Saturday, December 24, 2011

Shoutbox baru! Gantikan SHOUTMIX kepada FIBOX!

Assalamualaikum.. Oriite! Dah masuk hari yang ke-3 aku tak update. Sekarang baru nak update ^_^ Aku sibuk sikit dengan header blog ni.. Nak tengok ke hasil yang aku dah buat? Buruk je aku buat, tu murah tu..huhu


Nak tempah? Click SINI 
--------------------------------------------------------------------------------

Orite, kembali pada tajuk!
Setiap blog mesti ada shoutbox kan? Tak kiralah Shoutmix, Cbox, Shoutbox dan lain².. Tapi secara umumnya ramai blogger yang menggunakan Shoutmix! Sebab apa? Maybe Shoutmix ni agak best diguna, tak payah nak taip nama dan url banyak kali sebab cache nya dah ada dalam browser.. *cache ke cookies? =..= Dan shoutmix boleh diadjust shoutbox nya seperti kedudukan interface, ubah warna shoutmix, dan ada security.

Baru² ni shoutmix ade mengeluarkan notis yang mulanya 1/1/2012 dah kene bayar untuk guna shoutmix tu. Adoi. "The good news is that ShoutMix will be available for only $0.99/month and will be available effective immediately. For our old version (the Classic) it will only be available in Premium package which costs approximately $1.67/month." <---the good news?!! =_="

Okeh, aku tau kome (korang,anda) tak bayar kan? Semua nak percuma je kome ni! Haish! Masuk tandas pun nak kene 20sen tau?! *tetiba . Sekarang ni ramai yang beralih ke Cbox! sebab dia percuma..keh3. Tapi cbox ni aku tak berapa suka sebabnya dia punya interface tak berape lawa dan kene masukkan nama dan url setiap kali nk ber"shout".

Aku beralih ke Fibox! Yeah, terima kasih kepada Amin sebab aku first jumpa Fibox ni kat blog dia lah..haha. Fibox (beta) ni agak lawa jugak ^_^ Boleh letak link gambar/blog dan cara register dia senang. Tapi aku masih tak tahulah nak kene bubuh nama dan link blog setiap kali nk shout.. hurmm =..=

Apa pendapat korang tentang Fibox? Aku dah bertukar kepada Fibox! ^_^

-Korang masih boleh guna Shoutmix tu sampai tempoh expired :)
-Err, entry aku yang ni penuh dengan SHOUTMIX je? =_=" Pasal FIBOX sikit gila..haha


Wednesday, December 21, 2011

Tempah Header Blog =D

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Syatoza yang tah hape² ni..haha


Nak tempah header blog? Rasanya aku dah lama dah tutup tempahan header blog tu dalam beberapa bulan yang lepas sebab aku nak focus SPM ^_^ 


So, sekarang aku nak buka balik tempahan header blog sebab sekarang ni aku tengah menganggur =..= dan duit poket kering . Kalau time sekolah adelah jugak duit belanja, tapi la ni cuti.. mana ada duit belanja..haha


Aku design header simple² je.. Tak berapa professional macam Cik Bulat dan Wan Hazel tu ^_^" Aku cuma seorang amatur..kihkih. Ni ada sample header yang aku pernah buat;
header yang statik yang pernah aku buat kat blog aku ni



aku rasa ada banyak lagi kot, KOT je lah.. sebab maybe aku pernah delete dan pc aku baru format.. Tapi aku rasa banyak ni je kot pernah aku buat.. erk? entah? lupakanlah -,-
*header .GIF (click utk tgk dia bergerak dengan sempurna)
*header .GIF (click utk tgk dia bergerak dengan sempurna)
*header .GIF (click utk tgk dia bergerak dengan sempurna)


Orite.. Tu je kot design header aku pernah buat ^_^ Header gift kalau korang tgk kat sini mmg nmpk pecah² kan? tu sebab gambar nya tak 'original' click gambar header tu.. baru ok. =)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Untuk tempahan header statik :
1. Jenis header : Transparent atau tak
2. Saiz header : Boleh tgk kat edit html korang. Selalunya blog saiz 900x200..
3. Tagline header : Aku bukan ninja, tapi aku blogger *contoh
4. Font : Nak font berangkai or simple² je?
5. Gambar yang mahu diletak kat blog : Gambar mestilah tidak dipotong² macam terpotong bahagian bahu, kepala atau tangan.. *boleh rujuk SINI Email di syatozapunyer [@] yahoo.com


Untuk tempahan header bergerak (.gif) :
1. Jenis header : Transparent atau tak
2. Saiz header : Boleh tgk kat edit html korang. Selalunya blog saiz 900x200..
3. Tagline header : Aku bukan ninja, tapi aku blogger *contoh
4. Font : Nak font berangkai or simple² je?
5.Gambar yang mahu diletak kat blog : Gambar mestilah tidak dipotong² macam terpotong bahagian bahu, kepala atau tangan.. *boleh rujuk SINI Email di syatozapunyer [@] yahoo.com
6. Animasi: Apebende korang nak gerakkan tu? O.o Gambar ataupun text? (rujuk header .gif yang pernah Zai buat)


Hantar tempahan itu pada email zai (syatozapunyer [@] yahoo.com) atau add zai di FB atau bagi email/ym/skype korang kat komen ni dan kita chat2 kat ym/skype! =D
Harga header lebih kurang rm5-10 sahaja! Ikut zai jugaklah, kalau rasa susah giler nak buat jadi rm10..ekeke

Oh ya, boleh jugak tempah Full TEMPLATE blog kat zai =D Zai buat simpe² saje lah.. Harga template blog dalam rm15 ^^,  Jap, buat masa ni template ade problem..Aiyooo~huhu

Maaf eh =) nnti dah ok, aku bukak balik..


Terima kasih. Maafkan Zai kalau ada buat salah ya.. Manusia tidak lari dari membuat kesilapan ^^"

Updated 30/12/2012. Tempahan masih ada lagi, cuma rasanya header lambat dibuat disebabkan tiada kelapangan masa. Boleh cancel kalau taknak tunggu lama2 =)
Add di FB ya, kalau di email jarang la plak bukak.huhu. Terima kasih ^_^ 

Monday, December 19, 2011

BEN ASHAARI Tanya Aku Nak ke IPT mana ?

Assalamualaikum semua! =) Aku dah lama betul tak masuk segmen abg Ben ni. Tgk dashboard abg Ben dok "tanya aku nak ke IPT mana?", Ye, sesuai soalan tu dengan aku sebab aku kan baru je habis sekolah. Sekarang ni aku masih lagi pening nak fikir mana satu pusat pengajian yang aku nak sambung belajar nanti =/ hurmm..


Abg Ben tanya;

  1. Sila berikan IPT yang ingin korang nak masuk nanti dan jurusan apa yang korang nak amik ?
- IPT yang mana nak masuk? Erm... Tengah pening² lagi nak pilih IPT yang mana satu =/ Tapi mulut dok sebut UNIKL je =..= Aku minat jurusan Multimedia! =D entah kenapa sejak form 4 gitu aku dah minat.. MMU pun aku minat jugak, tapi aku dengar kos $ tinggi? O.o

     2.   Kalau nak sambung ke luar negara , negara mana yg korang nak pergi ?
- Banyakkk! haha. Nak pi Jepun, nak Australia ^_^

     3.  Cita-cita .. Jangan segan .. Berkongsi dengan rakan yang lain.. mana tau boleh bertukar pendapat kan?
- Cita² eh.. Kahwin kot? Ape eh.. Teringin nak jadi pembuat animasi macam Upin Ipin dan Boboiboy tu.. Dalam entry ni dah gitau..haha

    4.  Apakah yang korang lakukan demi memastikan impian korang tercapai ?
- Errr... Aku akan belajar bersungguh² dalam menghasilkan ciptaan terbaru dalam sofware2 editing ni.. (ayat~ aku tak tau nak taip ape.. T_T )

    5.  Sapakah sumber inspirasi korang ?
- Ahah! Banyak kot.. Mak Ayah aku, Abang aku, (family ade ke sumber inspirasi? O.o ) Animonsta Studio, Kamilstudios =D


Terima kasih ^^


Nak tanya: IPTA ade tak course MULTIMEDIA? IPTA mana ye?


*UPDATE!
ZAI NI NAK MOHON DIPLOMA DALAM MULTIMEDIA
ZAI BUKAN BUDAK SCIENCE TULEN, BUT BUDAK ICT yang TAK AMBIL ADD MATH :)

Sunday, December 18, 2011

Lama tak tukar header :)

Assalamualaikum, hyep! Lama dah aku tak update blog. Sejak dah habis SPM ni, rasa macam... Errr~ Aku rasa malas gila! Dan aku rasa hidup macam sia-sia je..haha. Yela, hari² duduk rumah, online, buka facebook, buka blog orang, main game yang sama.. haihh~ Tu lah, time sekolah rasa nak cuti sangat²! Tapi dah time cuti ni rasa macam nak sekolah!!!!!


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hah, header.. Semua blogger ada header! Header tu bagaikan intro lah kepada sesuatu blog.. Pengunjung datang dan mula² sekali pengunjung akan nampak header. Mereka akan rasa "blog ni macam bestlah!" =D gitu...kot? haha

Aku last tukar header beberapa bulan yang lepas.. Aku rasa tu header aku paling lama aku pernah pakai. Alaaa, header yang flash hanya text "syatoza" tu je.. Ingat? =_=" Sekarang ni pun masih sama lagi but ditambah dengan text dan ninja mata bergerak² tu.. Korang suka la tu main mata sampai  juling mata dia..hahaha

"I'm not a ninja, but I'm a blogger.", Ok, tagline tu hanya kebetulan aku taip.. Maybe icon/kartun ninja tu berkaitan dengan SYATOZA tu kot.. Dengar nama Syatoza macam nama Jepun je kan..nguhahaha~ Tapi aku bukan ninja, aku blogger =D *blogger ke eh? =..=

Tagline yang pernah aku buat;

1. " Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan "
      Aku tak igt lah kenapa aku buat tagline camni, tapi yg aku igt aku copy paste kat google.. >_<
2. " Hidup kene EXPLORE, barulah kita dapat pelajari sesuatu "
       Ok, kenapa semua "hidup" je bile starting.. =..= Ni ayat aku buat sendiri! *bangga*

Amacam header sekarang ni? ok? =D Terima kasih

Ada tak yang nak tempah header (rm5-10) dan full template (rm15-20)? 
Aku ni tak berapa sangat design :)
Boleh contact aku kat FACEBOOK. Terima kasih.

Tuesday, December 13, 2011

Entry Flash : TADIKA

Maaf, flash ni lambat sikit loading.. Aku kene praktis byk lagi ni :(

Friday, December 2, 2011

Kenapa Aku Dianggap Pelajar Universiti?

Cerita 1,

Aku masih ingat lagi peristiwa ni dulu. Aku dengan abang aku pegi Universiti Teknologi Petronas kat Seri Iskandar, Perak. Ada hari konvo kot masa tu. Ada jual2 dekat padang UTP sana. Err, konvo ke? entahlah =_=" Dah lupa.. Masa tu malam, aku ngan abang aku pegi lah jejalan kat gerai yg ada kat situ.

Ada satu gerai tu jual baju, baju yang ada logo UTP. Abang aku tanya penjual (perempuan) baju tu pasal harga baju. Dia gitaulah pasal harga blablablabla. Pastu dia ckp, " adik belilah nnti boleh tunjuk kat mak ayah/ kenangan bila dah habis belajar kat sini (UTP) nanti" kat aku..

Aku pun macam "errr" dia anggap aku macam pelajar UTP tu ke? Abang aku cakap kat penjual dengan nada yang sedikit nak ketawa " Dia (aku) masih sekolah rendahlah, baru darjah 5/6". "ohh, yeke? Macam pelajar UTP ni je",balas akak penjual tu.  Aku time tu senyum je =B nguahaha~

Korang bayangkan aku baru berumur 11/12 tahun dah dianggap pelajar UTP?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita 2,

Masa cuti sekolah bulan 5/6 tahun lepas, aku dengan mama papa aku pi jejalan kat utara. Entah, aku suka pi bercuti belah utara berbanding belah selatan/timur. =) Masa dah nak habis bercuti tu ayah aku ajak pi Universiti Sains Malaysia, Penang ada pesta buku & ICT rasanya. 

Lawa jugak USM ni eh.. Syok tengok buku² kat situ :) Dah habis belek2 buku (aku tak beli hapa buku pun) aku pi bahagian yang jual komputer & camera. Papa ngan mama aku nak beli camera baru, masa tengah bincang2 pasal camera tu dengan penjual camera.

Penjual tu cakap kat aku, "nanti pi Komtar, tau kan ada satu kedai camera tu? pi kedai camera tu blablabla bolehlah guna boucer camera ni untuk dapatkan album gambar etc". Aku pun ckp dalam hati "err, macam aku duduk penang ni =_= "

Mama aku cakap kat aku yang penjual tu anggap aku ni student USM tu. ==" Lagi sekali..
Aku baru umur 16 kot masa tu! 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku macam Budak University ke?
Gambar di ambil pada bebarapa bulan yang lepas. Maaf gambar kecik je, aku malu. =_=" 

Aku harap, apa yang terjadi pada cerita 1 & 2 tu menjadi kenyataan. Aku nak jadi pelajar University! Amin =)

Monday, November 28, 2011

Zizan Raja Lawak mempunyai kembar?

sejibik!

Siapa Barry Manilow? Barry Manilow (born June 17, 1943) is an American singer-songwriter, musician, arranger, producer, conductor, and performer, best known for such recordings as "Could It Be Magic", "Mandy", "Can't Smile Without You", and "Copacabana (At the Copa)."

psst : Barry Manilow dah tua dah la ni =)
like page ni! FIFI FAIRUz FUYOO!
sumber Barry Manilow : wikipedia, pedia? hang nak apa? xD

Sunday, November 27, 2011

Kuiz Realiti SEJARAWAN MUDA hadiah bernilai +RM250,000 !

Assalamualaikum, hallo.. Selamat petang/malam :) Worite geng, aku ada ubahsuai sikit blog ni.. Dan aku letak shoutbox kat bahagai atas ni.. ( jari tulunjuk tunjuk atas ). Aku pernah guna style camtu dulu time blog aku masih berdomainkan ".blogspot" =) Baki domain ".com" tinggal beberapa bulan je lagi. Nak kene renew ni nanti.. Harap Cik Gayahspears boleh membantu :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarahwan! Hah, aku cakap pasal sejarah je, mesti ada yang rasa ngantuk =_=" Dem lah, kenapa? Bosan sangat eh sejarah ni? Weh, sejarah ni penting untuk kehidupan masa depan tahu! *ceyh~ Apa itu sejarawan? Errr.. sebenarnya aku tahu, tapi entah? tetiba dah lupa apa maksud tu..harharharhar.

Ini peluang kepada anda yang pandai SEJARAH! Jomlah join program SEJARAWAN MUDA ni! 

Info;
Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melantik Double U Network Sdn. Bhd untuk menerbitkan rancangan tv berkonsepkan kuiz realiti kenegaraan yang bertemakan sejarah Malaysia.  Sejarawan Muda (13 episod x 60 minit) akan diterbitkan untuk siaran di TVi (RTM).

(Sejarawan Muda yang dikendalikan oleh seorang hos menawarkan hadiah wang tunai lebih suku juta ringgit (+RM250,000) untuk para peserta dan penonton di rumah yang menyertai rancangan ini.  Penyertaan hanya dibuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.Pemilihan 14 peserta berumur 17-25 tahun akan diadakan di seluruh Malaysia (sila lihat jadual ujibakat peserta) di mana hanya peserta yang berpengetahuan dalam sejarah Malaysia dan memberikan komitmen untuk penyertaan akan dipilih menyertai Sejarawan Muda.


Pada setiap episod, peserta yang mendapat markah paling rendah akan ‘terkeluar’ namun mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai iaitu RM98,000 akan dibawa pulang oleh 11 orang peserta. Pada episod akhir (episod 13) hanya 3 peserta sahaja akan bertanding untuk merebut hadiah wang tunai RM100,000 (johan), RM30,000 (kedua) dan RM25,000 (ketiga).


Rakaman akan diadakan di studio tv (Lembah Klang) bersama penonton juga di luar studio, di mana para peserta akan dibawa ke setiap negeri di Malaysia untuk menjejaki/mencari bahan sejarah yang terdapat di setiap negeri tersebut.


Penonton di rumah juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 dengan mengumpul dan menjawab 10 soalan mingguan tentang sejarah Malaysia bersama slogan.)


Lebih lanjut, lawati http://www.sejarawanmuda.com

Aku nak join, tapi.. errr.. sure mak ayah aku tak kasi punyalah pi penang, lagipun mana ada transport T_T

pen off~
sumber gambar : wikipedia
Salam maaf hijrah :)

Tuesday, November 22, 2011

Tutorial : Cara highlight / copy text pada blog yang disable highlight

Assalamualaikum.. Hello semua! Pa habaq?




Hah, korang pernah tak masuk kat blog orang lain, korang nak copy text dia tapi owner blog tu disable highligt dan disable right click? Mesti korang rasa macam "erghhhh!" >_< Pernah?
Ini adalah disebabkan javascript yang diletakkan pada blog oleh owner tu.


NAK TAHU CARA HIGHLIGHT / COPY TEXT PADA BLOG YANG DISABLE HIGLIGHT / RIGHTCLICK?


Google Chrome:
1. Click icon "SPANAR" kat bahagian kanan atas
2. Click " Option"
3. Click "Under the Hood"
4. Click lagi ( tengok gambar )
5. Click lagi lagi ( tengok gambar ) =_="
Click Do not allow any site to run JavaScript
--------------------------------------------------------------------------------

Mozilla FireFox
1. Click "Option" jugak
2. Click "Content" and "untick"

Siap! ^_^ Lepas dah copy, jangan lupa "tick" semula ya :)

*bintangkecik : tutorial ini bukan untuk menggalakkan aktiviti plagiat ya. Lebih baik sekiranya kita meminta keizinan dari owner blog atau memberikan kredit kepada owner blog tu jika kita copy dan pastekan kat blog kita. terima kasih ^^

Monday, November 21, 2011

Seorang AWEK diperlukan!!! Please respond to me!

Assalamualaikum.. Gila lama aku tak update.. selalunya update gambar je..  Korang ingat lagi ke kat aku? >_< sedihnya kalau kome tak igt kat aku dah.. T_T

SPM sedang berlangsung, paper yang aku tinggal Science, Seni, Perd ^_^ Lagi 3 paper! Aku akan rindu kat sekolah aku tu.. ='( kat sekolahlah aku belajar sesuatu yang baru, belajar apa itu erti sahabat, apa itu jasa guru, dan dannnn dannnnn kat sekolahlah aku menggatai..erk?

InsyaAllah aku akan pegi balik kat sekolah ni, sebagai form 6, taknak! sebagai Guru ICT / Math / Sejarah yang mengajar kat sekolah tu plak.. maybe?
--------------------------------------------------------------------------------
Sat, apa pandangan korang kat template yang baru ni? Ok tak tulisan entry camni? Tolong beri pendapat anda eh.. terima kasih ^_^ *aku rasa kecik pulak font kat entry ni..
--------------------------------------------------------------------------------

Okeh, kembali kepada tajuk! Memang! Memang aku perlukan seorang awek! *mentang²dahnakhabisSPM,dahnakmenggatal =_="

Aku bukan sesenang gitu je nak ambik awek, tapi! ya ada tapi.. Aku mempunyai syarat aku sendiri..harharhar
email kepada : syatozamemerlukanawekyangkaya@palohotakhangzai.com

Ada tak?
lokasi penggambaran baju : Gerbang Malam Ipoh.
Sponsor secara tidak langsung : Cap Ayam 
Pembetulan : Tanggong -> Tanggung
kbai

Wednesday, November 16, 2011

SOALAN SPM SEJARAH 2011 YANG PALING DIGERUNI

terrrr~ *bunyi drum yang diketuk dengan stik drum*


APAKAN TAJUK LAGU KEBANGSAAN NEGARA KITA?
                                                                         ( 1 Markah )




bintangkeciksebabbintanginimemangkecik*gila susah! aku harap jawapan aku buat betullah!!!! =_=" takot ni.. =/

Sunday, November 13, 2011

Jom berperang otak esok! -SPM 2011-

Thursday, November 3, 2011

Tahniah kepada PEROKOK


Saturday, October 29, 2011

Bila kali terakhir hampa teriyak ? - Tagged

Assalamuaalaikum.. Yes Yes! Keyboard aku dah ok! kah3! *padahal mmg elok je pun keyboard ni ^^"


Aku dapat tagged dari Kak Alia Laila dari Kulim, Kedah, Malaysia ni. Waahhh...lama gilos aku tak buat tag ni.. Last aku buat tag err..errr.. lupa *_* Malaslah nak selongkar balik entry² lama!



You must post these rules.
• Each person must post 11 things about themselves in their jurnal.
• Answer the questions the tagger set for you in their post and create eleven new questions for the people you tagged to answer
• You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
• Go to their page and tell them you have tagged him/her
• No tags back
• No stuff in the tagging section about you and tagged if you are reading this, You legminately (aka really,trust with all honestly) have to tag 11 people (ergh! Ni aku malas ni! Boleh tak aku langgaq peraturan ni? =__=" Bukan kene saman ke ape bile tak buatkan kan kan..)


11 things about Zai;

  1. Aku anak bongsu. Tak manja! *ni yang guwa malas nak gitau ni guwa anak bongsu =_="
  2. Aku pakai cermin mata. Power cermin mata aku ni aku rasa 700 kot.. ? Kot je lah, sebab aku tibai je 700 tu.harharhar
  3. Aku berumur 17 tahun. Masih belajar dan akan menghadapi SPM pada 14/11 ini. *doakan kami*
  4. Aku suka tidur, nak pulak time cuti sabtu ahad ni. Jangan haraplah aku nak keluar buat apa² aktiviti pada waktu pagi. >_<
  5. Aku suka bawak kain lap muka gi sekolah. Sebab aku rimas muka aku berminyak, dok pegang & lap je la guna kain tu.
  6. Tinggi aku tak brapa tinggi sangatlah, lebih kurang 170+ gitu.. Pendek je..kan?
  7. Berat aku, aku dah lupa.. Tapi aku ni gemuk jugaklah =_="
  8. Aku tak sehensem mana pun.. *tetiba
  9. Aku suka makan makanan dan minum minuman..kah3. Aku suka makan nasi pattaya dan milo ais sejuk
  10. Aku suka coklat! Cadbury <3
  11. Dan last sekali, aku suka seorang tu.. Aku suka tangkap gambar =) Tapi camera aku baru je anto hospital aritu.. T_T sedih!

 Soalan dari Kak Alia Lailaisabella;
Macam mana kita kenai ? 
= Ha'ahkan? Camne kita kenai? Aku lupa dahhh! Tapi Kak Alia ada gitau dulu yang dia dah lama follow blog aku ni dulu sejak follower aku bawah 100 lagi. Cuma aku je tak perasan masa tu..sobs~
Filem terakhir yang hampa tonton ?
= Transformer. Tahun 2007. *aku bukan kaki wayang
Apa yang ada di bawah katil hampa ?
= Habuk! 
Jenama ubat gigi yang hampa duk guna la ni ?
= Colcagate =B
Boleh dak hampa sentuh hidung dengan lidah hampa ? ce try :p
= Mana boleh! =__="
Hampa duk dekat mana 3 jam yang lepas ?
= Tidoq! haha
Berapa kali deringan telefon yang akan hampa biarkan berdering sebelum hampa jawab panggilan tersebut ? 
= Brapa kali yang mungkin..keh3
Jika mampu, kereta apa yang hampa nak beli ?
= Ford Mustang.. *peh! macam mampu
Bila kali terakhir hampa teriyak ?
= Bulan 4 kot. Time kem pengawas..*dem! malu!
Hampa pakai spek mata dak ?
= Sila lihat gambar di atas.
Bagitahu keputusan peperiksaan hampa untuk semua subjek secara jujur. muahahahahaha 
= Errr? Last exam aku time trial aritu.. Nak gitau ke?!!!
  1. Ada 2 je A, dan yang lain semua lulus. *jujur kan? :P
Takpa², aku akan buat yang terbaik untuk SPM nanti! Yeargh!

Kbai! Nak taip apa lagi ni? Malaslah nak taip dah.. =_=" Nak langgaq peraturan kat atas tu! keh3


Thursday, October 27, 2011

Cek Rindu Kat Hang! ='(


Akupunyacameradihantarkehospital(service)adamasalahsikitdengan'mode'dia,diatetibatukarkepada'modelanscape'walhalakutengahpakai'modemanual'=__="huhhh~lagisebulansetengahagaknyabarudapatcameratubalik.Takpelah,musimSPMinitakpayahlahpegangcamerakan:)

SPMmakinhampir,akumasihtidakmembuatsebarangpersiapanlangung!.Harharhar.Maafakumalasnaktekanbuttonspace.Maaflamadahtakupdateblogni.Mohonjasabaikkekawanbloggeruntukmendoakankamipelajartingkatanlimainisupayasenanguntukmenjawabsoalanspmkelak.Amin

Thursday, October 6, 2011

Dato' Fadhli pengganti Dato' Lat? | Conteng-conteng


Assalamualaikum, yosh! Pa habaq hangpa semua? Pehhh.. Agak lama cek tak update blog ni.. Nak update, tapi takde idea.. Lagi satu dok sibuk dengan SPM lepas ni.. Cek takot! Cek dah cemuih dah dengan dok jawab soklan negeri² lain.. pemalas -_- 
Doa²kan cek jadi rajin balik ya! ^_^"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Conteng-conteng? Tahu? Kecik² pi conteng dinding rumah, sampai mama marah >.< Conteng dan terselit jawapan exam kat meja kelas smpai kantoi dengan cikgu..*ok, itu bukan aku..^^" Semua orang pernah conteng².. Dengan conteng² lah bakat seni kita tu keluar..kan?

Okok. cukuplah tu aku merapu.. Korang kenal Blog ContengConteng? Aku dapat tahu Conteng² ni dari Ayeem.. Aku masuk je blog tu, terus aku minat! Warghhh.. Mmg cool dan rare gilalah cara En. Fadhli ni 'menconteng²'! Macam style Dato' Lat dah aku tengok tapi Conteng² ni ada identitinya sendiri..  ^_^

Beberapa hari lalu, aku tempah Buku Conteng² Edisi Ke-2
Aku eksaited gila vavi bila dah dapat buku tu.. 
Dah macam hot ticket dah aku tengok sekali pandang..ohoho

Siapa yang tengok kulit buku tu je mesti tertarik punyalah! Lukisan yang simple je, tapi comel! Penuh dengan lawak² dan kenangan² kita dedulu.. Antara contohnya yang aku terkenang;
main pemadam, main tepuk kad, gunting rambut, pasal kucing.. =,) Ohh kenangan.... 

Setiap pembaca mesti ada komen kan? Komen aku.. hurmm..hah! Dato' En. Fadhli, boleh tak buat page banyak sikit? Tak puas baca! :D
Psst, kome tak nak ke? Belilah! SINI

Eh, japp.. ade penyibuk;
Identiti tuan blog dirahsiakan..jengjungjing~ *tengok sidebar ler! =_="
Gila banyak noise..snap waktu malam..kah3

sumber : -contengconteng,
             -netbook 1malaysia! HAHA
             

Saturday, October 1, 2011

SEJARAH AUTA : KENAPA PORTUGIS TAK TAWAN UTARA TANAH MELAYU

Kisah di sebalik sejarah ..
1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.


1509: Portugis menghantar perisik keMelaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah,Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat Dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara,mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan berputus asa.


1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah Dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera disana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.
Seminggu selepas itu..

FEB 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini Cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangatkah mereka itu..? ( dengan nada marah Dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang!

Perisik 3: Betoi tu tuan. Antaranya: 
Hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, hang pasaipa, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang, bapak hang aku bukan binatang (matluthfi90) dan macam macam lagi hang Ada kat sana..

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri, inikan pula nak berhadapan beribu-ribu hang kat situ.

kesian, sekain, sekian,
syatoza

sumber SINI dan SINI

Sunday, September 25, 2011

Hye! Nama Saya Syatoza! | Test Adobe Illustrator

Assalamualaikum...
kburuk,ksakit kepala ni,Kbai ^_^ kHAHA

Tuesday, September 20, 2011

Menara Jam Condong Teluk Intan!

Assalamualaikum W.B.T
Nguhahahahaha!! Akhirnya! Selama 3minggu dok ngadap paper exam dan 3minggu jugaklah duduk dalam dewan yang agak best sebab time dah siap awal dan sudah semak tu aku tido~ Z_Z" Tido yang tak beberapa nyenyak... Tinggal paper perdagangan je lagi! Chaiyok!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sabtu minggu lalu, aku dengan family pi Teluk Anson@Intan. Pak sedara aku ada buat open house! Best! Sebab aku merasa Rendang Itik!! Pestime kot?! Pehh~ Rasa dia sedap jugak, lembut² macam daging and ayam.. Aku gitau kat kawan aku pasal ni, dia geli..Euuww~ Mardhiah

Nak dekat tengah malam tu, aku ngan family pi lah kat Menara Jam Condong Teluk Intan... Untuk pengetahuan anda, saya penduduk di Perak ini baru pertama kali melihat menara condong ini dengan jarak dekat?huahauhuahau~
-Kome click gambo atas ni, ada warna lain-
Waktu malam, macam² warna cahaya yg ada kat menara ni.. Macam warna biru, kuning, purple dan hijau =)



Gerbang Malam yang berhampiran dengan menara jam tu..

Jom kita baca serba sedikit mengenai teluk intan dan menara ni;
"Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

"Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.
Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.

Orite, guwa chauw dlu yaa... Salam ^_^

Sumber Sejarah yang hangpa terpaksa baca : Wikipedia
Gambar : Tangkap sendiri, Sony A380, KitLens + Tripod


Friday, September 16, 2011

Flash Entry : Itu! Itu!

Lukis guna Adobe Illustrator
Button dan lain² guna flash.. terima kasih ^_^

Thursday, September 15, 2011

Zai dan Anne Berlakon dalam Filem Pendek - Saya nak breakup dengan awak!

Assalamualaikum! uikss? Selamat Petang kome! Kabare? Waras? 
Tadi aku exam paper science.. Pada mulanya aku ingatkan susahlah soalan paper science ni, rupanya... Boleh tahan ^_^" Kalau tak dapat A tak tahulah..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape kenal Aiz Batu Campur? Yeah! 100% markah untuk anda yang kenal, dan 100% markah jugak jika anda baru nak kenal~!  Aiz ni dulu ada blog, blog tu tersangaattttt lah best! Tak sampai setahun dah ramai peminat dia wohh.. Lepas tu AIz ada masalah sikit, then dia remove blog tu.. Dan kini Aiz kembali dengan blog nya bernama "Lemon Segar! Lebih Segar dari Semangkuk ABC!

Aiz ni seorang yang creative gila! Dia pandai melukis, nama pun kreatif kan? mesti pandai melukiss... Baru baru ni, Aiz ada buat filem pendek by 9Lemon.. Best video tu! 


Sinopsis :
 Shah bertanya kepada nadia boleh kah awak ajar saya cinta? Shah ingin tackle awek form 3 sedangkan nadia sudah lama menyukai dia. akhirnya... Read more at : http://9lemon.blogspot.com/2011/09/filem-pendek-awak-ajar-saya-cinta-boleh.html

Hah! Ini aku buat permintaan pada Aiz. Permintaan aku ialah apabila Aiz nak buat video yang kedua, aku nak Aiz buat nama watak tu "ZAI" dan "ANNE"! Nguhahahhaa~ Dan akhirnya Aiz tunaikan permintaan aku..  Terima kasih Aiz ! =D 


Sipnosis : 
filem kedua ini ialah mengenai sepasang kekasih yang sudah bercinta selama 2 tahun. Malangnya Si laki ingin breakup dan memberikan alasan dia tidak pernah menyayangi si gadis sejak awal lagi. Tetapi apakah sebenarnya yang berlaku memang kena tengok sendiri.. Baca Selanjutnya di : http://9lemon.blogspot.com/2011/09/filem-pendek-saya-nak-breakup-dengan.html

Terbaikkk!! Lagi terbaik sebab ada nama Zai dan Anne tu..muahahaha =P
First aku tgk video ni kat makmal ICT , mmg feel lah aku tgk video ni.. Banyak menggunakan teknik imbas kembali dan teknik metafora, sinkope, hyperbola dan hypermarket
Lagi sekali, terima kasih :)

Terima kasih jugak kepada follower blog yang tak sebeberapa ini iaitu Themptyanty! .. Dah 1111 dah skang! =D Okeh! Wassalam...

sumber segala pusat sumber :  http://9lemon.blogspot.com
                                                 http://www.youtube.com/user/aizvlog
Selamat Hari Malaysia! ^_^

Wednesday, September 14, 2011

#WW : Underwear Superman Pulihkan MATI PUCUK!

Tuesday, September 13, 2011

Esok Paper Math! Tidak!



Assalamualaikum, hyep! Selamat tengah malam semua! Ok ok, aku nak post pendek je ni..


Aku dah murtad Math, wahahaha..*pengaruh Pendidikan Islam punya paper pagi tadi.. "Murtad Math" woh, ayat baru =__=" Murtad Math ni bermaksud kepada keluarnya daripada Mathematic ke sesuatu subject lain yang kita suka..*memandai je!


Contohnya macam aku ni hah, aku dulu memang sukaa Math! Rajin buat math, tapi skang ni.. Aku dah bertukar sifat rajin tu kepada pemalass buat math.. Dan tetiba jadi rajin dan sukaaa Sejarah.. =__=" Tahun lepas banyak penekanan dari subject Mathematic, tapi sekarang ni banyak dari subject Sejarah..adoyai~

Aku kene seimbangkan subject tu...
Esok paper Math, aku rasa macam.... err.... errrr? faham² lah kome sendiri ye :)
Doakan kami form5 dapat menjawab math dengan baik.. Amin!


pen off~




sumber gambar : FB *terima kasih :)

Sunday, September 11, 2011

Camera DSLR yang COMEL!

Assalamualaikum, uikss? Aku update? Yeszaaa! Aku nak jugak update walaupun tengah musim TRIAL SPM ni.. Untuk pengetahuan anda, trial SPM ni banyakkkkkk soalan SPOT yang sejibik apa yang ditanya kat kertas soalan tu.. Err, soalan spot ke SOALAN BOCOR ni? adoyai~ =_=" Tapi takpa, sedikit sebanyak membantu aku untuk exam kali ni ^_^"
______________________________________________________________________

Hah, aritu aku gedik gedek² google, aku nak tengok pasal camera DSLR, aku searchlah kat google ni.. Tup tup aku terjumpa satu website ni.. Maaf, aku lupa dah apa nama website tu..=..= Aku ingatkan camera, rupa²nya.... Comelnya! ; 
Aku nak !!!!!!

Sunday, September 4, 2011

Perhatian : Doakan Kami!



Wednesday, August 17, 2011

ENTRY FLASH: JERAWAT

psst~ ade yg tgk ke kat youtube tu? Itu nanah tu kott.. gila banyak gitu jerawat @_@

Saturday, August 13, 2011

Siapa nak Contact Lens FREE? Jom join contest ni!

Assalamualaikum! Whooooaaaaaa!!!!!!! Apa khabar korang? Sihat? Selamat Berbuka/Bersahur/Berpuasa ya.. Petang tadi aku and the geng pegi shoot prewedding kat pekan dan tempat bersejarah iaitu tuttt~ *Malas aku nak gitau.. Maaf! ^_^" Best! Alhamdulillah syukur sebab cuaca yang mendung, tak panas =)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


CONTEST : CANDID PHOTO!
psst~ click gambo Byha kat bawah ni pastu zoom kat mata dia.. Biru wohh =0 Jelez gua, gua asyik² pakai contact lens warna merah je.. *ade ke merah? =="
Jom join contest ni! Dianjurkan oleh NABIHAH dari OhhByha! 
Apa hadiahnya? :
Dueba Series - Pop C Light Grey
Dueba Series - Pop C Light Brown
Siapa nak Contact Lens?!!! Siapa nak?!!! *saya saya! =="
Sila CLICK DI LINK INI. Syarat² pernyertaan pun ada di sana ^_^ Terima Kasih!

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza