Aku masih ingat lagi peristiwa ni dulu. Aku dengan abang aku pegi Universiti Teknologi Petronas kat Seri Iskandar, Perak. Ada hari konvo kot masa tu. Ada jual2 dekat padang UTP sana. Err, konvo ke? entahlah =_=" Dah lupa.. Masa tu malam, aku ngan abang aku pegi lah jejalan kat gerai yg ada kat situ.
Ada satu gerai tu jual baju, baju yang ada logo UTP. Abang aku tanya penjual (perempuan) baju tu pasal harga baju. Dia gitaulah pasal harga blablablabla. Pastu dia ckp, " adik belilah nnti boleh tunjuk kat mak ayah/ kenangan bila dah habis belajar kat sini (UTP) nanti" kat aku..
Aku pun macam "errr" dia anggap aku macam pelajar UTP tu ke? Abang aku cakap kat penjual dengan nada yang sedikit nak ketawa " Dia (aku) masih sekolah rendahlah, baru darjah 5/6". "ohh, yeke? Macam pelajar UTP ni je",balas akak penjual tu. Aku time tu senyum je =B nguahaha~
Korang bayangkan aku baru berumur 11/12 tahun dah dianggap pelajar UTP?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita 2,
Masa cuti sekolah bulan 5/6 tahun lepas, aku dengan mama papa aku pi jejalan kat utara. Entah, aku suka pi bercuti belah utara berbanding belah selatan/timur. =) Masa dah nak habis bercuti tu ayah aku ajak pi Universiti Sains Malaysia, Penang ada pesta buku & ICT rasanya.
Lawa jugak USM ni eh.. Syok tengok buku² kat situ :) Dah habis belek2 buku (aku tak beli hapa buku pun) aku pi bahagian yang jual komputer & camera. Papa ngan mama aku nak beli camera baru, masa tengah bincang2 pasal camera tu dengan penjual camera.
Penjual tu cakap kat aku, "nanti pi Komtar, tau kan ada satu kedai camera tu? pi kedai camera tu blablabla bolehlah guna boucer camera ni untuk dapatkan album gambar etc". Aku pun ckp dalam hati "err, macam aku duduk penang ni =_= "
Mama aku cakap kat aku yang penjual tu anggap aku ni student USM tu. ==" Lagi sekali..
Aku baru umur 16 kot masa tu!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku macam Budak University ke?
Gambar di ambil pada bebarapa bulan yang lepas. Maaf gambar kecik je, aku malu. =_="
Aku harap, apa yang terjadi pada cerita 1 & 2 tu menjadi kenyataan. Aku nak jadi pelajar University! Amin =)
