Saturday, December 24, 2011

Shoutbox baru! Gantikan SHOUTMIX kepada FIBOX!

Assalamualaikum.. Oriite! Dah masuk hari yang ke-3 aku tak update. Sekarang baru nak update ^_^ Aku sibuk sikit dengan header blog ni.. Nak tengok ke hasil yang aku dah buat? Buruk je aku buat, tu murah tu..huhu


Nak tempah? Click SINI 
--------------------------------------------------------------------------------

Orite, kembali pada tajuk!
Setiap blog mesti ada shoutbox kan? Tak kiralah Shoutmix, Cbox, Shoutbox dan lain².. Tapi secara umumnya ramai blogger yang menggunakan Shoutmix! Sebab apa? Maybe Shoutmix ni agak best diguna, tak payah nak taip nama dan url banyak kali sebab cache nya dah ada dalam browser.. *cache ke cookies? =..= Dan shoutmix boleh diadjust shoutbox nya seperti kedudukan interface, ubah warna shoutmix, dan ada security.

Baru² ni shoutmix ade mengeluarkan notis yang mulanya 1/1/2012 dah kene bayar untuk guna shoutmix tu. Adoi. "The good news is that ShoutMix will be available for only $0.99/month and will be available effective immediately. For our old version (the Classic) it will only be available in Premium package which costs approximately $1.67/month." <---the good news?!! =_="

Okeh, aku tau kome (korang,anda) tak bayar kan? Semua nak percuma je kome ni! Haish! Masuk tandas pun nak kene 20sen tau?! *tetiba . Sekarang ni ramai yang beralih ke Cbox! sebab dia percuma..keh3. Tapi cbox ni aku tak berapa suka sebabnya dia punya interface tak berape lawa dan kene masukkan nama dan url setiap kali nk ber"shout".

Aku beralih ke Fibox! Yeah, terima kasih kepada Amin sebab aku first jumpa Fibox ni kat blog dia lah..haha. Fibox (beta) ni agak lawa jugak ^_^ Boleh letak link gambar/blog dan cara register dia senang. Tapi aku masih tak tahulah nak kene bubuh nama dan link blog setiap kali nk shout.. hurmm =..=

Apa pendapat korang tentang Fibox? Aku dah bertukar kepada Fibox! ^_^

-Korang masih boleh guna Shoutmix tu sampai tempoh expired :)
-Err, entry aku yang ni penuh dengan SHOUTMIX je? =_=" Pasal FIBOX sikit gila..haha


Wednesday, December 21, 2011

Tempah Header Blog =D

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Syatoza yang tah hape² ni..haha


Nak tempah header blog? Rasanya aku dah lama dah tutup tempahan header blog tu dalam beberapa bulan yang lepas sebab aku nak focus SPM ^_^ 


So, sekarang aku nak buka balik tempahan header blog sebab sekarang ni aku tengah menganggur =..= dan duit poket kering . Kalau time sekolah adelah jugak duit belanja, tapi la ni cuti.. mana ada duit belanja..haha


Aku design header simple² je.. Tak berapa professional macam Cik Bulat dan Wan Hazel tu ^_^" Aku cuma seorang amatur..kihkih. Ni ada sample header yang aku pernah buat;
header yang statik yang pernah aku buat kat blog aku ni



aku rasa ada banyak lagi kot, KOT je lah.. sebab maybe aku pernah delete dan pc aku baru format.. Tapi aku rasa banyak ni je kot pernah aku buat.. erk? entah? lupakanlah -,-
*header .GIF (click utk tgk dia bergerak dengan sempurna)
*header .GIF (click utk tgk dia bergerak dengan sempurna)
*header .GIF (click utk tgk dia bergerak dengan sempurna)


Orite.. Tu je kot design header aku pernah buat ^_^ Header gift kalau korang tgk kat sini mmg nmpk pecah² kan? tu sebab gambar nya tak 'original' click gambar header tu.. baru ok. =)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Untuk tempahan header statik :
1. Jenis header : Transparent atau tak
2. Saiz header : Boleh tgk kat edit html korang. Selalunya blog saiz 900x200..
3. Tagline header : Aku bukan ninja, tapi aku blogger *contoh
4. Font : Nak font berangkai or simple² je?
5. Gambar yang mahu diletak kat blog : Gambar mestilah tidak dipotong² macam terpotong bahagian bahu, kepala atau tangan.. *boleh rujuk SINI Email di syatozapunyer [@] yahoo.com


Untuk tempahan header bergerak (.gif) :
1. Jenis header : Transparent atau tak
2. Saiz header : Boleh tgk kat edit html korang. Selalunya blog saiz 900x200..
3. Tagline header : Aku bukan ninja, tapi aku blogger *contoh
4. Font : Nak font berangkai or simple² je?
5.Gambar yang mahu diletak kat blog : Gambar mestilah tidak dipotong² macam terpotong bahagian bahu, kepala atau tangan.. *boleh rujuk SINI Email di syatozapunyer [@] yahoo.com
6. Animasi: Apebende korang nak gerakkan tu? O.o Gambar ataupun text? (rujuk header .gif yang pernah Zai buat)


Hantar tempahan itu pada email zai (syatozapunyer [@] yahoo.com) atau add zai di FB atau bagi email/ym/skype korang kat komen ni dan kita chat2 kat ym/skype! =D
Harga header lebih kurang rm5-10 sahaja! Ikut zai jugaklah, kalau rasa susah giler nak buat jadi rm10..ekeke

Oh ya, boleh jugak tempah Full TEMPLATE blog kat zai =D Zai buat simpe² saje lah.. Harga template blog dalam rm15 ^^,  Jap, buat masa ni template ade problem..Aiyooo~huhu

Maaf eh =) nnti dah ok, aku bukak balik..


Terima kasih. Maafkan Zai kalau ada buat salah ya.. Manusia tidak lari dari membuat kesilapan ^^"

Updated 30/12/2012. Tempahan masih ada lagi, cuma rasanya header lambat dibuat disebabkan tiada kelapangan masa. Boleh cancel kalau taknak tunggu lama2 =)
Add di FB ya, kalau di email jarang la plak bukak.huhu. Terima kasih ^_^ 

Monday, December 19, 2011

BEN ASHAARI Tanya Aku Nak ke IPT mana ?

Assalamualaikum semua! =) Aku dah lama betul tak masuk segmen abg Ben ni. Tgk dashboard abg Ben dok "tanya aku nak ke IPT mana?", Ye, sesuai soalan tu dengan aku sebab aku kan baru je habis sekolah. Sekarang ni aku masih lagi pening nak fikir mana satu pusat pengajian yang aku nak sambung belajar nanti =/ hurmm..


Abg Ben tanya;

  1. Sila berikan IPT yang ingin korang nak masuk nanti dan jurusan apa yang korang nak amik ?
- IPT yang mana nak masuk? Erm... Tengah pening² lagi nak pilih IPT yang mana satu =/ Tapi mulut dok sebut UNIKL je =..= Aku minat jurusan Multimedia! =D entah kenapa sejak form 4 gitu aku dah minat.. MMU pun aku minat jugak, tapi aku dengar kos $ tinggi? O.o

     2.   Kalau nak sambung ke luar negara , negara mana yg korang nak pergi ?
- Banyakkk! haha. Nak pi Jepun, nak Australia ^_^

     3.  Cita-cita .. Jangan segan .. Berkongsi dengan rakan yang lain.. mana tau boleh bertukar pendapat kan?
- Cita² eh.. Kahwin kot? Ape eh.. Teringin nak jadi pembuat animasi macam Upin Ipin dan Boboiboy tu.. Dalam entry ni dah gitau..haha

    4.  Apakah yang korang lakukan demi memastikan impian korang tercapai ?
- Errr... Aku akan belajar bersungguh² dalam menghasilkan ciptaan terbaru dalam sofware2 editing ni.. (ayat~ aku tak tau nak taip ape.. T_T )

    5.  Sapakah sumber inspirasi korang ?
- Ahah! Banyak kot.. Mak Ayah aku, Abang aku, (family ade ke sumber inspirasi? O.o ) Animonsta Studio, Kamilstudios =D


Terima kasih ^^


Nak tanya: IPTA ade tak course MULTIMEDIA? IPTA mana ye?


*UPDATE!
ZAI NI NAK MOHON DIPLOMA DALAM MULTIMEDIA
ZAI BUKAN BUDAK SCIENCE TULEN, BUT BUDAK ICT yang TAK AMBIL ADD MATH :)

Sunday, December 18, 2011

Lama tak tukar header :)

Assalamualaikum, hyep! Lama dah aku tak update blog. Sejak dah habis SPM ni, rasa macam... Errr~ Aku rasa malas gila! Dan aku rasa hidup macam sia-sia je..haha. Yela, hari² duduk rumah, online, buka facebook, buka blog orang, main game yang sama.. haihh~ Tu lah, time sekolah rasa nak cuti sangat²! Tapi dah time cuti ni rasa macam nak sekolah!!!!!


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hah, header.. Semua blogger ada header! Header tu bagaikan intro lah kepada sesuatu blog.. Pengunjung datang dan mula² sekali pengunjung akan nampak header. Mereka akan rasa "blog ni macam bestlah!" =D gitu...kot? haha

Aku last tukar header beberapa bulan yang lepas.. Aku rasa tu header aku paling lama aku pernah pakai. Alaaa, header yang flash hanya text "syatoza" tu je.. Ingat? =_=" Sekarang ni pun masih sama lagi but ditambah dengan text dan ninja mata bergerak² tu.. Korang suka la tu main mata sampai  juling mata dia..hahaha

"I'm not a ninja, but I'm a blogger.", Ok, tagline tu hanya kebetulan aku taip.. Maybe icon/kartun ninja tu berkaitan dengan SYATOZA tu kot.. Dengar nama Syatoza macam nama Jepun je kan..nguhahaha~ Tapi aku bukan ninja, aku blogger =D *blogger ke eh? =..=

Tagline yang pernah aku buat;

1. " Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan "
      Aku tak igt lah kenapa aku buat tagline camni, tapi yg aku igt aku copy paste kat google.. >_<
2. " Hidup kene EXPLORE, barulah kita dapat pelajari sesuatu "
       Ok, kenapa semua "hidup" je bile starting.. =..= Ni ayat aku buat sendiri! *bangga*

Amacam header sekarang ni? ok? =D Terima kasih

Ada tak yang nak tempah header (rm5-10) dan full template (rm15-20)? 
Aku ni tak berapa sangat design :)
Boleh contact aku kat FACEBOOK. Terima kasih.

Tuesday, December 13, 2011

Entry Flash : TADIKA

Maaf, flash ni lambat sikit loading.. Aku kene praktis byk lagi ni :(

Friday, December 2, 2011

Kenapa Aku Dianggap Pelajar Universiti?

Cerita 1,

Aku masih ingat lagi peristiwa ni dulu. Aku dengan abang aku pegi Universiti Teknologi Petronas kat Seri Iskandar, Perak. Ada hari konvo kot masa tu. Ada jual2 dekat padang UTP sana. Err, konvo ke? entahlah =_=" Dah lupa.. Masa tu malam, aku ngan abang aku pegi lah jejalan kat gerai yg ada kat situ.

Ada satu gerai tu jual baju, baju yang ada logo UTP. Abang aku tanya penjual (perempuan) baju tu pasal harga baju. Dia gitaulah pasal harga blablablabla. Pastu dia ckp, " adik belilah nnti boleh tunjuk kat mak ayah/ kenangan bila dah habis belajar kat sini (UTP) nanti" kat aku..

Aku pun macam "errr" dia anggap aku macam pelajar UTP tu ke? Abang aku cakap kat penjual dengan nada yang sedikit nak ketawa " Dia (aku) masih sekolah rendahlah, baru darjah 5/6". "ohh, yeke? Macam pelajar UTP ni je",balas akak penjual tu.  Aku time tu senyum je =B nguahaha~

Korang bayangkan aku baru berumur 11/12 tahun dah dianggap pelajar UTP?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita 2,

Masa cuti sekolah bulan 5/6 tahun lepas, aku dengan mama papa aku pi jejalan kat utara. Entah, aku suka pi bercuti belah utara berbanding belah selatan/timur. =) Masa dah nak habis bercuti tu ayah aku ajak pi Universiti Sains Malaysia, Penang ada pesta buku & ICT rasanya. 

Lawa jugak USM ni eh.. Syok tengok buku² kat situ :) Dah habis belek2 buku (aku tak beli hapa buku pun) aku pi bahagian yang jual komputer & camera. Papa ngan mama aku nak beli camera baru, masa tengah bincang2 pasal camera tu dengan penjual camera.

Penjual tu cakap kat aku, "nanti pi Komtar, tau kan ada satu kedai camera tu? pi kedai camera tu blablabla bolehlah guna boucer camera ni untuk dapatkan album gambar etc". Aku pun ckp dalam hati "err, macam aku duduk penang ni =_= "

Mama aku cakap kat aku yang penjual tu anggap aku ni student USM tu. ==" Lagi sekali..
Aku baru umur 16 kot masa tu! 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku macam Budak University ke?
Gambar di ambil pada bebarapa bulan yang lepas. Maaf gambar kecik je, aku malu. =_=" 

Aku harap, apa yang terjadi pada cerita 1 & 2 tu menjadi kenyataan. Aku nak jadi pelajar University! Amin =)

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza