err.. Penulisan aku ni ok ke? Nak gak tau..huu
2. Ni aku update guna netbuk ni.. haha =D
3. Sumber gambar "Fry Futurama" di google :) TQ

Sunday, June 26, 2011

Tips : Cara kesan malware, trojan horse di blog

Assalamualaikum! ^_^ Korang pernah tak kene virus macam trojan horse, kuda laut belang, trojan cucian pakaian daia kat blog? Aku pernah kene.. Dem! Dem! Trojan horse tu!! Kalau worm tak le aku kisah sangat.. ==" 
www.seniaku.com time kene Trojan Horse
Menakutkan Virus Trojan Horse ni...Sewamm, sewamm.. Nah! "Apa Itu Virus Komputer?" Semua jenis virus ada! *tak kesemua pun =_=" Kat situ ade keterangan ringkas pasal virus. 
Jemput makan kuih jemput di sana ^_^"
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana nak tahu blog kita ada malware, virus atau e-coli? ==" 
Jom check kat sini! 
Ade ke? Aiyoppp.. Tatayooppp~ 

Sunday, January 30, 2011

Tips Sofware : Tolonglah padam !!

Nak tanya anda sume, pernahkah anda menghadapi situasi di bawah ni ? ;


"Arghhh~!! Ade satu folder aku ni, tak boleh delete pulak!! Jenuh aku try delete berpuluh² kali.. Tapi still x dapat deletekan =( " sedih, wa sedih ni..  >_<"


Ahah, Ade? Mesti ada punya maaa.. Bagaimana nak delete folder file tu?
Meh² aku nak tunjuk software yg aku gune untuk delete kan folder file yg tak boleh didelete² tu..
Unlocker versi terbaru adalah 1.9.0 
Yep, aku gunakan unlocker untuk delete file dalam sekelip mata saja! *ceyhh ayat =__="

Click SINI untuk download sofware untuk versi TERBARU 1.9.0 
*perhatian ! : untuk windows 7 tak ada..rasanya..haha

Dah install apekebende sume tu, so cube korang delete file tu.. Tak boleh kan? Tup! Secara tiba² unlocker ni datang membantu..muahahaha~ So, korang pilih la "action" dia, nak move, delete, or rename.. Nak delete, click delete tu.. And kill process.. Done! ^_^
Err, kalo tak leh delete tu.. Eden tak tau nk ckp ape.. xD

*ade software lain macam unlocker ni, bagitau yoo.. nak gak tengok ^_^ TQ

Monday, December 27, 2010

Weyh, aku ade hal ! ( YM Auto Response )

Aku kat office ni.. Semua kerja² projek 1juta bos bagi itu aku dah siapkan dah.. So aku duduklah relax jap kat depan computer aku ni.. Bukak facebook, skype, blog, ym, meebo dan macam² lagi.. Amboi tamak benor aku ni ye.. Lantaklah! aku punya , bukan kome punye.. 
Aku tengah sedap² ym ngan awek cun ni, best je ym ngan dia.. siap geli² lagi.. Adoyaii =__=" Bukan sorang je aku chatting ni, nak dekat 10 orang weh dalam ym ni aku chatting.. Takpe², demi menjaga maruah sebagai lelaki macho, aku layan je la.. (ape aku merepek ni? -_-)

Tetibe bos panggil la pulak ade bincang² sikit.. Aku pun pergilah bilik bos, then dah habis bincang tu aku duduklah balik depan computer aku ni, layan la balik chatting.. Pastu bos panggil lagi dan lagi dan lagi serta lagi!! Woooi, penatlah aku camni.. Adooi, aku nk chatiing ni, kaco je.. Terpaksalah aku buat autoresponse kat ym ni..
Nak tahu buat camne?
1. Click SINI untuk download
2. Dah download tu, extract dan anda dapat software tu..
3. Click icon tu, then dia jadi camni; (click readmore, nak jimat ruang..haha)

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza