Showing posts with label header blog. Show all posts
Showing posts with label header blog. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Nak tak tutorial buat header transparent guna photoscape?

Hah, akan datang.. InsyaAllah aku buat entry "CARA BUAT TRANSPARENT HEADER MENGGUNAKAN PHOTOSCAPE" jeng3... ^_^ 


Takda blogger lain lagi aku rasa yang buat tuto camni.. Nak ke kome? Ni tak de pakai software GIMP tu, x nak lah pakai GIMP.. Nak kene install bagai kan? tapi  tuto ni akan ada tambahan sikit je..tapi tak de pakai software ape2 lah.. 

Ni contoh header transparent yg aku test gune photoscape tadi
ni transparent ni, mmg la taknampak.. sebab background dia putih =__="


InsyaAllah, kalau aku ada masa atau mood, aku buat lah ^_^ k, assalamualaikum!


*Update : Cara Buat Header TRANSPARENT Menggunakan Photoscape!

Saturday, December 24, 2011

Shoutbox baru! Gantikan SHOUTMIX kepada FIBOX!

Assalamualaikum.. Oriite! Dah masuk hari yang ke-3 aku tak update. Sekarang baru nak update ^_^ Aku sibuk sikit dengan header blog ni.. Nak tengok ke hasil yang aku dah buat? Buruk je aku buat, tu murah tu..huhu


Nak tempah? Click SINI 
--------------------------------------------------------------------------------

Orite, kembali pada tajuk!
Setiap blog mesti ada shoutbox kan? Tak kiralah Shoutmix, Cbox, Shoutbox dan lain².. Tapi secara umumnya ramai blogger yang menggunakan Shoutmix! Sebab apa? Maybe Shoutmix ni agak best diguna, tak payah nak taip nama dan url banyak kali sebab cache nya dah ada dalam browser.. *cache ke cookies? =..= Dan shoutmix boleh diadjust shoutbox nya seperti kedudukan interface, ubah warna shoutmix, dan ada security.

Baru² ni shoutmix ade mengeluarkan notis yang mulanya 1/1/2012 dah kene bayar untuk guna shoutmix tu. Adoi. "The good news is that ShoutMix will be available for only $0.99/month and will be available effective immediately. For our old version (the Classic) it will only be available in Premium package which costs approximately $1.67/month." <---the good news?!! =_="

Okeh, aku tau kome (korang,anda) tak bayar kan? Semua nak percuma je kome ni! Haish! Masuk tandas pun nak kene 20sen tau?! *tetiba . Sekarang ni ramai yang beralih ke Cbox! sebab dia percuma..keh3. Tapi cbox ni aku tak berapa suka sebabnya dia punya interface tak berape lawa dan kene masukkan nama dan url setiap kali nk ber"shout".

Aku beralih ke Fibox! Yeah, terima kasih kepada Amin sebab aku first jumpa Fibox ni kat blog dia lah..haha. Fibox (beta) ni agak lawa jugak ^_^ Boleh letak link gambar/blog dan cara register dia senang. Tapi aku masih tak tahulah nak kene bubuh nama dan link blog setiap kali nk shout.. hurmm =..=

Apa pendapat korang tentang Fibox? Aku dah bertukar kepada Fibox! ^_^

-Korang masih boleh guna Shoutmix tu sampai tempoh expired :)
-Err, entry aku yang ni penuh dengan SHOUTMIX je? =_=" Pasal FIBOX sikit gila..haha


Sunday, December 18, 2011

Lama tak tukar header :)

Assalamualaikum, hyep! Lama dah aku tak update blog. Sejak dah habis SPM ni, rasa macam... Errr~ Aku rasa malas gila! Dan aku rasa hidup macam sia-sia je..haha. Yela, hari² duduk rumah, online, buka facebook, buka blog orang, main game yang sama.. haihh~ Tu lah, time sekolah rasa nak cuti sangat²! Tapi dah time cuti ni rasa macam nak sekolah!!!!!


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hah, header.. Semua blogger ada header! Header tu bagaikan intro lah kepada sesuatu blog.. Pengunjung datang dan mula² sekali pengunjung akan nampak header. Mereka akan rasa "blog ni macam bestlah!" =D gitu...kot? haha

Aku last tukar header beberapa bulan yang lepas.. Aku rasa tu header aku paling lama aku pernah pakai. Alaaa, header yang flash hanya text "syatoza" tu je.. Ingat? =_=" Sekarang ni pun masih sama lagi but ditambah dengan text dan ninja mata bergerak² tu.. Korang suka la tu main mata sampai  juling mata dia..hahaha

"I'm not a ninja, but I'm a blogger.", Ok, tagline tu hanya kebetulan aku taip.. Maybe icon/kartun ninja tu berkaitan dengan SYATOZA tu kot.. Dengar nama Syatoza macam nama Jepun je kan..nguhahaha~ Tapi aku bukan ninja, aku blogger =D *blogger ke eh? =..=

Tagline yang pernah aku buat;

1. " Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan "
      Aku tak igt lah kenapa aku buat tagline camni, tapi yg aku igt aku copy paste kat google.. >_<
2. " Hidup kene EXPLORE, barulah kita dapat pelajari sesuatu "
       Ok, kenapa semua "hidup" je bile starting.. =..= Ni ayat aku buat sendiri! *bangga*

Amacam header sekarang ni? ok? =D Terima kasih

Ada tak yang nak tempah header (rm5-10) dan full template (rm15-20)? 
Aku ni tak berapa sangat design :)
Boleh contact aku kat FACEBOOK. Terima kasih.

Thursday, June 2, 2011

Peniru! Header ko sejibik macam aku!

Woi! Tiru blog aku!! Peniru! Hampeh ko ni! Hak alahh! Dah la background sama! Header pun sejibik macam aku! GGrrr~ Sejibik weyh! Bukan takat sebijik dah! =__=" Ada dua blog yang tiru macam blog aku ni..ish3.. Korang nak tau sapa? Gua dah panas nii... Gggr~

Ni hah! Gayahspears!
Pergh! Sejibik dia punya background macam blog aku ni.. Tapi takpa, dia start dlu buat background gitu.. Aku tak kisah, tapi yang aku kisah ni bila header dia nak tiru aku! =="
Erkk, same??!!


Ni lagi sorang ni, header dan background same macam aje.. Cume header dia je ade cun sikit.. sikit lah.. Header aku ni gelap jee, header dia tu terang..
Erk, buruk pulak aku printscreen..



Amacam? Boleh pergi kat blog ni.. BLOGDUAKUPANG 

Err, den bukan nak cari gaduh ke apa, den main² je ^_^ Kak Gayah tu opah den, dan den ni cucu dia kenelah same sikit blog..haha.. (saja main² gelarkan kak gayah tu opah) Bukti kat sini ^^, Tgk? Kiteorang ok jek.. Yang blogduakupang tu sebenarnya blog aku dan dikongsi dengan kawan, kiteorang wakil sekolah masuk pertandingan blog pengguna.. Boleh rujuk SINI .

 Bye~ Assalamualaikum..

Sunday, May 15, 2011

HEADER TERBURUK SYATOZA.COM !

Assalamualaikum... Wuhh.. selamat pagi geng!! Sekarang dah pukul 1.40am, ntah2 aku post entry ni dalam kul 2.30am kot? Lama gila! Yela! Camtu la kot kalau seorang blogger.. Kot je la... Nak baca entry baik berulang², nak cek ada salah ke tak.. Nak bagi orang faham ke tak.. Ye ke? Yekeeeee =_="
Ahah! Seperti korang dapat lihat di atas, tu header baru blog ni.. Sayang jugak dengan header yang lama sebab header tu header flash! Tapi takpelah.. Aku rasa header yang sekarang ni hanya untuk beberapa bulan ja kot, nanti² aku nak tukaq balik kepada header flash yang lebih best!!! =D

Okeh, abang aku tengah menunggu² dah ngadap tenet plak ni.. bye2, ^_^


Amacam? Buruk tak? Mesti buruk gila kan?!! T.T Apa pendapat korang? Ada apa² yang aku perlu baiki tak? Macam colour ke, ape² je lah.. ^^,v Koranglah nyawa blog ni selain aku..haha

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza