Sunday, May 6, 2012

Pistol Kayu, Buluh | Kampung Boy : Yesterday and Today!


Assalamualaikum. Pernah main tak pistol kayu ni? best weh! Main tembak tembak! haha
Dia ada dua jenis rasanya, satu guna kayu, dan lagi satu gunakan buluh. Chaplom ek nama dia?
Masa kecik² dulu ayah aku ada buat pistol kayu ni. Tapi jenis besar, macam senapang..haha
Aku suruh ayah aku buat maybe sebab aku terpengaruh dengan komik Dato Lat iaitu Kampung Boy : Yesterday and Today!




Sumber gambar dari blog ini

Best weh buku tu! Lukisan Dato Lat ni amat menarik perhatian aku untuk baca sampai habis! Walaupun time tu aku kecik lagi dan tak faham BI.. faham melalui lukisan tu je..harhar
Beberapa tahun sudah berlalu, entah mana buku tu diletak.. T_T sobs, nk baca...
Tapi takpe, nasib baik aku jumpa blog ni "latthekampungboy.blogspot.com" so boleh la baca! Yeah! Terima kasih =) Alhamdulillah...


Lepas tu, zaman berubah moden sikit. Main pistol manik plak, lagi best sebab dah macam pistol betul, main reload peluru.. Kalau pistol manik yang canggih sikit siap ada laser lagi tu..wuuu

Peluru manik tu kalau kene agak sakit.. T_T
Pistol kayu tu aku tak ingatlah sakit ke tak bila kene peluru buah  tu.
Aku selalu guna pistol manik tu tembak cicak..wakaka

Agak-agak kanak² zaman sekarang tau ke tak permainan ni? Takkan tau Counter Strike, COD, Battlefield je kot? haha
Kenangan weh.. T_T

Tuesday, May 1, 2012

Picnic dah ditutup. Ada cara lain? | PicMonkey

Assalamualaikum semua.. Yeahh.. Blog dah lain lagi sekali..hahahaha. Kononnya mau kasi semangat untuk berblogging. Tgk la semangat ke tak nanti ^^"


Ok, Picnik.dom telah ditutup pada 19 April 2012. So, tak dapatlah nak edit gambar lagi kan. T_T Sedih.. Walaupun aku tak pernah guna pun picnik tu, dua tiga kali je guna..Harhar


So, kepada yang selalu sangat edit kat Picnik tu. Korang mesti macam "Haih, kat mana la aku nak edit gambo lepas ni". Ok, aku rasa aku dah jumpa pengganti Picnik tu.



PicMonkey!!! Aku tak tau kenapa monyet jadi mangsa. =_=" Aku jumpa pasal PicMonkey ni kat fb kawan aku. Aku tengok website dia tu. Boleh tahan, siap ada effect² lagi. Lebih kurang preset kat Adobe Lightroom ja..haha


Apa yang ada dalam PicMonkey ni? 

  • Basic Edits : Perkara yang basic je macam Crop, Rotate, Exposure, Sharpen dan Resize
  • Effect : Ada effect gambar macam Lomo, Holga, Focal Zoom dan lain² effect. Byk sebenarnya.
  • Touch Up(atau nama pasarnya 'tacap' ==") : Nampaknya macam lebih kepada edit gambar perempuan ni, kan? Laki pun same boleh jugak! haha. Contoh ;  Airbrush, Teeth Whiten, Lip Tint, Mascara dan byk lagi!
  • Text : Tak perlu diterangkan. Korang tau kan?
  • Overlays : Penambahan kepada gambar. Contohnya, Hearts, Stars, Symbols, Arrows dan lain-lain.
  • Frame : Frame gambar, tau kan? Contoh : Rounded Corners, Polaroid Frame dan lain-lain korang tengok sendirilah ye.
  • Textures : Buat texture pada gambar. Ada texture Papyrus, Metal, Paint dan lelain. Korang explore la sendiri. Aku tak tau camne nak explain. xD
Tapi bagi aku. Aku suka lagi edit gambar kat Adobe Lightroom ataupun di Photoscape. Edit dalam online, aku tak seberapa suka sangatlah..huhu

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza