Tuesday, January 29, 2013

Kertas dinding cantik (wallpaper)

Assalamualaikum :)

Aku jenis jarang tukar wallpaper desktop aku ni.
Tadi aku tengok ade page JOMPHP post wallpaper desktop dia. Lawa..haha
So aku google gambar tu, jumpa. Tapi aku terjumpa yang lagi menarik perhatian akulah.
So, ni lah wallpaper desktop aku sekarang;

Aku suka dengan kehijauan kaler tu. Rasa tenang je..haha. Desktop baru diperkemaskan. Kalau tak sebelum ni jadi camni ;

Haa.. bila ada sesuatu projek nak disiapkan, camtu la jadinya. terabur.. =="

Untuk wallpaper yang pertama tu kat SINI dan yang kedua tu kat SINI
atau lain-lain wallpaper di SINI , gambar bunga² di SINI . Banyak 'sini' ya?

psstt.. like page JOMPHP, banyak info² IT di sana :)

Sebuah Katil. Sebuah kan?

Assalamualaikum :) 

Balik sekolah tadi. Lepas call ayah aku untuk ambik aku , aku terus ke tempat kedai perabot yang aku selalu tunggu dari form 1/2/3 sampai form 5 dulu. Sekarang jarang sangat dah, la ni pegi sekolah naik kereta sendiri.hehe. Oh, harini kereta yang aku selalu guna tu ada masalah sikit. Tayar takde angin plak. Selalu jugak kene pam tayar kereta tu. Bocor kot...

Ramai bebudak junior kat tempat perabot tu tengah tunggu mak ayah / bas. Ramai lagi dari time aku form 1-5. Aku tengok diorang tengah duduk baring-baring atas katil yang dah koyak² pembalutnya. Yelah kedai perabot kan ade jual katil. Maybe orang kedai tu sediakan tempat yang selesa untuk diorang. ceh

Tapi bila aku tengok katil tu, perhatikan katil tuu... Eh, lama dah kot katil tu ada situ! tak da orang beli ke? haha. Time aku form 4/5 ade dah rasanya katil tu. Time tu katil masih dalam keadaan elok, cantik dan empukkk.. Ade la aku dan bebudak lain curi² duduk atas katil, kekadang kene tegor ngan orang kedai tu. =="

Sekarang ni? sila tengok perenggan ke dua. haha. Orang kedai tu dah tak larat dah kot nak tegur. Bagi je lah bebudak tu duduk baring².

psst, kekadang  aku segan nk gelarkan diriku 'Abg Zai' kat junior..wakaka ="> 

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku mahu?

Kita sering kali bertanya,"kenapa aku tidak dapat apa yang aku mahu?"

Quran menjawab," boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. "
(surah al-baqarah, ayat 216)

:)



Thanks Ainaa yg post kat fb aku tahun lepas.
Ya, dah lama dia post. Ayat tu macam bagi aku..entahlah nak terangkan camne. bermakna kot?heh


assalamualaikum :)
#autopublish

Monday, January 28, 2013

Program C Pertama Saya


#include <stdio.h>
void main()
{
       int umur;
       umur = 19;
       Printf("Assalamualaikum, Hyep! Saya Syatoza. Ini program C pertama saya\n");
       Printf("Oh ya, umur saya %d tahun",umur);
}

output akan menjadi =
               
                     "Assalamualaikum, Hyep! Saya Syatoza, Ini program C pertama saya
                     Oh ya, umur saya 19 tahun"

Haa, itulah program C++ yang pertama aku buat dalam Sem 2 ni.. Wuh..sekarang masih belajar teori. Masih dalam tahu + taktahu..haha

Sekarang ni dok busy dengan 'mini thesis' (PBS) -_- Aku suka gunakan mini thesis daripada PBS. Yelah, Pre-U.. Kalau kat U pggl thesis je kan?
Doakan kami berjaya. InsyaAllah. Amin

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza