Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Tutorial : Cara Print Screen dengan mudah (Photoscape)

Assalamualaikum ^__^ Ok, aku tak ada apa nak cite kat korang.


Haih, lepas SPM ni jadi femes yek. Seminggu  3/4 kali dapat surat dari u/kolej. Semestinya swasta. Dan ada jugak pihak u/kolej yang call aku. Haih, mana diorang dapat no fon aku haa? Femes aku ade je orang u/kolej call je..kah3


Ok, tadi gitau takde apa nak cite, ni tadi ada plak? puek~
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Print Screen. Tau kan apa print screen tu? Dia macam tangkap gambar kat dalam desktop pc korang ni lah. Contoh macam ni ;

Hahh, macam ni lah =) Boleh print screen kat mana² pun boleh selain desktop.. Tgh main game pun boleh print screen jugak.


Print Screen menggunakan Photoscape ( cara pertama )
1. Tekan button ' Print Screen ' kat atas insert, sebelah kiri scrool lock, sebelah kanan F12. Faham tak? hahaa
2. Haish, tu pun nak tunjuk gambar button tu ka?

3. Sudah tekan button tu, korang masuk Photoscape atau Paint. Tapi aku selalu guna Photoscape je.
4. Masuk 'EDITOR'
5. Tekan button CTRL + V ( paste ), kalau nak right click + paste tu tak boleh.. Aku tak tau pasaipa. 
6. Lepas tu save lah! Apa lagi! haha
7. Boleh jugak dan tambah apa² kat gambar print screen tu, macam aku mosaic sikit kat gambo pertama atas ni. 


Print Screen menggunakan Photoscape ( cara kedua )
1. Buka Photoscape
2. Click pada ' Screen Capture '


3. Click la mana² yang korang nak.. 
-Capture Full Screen tu macam gambar pertama atas tu. 
-Capture Window tu capture dalam window je. Acano nak cite eh? haha
-Capture Region tu memandailah korang explore yer.. Serius aku tak tau nak terangkan kat sini.. haha =="
Repeat last capture , entahlah.. Aku pun baru click tadi, dia capture balik apa yg telah kita print screen kan sebelum tu. Tapi mmg jarang gunalah.


Ok, ada faham ka? Kalau tada faham , sini mari tanya.. =p kredit : Wikipedia

*updated!
Untuk pengguna Windows 8, lagi senang!
Korang just tekan Win + Print Screen. Win tau tak? Yang ada symbol windows kat keyboard tu.
Gambar yg sudah diprintscreen akan disave dekat libraries --> pictures folder. Selamat mencuba ^_^

Thursday, February 16, 2012

Tutorial : Cara Buat Header TRANSPARENT Menggunakan Photoscape! (tanpa software tambahan)

Assalamualaikum, kum apa kombat, bat apa? batman, man apa? mentol, tol apa? tolak, lak apa? laksa, sa apa? satu, tu apa? tunang, nang apa? nangka, ka apa? kawan, wan apa? one two 3 4 5 6 7 8 9 ten, ten apa? tembak, bak apa? bak duit, duit apa? duit raya, raya apa? raya haji, haji apa? Haji bakhil. (time kecik² sllu ckp camni, haih ==" )


Ayat di atas hanya untuk mukadimah sahaja..harhar
--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ok, adakah anda tahu cara membuat header TRANSPARENT menggunakan Photoscape? 
Tahu? camne tu? aku pun tak tahu weh..haha. Ada aku search kat google, kebanyakkan blogger buat transparent header guna photoscape + gimp/photoshop.  


Photoscape + Gimp/Photoshop. Nak kene install Gimp/photoshop lagi kan, nak² plak sesetengah korang jenis malas nak install. Buat ape, pakai sekali je pastu tak guna dah. Setakat photoscape oklah, senang nak guna. =..=


Orite², tutorial aku kali ni tak menggunakan software tambahan, tapi hanya photoscape saja =D
Nak tahu cara buat header transparent tu? Jooom:
*click gambar untuk besarkan
1. Buka http://pixlr.com/editor/ . Dia seakan² interface photoshop kan?hoo
2. Pilih "Create a New Image"
3.Masukkan size header korang tu, dan tick 'transparent'.
4. Click File atau terus CTRL + S
5. Select PNG dan click ok. Save macam biasa.
6. Ok, siap! Masukkan file png yang dah disave tu ke dalam photoscape korang ye ^_^
*drag/tarik file png tu terus ke photoscape =)
*file .png tu berada di desktop korang atau berada di dalam folder kat mana anda save tadi.
7. Lepas tu korang buat lah header tu. Boleh tengok cara buat header photoscape atau nak buat header animation pun boleh maa..


Header transparent yang sudah aku buat guna photoscape;
Memang lah tak nampak tranparent nya, sebab background entry ni warna putih =="
#taglineheadernakgempak je..puek

Ada masalah? ^_^

Tuesday, November 22, 2011

Tutorial : Cara highlight / copy text pada blog yang disable highlight

Assalamualaikum.. Hello semua! Pa habaq?




Hah, korang pernah tak masuk kat blog orang lain, korang nak copy text dia tapi owner blog tu disable highligt dan disable right click? Mesti korang rasa macam "erghhhh!" >_< Pernah?
Ini adalah disebabkan javascript yang diletakkan pada blog oleh owner tu.


NAK TAHU CARA HIGHLIGHT / COPY TEXT PADA BLOG YANG DISABLE HIGLIGHT / RIGHTCLICK?


Google Chrome:
1. Click icon "SPANAR" kat bahagian kanan atas
2. Click " Option"
3. Click "Under the Hood"
4. Click lagi ( tengok gambar )
5. Click lagi lagi ( tengok gambar ) =_="
Click Do not allow any site to run JavaScript
--------------------------------------------------------------------------------

Mozilla FireFox
1. Click "Option" jugak
2. Click "Content" and "untick"

Siap! ^_^ Lepas dah copy, jangan lupa "tick" semula ya :)

*bintangkecik : tutorial ini bukan untuk menggalakkan aktiviti plagiat ya. Lebih baik sekiranya kita meminta keizinan dari owner blog atau memberikan kredit kepada owner blog tu jika kita copy dan pastekan kat blog kita. terima kasih ^^

Friday, June 10, 2011

Tutorial : Cara lain nak follow blog

Assalamualaikum.. Uikss? Selamat Petang! Aku baru je balik dari Perlis semalam.. Wooh, percutian yang agak menarik! Best tgkp² gambar kat Padang Besar, Perlis walaupun dah berapa kali pegi sana..ahaha Maybe sebab kali ni aku pi bawak camera DSLR aku kot.. Nak² plak lens 50mm f1.4 :D 
Tenkiu Mirul sebab bagi aku rosakkan pinjamkan lens hang ni ^_^"

Nanti² cek cerita pasal percutian cek haa...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Okeh, terus kepada tajuk entry, skang ni belogsiput blogspot punya followers gadjet kejap ada, kejap tak ada..ish3~ X best kan? Tengah syok dok baca entry orang, pastu nk follow tetiba " eh, mana kotak followers? Refresh banyak kali dah ni" ==" Dinasihatkan anda 'bookmark' dulu blog yang anda nk follow tu ya :) Ada dua cara lain untuk follow blog.

Cara satu; (Dashboard)


1. Pergi ke Dashboard then click button [ADD] kat bawah tu.. 
2. Masukkan URL blog yang korang nak follow tu dan click 'NEXT'
3. Pastu korang pepandai sendiri nk follow secara publicly or anonymously yee.. ^_^


Cara dua; (Navbar)


1. Jika blog yang anda ada Navbar kat bahagian atas header tu, anda boleh click 'Follow'. Jika tidak ada, gunakanlah cara 1 tu ya :)
2. err, lagi sekali  pepandai sendiri nk follow secara publicly or anonymously yee.. ^_^


Orite, ada faham? :) Aku dapat tahu pasal follow kat navbar ni kat blog Cik Azizah. Terima Kasih yaww ^_^

Tuesday, May 31, 2011

Tutorial : Cara Buat Header Blog menggunakan PHOTOSCAPE!

*REPOST! Sebab den punya blog dh mula mesra SEO ^_^ hee~


Assalamualaikum.. Selamat Malam!! Selamat malam sayanggg~ Selamat malam kasih.. Wohhhh... ~ Eh, maaf.. Saje² nk happykan diri mase menaip ni.. =__="
...............................................................................................................................................................
Click gambar dibawah tu kalau tak jelas ek..
Step pertama; Macam biasa, click Icon PHOTOSCAPE .. Then click dekat EDITOR.. *bagi yg belum ada photoscape, boleh download di SINI ^_^
Gambar kedua di atas untuk Photoscape versi 3.6 ya
*Updated
Uik, ni yang 3.6.2


1. Click di "NEW" kat bahagian bawah tu..
2. Then click "NEW PHOTO"
3. Korang masukkan size width dan height header yg anda nak ye..

Step kedua ; Masukkan text korang

1. Click "T" untuk text.. Masukkan text korang
2. Pandai² la korang buat text ape pun ^_^ Size² mende sume sila explore sendiri =p

Step ketiga; Masukkan gambar dalam header

1. Click gambar yg yg ada atas "T" tu.. Ade macam icon gambar kan? Then pilih la mane korang nk, korang explore sendiri tau.. tauu >_<" macam aku ni, aku ambik bahagian "FACE"

Then siaplah header, terus ke step terakhir ; Save header
Setkan kepada "PNG", sebab aku rasa lagi ringan kot =3

Then, jadilah!


Okeh! Kalau ada apa² pertanyaan, tanya ye? ^_^
Uikss? Maafk yek, zai pun nak tanya, dalam photoscape ada transparent ka? haha
Selalu buat kat photoshop je ^^,"

Thursday, March 17, 2011

Tutorial : Cara buat header bergerak menggunakan PHOTOSCAPE!

Tahukah anda, bahawa saya baru nak update untuk hari ini? huahuahua~ Wahhh, lama tak buat tutorial.. Alang² menyeluk pekasan time cuti skolah ni, senang sikit nk dpt idea update blog =)


Korang nak tak header korang tu bergerak? Nak macam header aku tak? err, susah la nk wat tuto flash.. Aku yg buat tu pun jadi gila, ni plak nk ajor kome.. lagilaaaaaaa~ xD


Aku tunjukkan tutorial yg simple je.. pandai² korang creative kan ye.. Korangkan bijak lagi aku ni ^^" Lagipun, ni file .GIF yg aku ajar ni..senang je weiii.. macam buat banner je, tapi size lain..




Step pertama;
errr.. takmau aku buat dua kali.. Meh baca kat sini;
pastikan anda save dua header.. Contoh;

Monday, February 7, 2011

Tutorial : Cara buat button pada blog label

Assalamualaikum.. huippp! ^_^ Tutorial lagi..hoho Eh, zai sebenarnya tak tahu ape nama tutorial ni, tapi zai tahu camne nk wat.. Ini, ada request dari BELLA  
Murah rezeki? Amin~ ^_^ haha..


hah, camne nk buat tu?
Okeh bebeh, transform and roll out! >_<" 

1.

Di edit posts , anda akan jumpa apa yg anda nampak seperti di kotak merah atas nun.. 

Hah? Tak ada? Okeh, buat camni.. Pegi edit entry anda tu, taipkan label kat bahagian bawah tu.. Katakanlah, entry tu mengenai TUTORIAL atau berkaitan dengan TUTORIAL.. So, korang taipkan padal label tutorial dan publishkan.. 

Okeh, dah dapat? Dia akan jadi camni kat bawah entry tu
nampak tak arrow merah tu tunjuk pada TUTORIAL? Click TUTORIAL tu, then
tengok url address atas tu, Copy url tu.. then simpan kat NOTEPAD jap... 


2. 

Upload gambar button anda, contohnya
Pink kaler maa..hahaha
Okeh2, upload kan gambar tu di photobucket or kimag.es.. Aku gunakan kimag.es tu, sebab dia senang je nak upload.. xyah daftar pun leh upload gambar =) 

3. Pergi ke design -> add gadget -> edit html/javascript then
Korang leh guna kan <img src="URL GAMBAR" /> dan paste pada EDIT HTML dan RICH TEXT kan balik..

Okeh, pastu korang highlight gambar tu, then click create link yg ada gambar macam bumi kecik warna hijau tu... 

Masukkan url label korang tadi tu.. dan save!

dia akan jadi camni;

 Siap! ^_^ Korang click buttonr tab TUTORIAL tu then keluarlah semua entry yg berlabelkan TUTORIAL ^^, Faham ke? Aku sakit kepala ni >_<" Maaf, kalo x faham =)


Saturday, January 15, 2011

Tutorial : Cara Buat widget Pelawat Terkini GengBlogger

Salam sabtu semua! ^_^ Ehh, tutorial lagik.. Aku pun xtau ape yg nak di update ni..
.................................................................................................................................................................

Camne nak dapatkan ye? Alaaa.. Pelawat Terkini Gengblogger tu..
Hah? Camne nk buat ek? O.o
Click gambo dibawah tu kalau anda x nampak yek..
1. Daftar masuk Gengblogger.. Senang je daftar, gunakan Facebook jek ^_^
2. Click "rumah" kat atas sebelah kanan..
3. Dah click tu.. Tengok je la gambo bawah ni..hoho 
Click mana² yang korang nak, jangan plak click dua² serentak.. >_<
4. Ahah! Anda dah nampak kan?
Erkk.. pedulikan "zai!!" di atas tu..haha xD
5. Okeh! Copylah code² tu.. pilihlah nak stail 1, 2 or 3.. Aku suka lagi stail no 1 tu.. Sebab dia bagi link² blog skali ^_^ senang nk terjah balik..hoho

6. Pastekan di design - Add a gadget - HTML/ Javascript - paste.. Save! ^_^
Siap sudah ^_^ faham tak? O.o 
Oh ye, lupa plak.. Anda rasakan blog zai ni kemas tak? O.o Kalau kemas, sudi2kanlah undi blog ni di SINI ye 
nak cari dan undi, tekan CTRL + F : (syatozapunyer.blogspot.com) Zai .. okeh? Terima kasih banyak2 =)

Monday, December 27, 2010

Weyh, aku ade hal ! ( YM Auto Response )

Aku kat office ni.. Semua kerja² projek 1juta bos bagi itu aku dah siapkan dah.. So aku duduklah relax jap kat depan computer aku ni.. Bukak facebook, skype, blog, ym, meebo dan macam² lagi.. Amboi tamak benor aku ni ye.. Lantaklah! aku punya , bukan kome punye.. 
Aku tengah sedap² ym ngan awek cun ni, best je ym ngan dia.. siap geli² lagi.. Adoyaii =__=" Bukan sorang je aku chatting ni, nak dekat 10 orang weh dalam ym ni aku chatting.. Takpe², demi menjaga maruah sebagai lelaki macho, aku layan je la.. (ape aku merepek ni? -_-)

Tetibe bos panggil la pulak ade bincang² sikit.. Aku pun pergilah bilik bos, then dah habis bincang tu aku duduklah balik depan computer aku ni, layan la balik chatting.. Pastu bos panggil lagi dan lagi dan lagi serta lagi!! Woooi, penatlah aku camni.. Adooi, aku nk chatiing ni, kaco je.. Terpaksalah aku buat autoresponse kat ym ni..
Nak tahu buat camne?
1. Click SINI untuk download
2. Dah download tu, extract dan anda dapat software tu..
3. Click icon tu, then dia jadi camni; (click readmore, nak jimat ruang..haha)

Saturday, December 25, 2010

Tutorial : Entry aku di COPY! Camne nak halang?

Assalamualaikum, haluu ^_^ salam petang.. dah minum petang?
Warghhh~ cuti sekolah dah nak ke penghujungnya.. Jeng²! Siap sedialah wahai junior², sebab aku dah form5! Muahahaha.. ^^" Takdelah, aku ni baik.. Bergaduh menambahkan masalah, bukan menyelesaikan masalah.. Betul tak? O.o
....................................................................................................................................................................
Okeh! Sekarang aku nak share sikit tutorial pasal "disable highlight" di blog ^_^
Dulu aku ade buat, tapi dah buang sebab susah org yg datang ke blog ni nk copy apa yg aku tag kat deme dan copy code² tutorial dalam blog ni.. >_<" 

Tapi bagi korang yg nak tu, takut entry anda dicopy, cuba ini ; 
1. Design -> Add Gadget -> HTML/Javascript
Copy paste code di bawah ni:

<script type="text/javascript">
/***********************************************
* Disable Text Selection script- &#169; Dynamic Drive DHTML code library (www.dynamicdrive.com)
* This notice MUST stay intact for legal use
* Visit Dynamic Drive at http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/


function disableSelection(target){
if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route
target.onselectstart=function(){return false}
else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route
target.style.MozUserSelect="none"
else //All other route (ie: Opera)
target.onmousedown=function(){return false}
target.style.cursor = "default"
}


//Sample usages
//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body
//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"
</script>
<script type="text/javascript">
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
</script>

2. Save!

Siap! ^_^ Ade apa² masalah, bagitau ekk.. Mungkin aku tak tolong..muehehhe =p

Uikss? Awat tulisan jadi kecik ni? warghhh! di maybe sebab aku gune mozilla ni.. Google Chrome aku hancoq! T.T Ade trojan horse backdoor ..sobs2~

*UPDATE!
Aku rasa, walaupun ada bende atas ni, aku rasa still boleh org² yg terrer hacking² tu dapat copy entry blog kome.. Tapi buat apa copy? Malas menaipkah? Nak cepat femes kah? O.o Bermulalah dari "ZERO", bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang.. Faham tak ayat tu? Kalau faham, bagus ^_^v

Friday, December 24, 2010

Tutorial Cara nak hilangkan Jumlah Follower

Assalamualaikum, yeah!! Tutorial yeah!! ^^" Ahahaha, okeh.. Den nak cepat ni..
Hah! Mane hilang jumlah follower? Kalau highlight kat situ barulah nampak ^__^

Camne cara² dia? Aku dah lupa cara² nak hilangkan jumlah follower tu.. Terpaksa buat cara lain nk tunjuk kat kome ni..
Click ikut macam no 1 dan 2 yg warna merah kat atas gambar ni.


2. 
Click ikut no 3 tu, korang ubah ke #FFFFFF atau click je kaler tu ke colour putih..
Korang jugak boleh ubah2 yg macam no 4 dan no 5 tu yekk..

3. And then Click kat Generate code, copy pastu pase kat HTML/Javascript.. Siap! ^_^

Okeh, faham ke? nak cepat ni..bye²

Sunday, December 19, 2010

Tips : Bagaimana nak ringankan blog ek?


Assalamualaikum, Dah makan malam dah? Watpe tu? *ayat selalu dapat bila bermesej -___-''
Jamil jalan² jumpa jepun, jepun  jolok jambu, jambu jatuh, jepun jerit "jambu jatuh! Jambu Jatuh!"
Jeng jeng jeng~
*ehh, tetibe.. teringat kat senario ayat ni..haha
Semua huruf "J" kan? Perasan x? O.o
...................................................................................................................................................................

Orite! Blog jadi BERAT? Kenapa ek? Pehal? What happen?
Selalunya aku ber"blogwalking" ni, macam² jenis blog aku jumpa.. Ada blog yg best, ada blog yg hampeh macam blog aku ni.. kan3?? And then, paling malas skali bila time nk loading page blog dia.. Aduyai. Lambatnya.. Selepas 40minit kemudian baru blog dia dah ok, =___=" Selalunya blog yg aku pergi ni (yang berat loading page) macam newbie blogger..

Apa kata anda timbang berat blog anda di SINI dan anda lihat berape besar size web anda and berape lame loading time blog anda.. Ha?! Berape size blog anda? Berape lame loading time blog anda?

Berat? Kenapa ya....

Buang semua widget² yg x patut seperti jam, games ikan, tikus, oik2 kebende sume tu.. Sape nak main? Kalau ada "counter strike" or "need for speed hot pursuit" ke ape xpe la jugak, hari2 aku datang blog anda..hahaha ^_^"

Lagu yang dimainkan automatik mempengaruhi berat blog anda jugak.. Sebab tu la blog aku ni tiada lagu, malas nak letak.. Watpe? Menggangu tumpuan pelawat blog untuk membaca entry2 blog anda tu..

File gambar yg terlalu besar bermaksud sampai size gambar tu ber "megabyte" lah.. Giler besaq.. Terkejut cek.. =___=" Ok, cara nak kecikkan, yg biasa aku buat Pilih gambar, right click and open with PAINT.. Dah bukak tu, trus "CTRL + S " save.. dan lihat size gambar berkurang.. *Buat atas risiko sendiri, kalau takut jadi apa2, sila copy gambar terlebih dahulu ^_^ masyeh..haha
Di blog jangan terlalu banyak sangat gambar yek..

Widget yg berbentuk flash alaa, macam bende² terapung tu.. better x payah la i think.. I think yek, not u.. muahaha~ Kalau yg effect2 salji tu xpe, Tapi jangan banyak plak letak, ade salji, ade text terbang² kat cursor tu.. Kiri kanan blog ade kuar icon music.. Tak payah la.. Buat berat je.. Hah! lagi satu, marquee text and photo slider pun leh jadi blog anda berat ^_^

Orite, ^___^ Harap tips2 tu boleh ringankan blog anda ye..
Itu semua dari segi pandangan aku, maaf la ye kalau ada apa² kesalahan dalam entry ni..
Terima Kasih ^^.v

Update! Lagi satu, dalam blog anda, buatlah post hanya 4 5 entry je ye untuk satu page.. 
2 entry satu page pun lagilah ringan blog anda ^__^

Saturday, December 18, 2010

Tutorial : Boleh tak disablekan Comments Verification??

Assalamualaikum, warghhh.. dah pukul 3am.. Aku masih tak tidoq² lagi ni.. Pegi blogwalking jap, xde keje nak buat, tengok blogger².. Ade yg senior dan ada blogger yg masih baru dalam dunia blogging ni.. Selamat Datang ! ^_^v
Dalam blogwalking tu, adelah jugak entry² yang agak best! Eksiden Excited giler nak komen sebab entry tu best gile vavi oik² ..  Dah siap tulis comment, dah nak hantar ni..Tup² kene comment verification.. Adooiii~ Aku pun taiplah.. Wargghhh.... malasnye nak taip ayat tu... Kalo ade 10blog camni, kene comment verification.. Hanya 2 3 blog je aku larat wat..yg selebihnya tu jangan harap.. 


Ahah! Inilah yg menyebabkan kurang komen di entry blog kite.. *ceyhh kite >_<
Sebab ada comment verification! Macam aku ni, confirm jadi malas nk taip verification tu.. Kome pun camtu ke?
Cara nak disablekan Comment Verification; (disable ke? lantak je la, asalkan kome faham =3 )
Pegi kat SETTING and ke tab COMMENTS, Ikut dan buat macam dalam gambar ni;
Orite, harap blog kome akan dapat byk komen² sebab dah xde Comments Verification ni..
Eh, blog aku ni pun jangan lupa komen! haha .. Orite.. Chauww~ ^^,v

Monday, December 13, 2010

Tutorial : Tak boleh remove gadjet! Kenapa ek?

Hah, alahaiii, camne ni? tak leh remove la plak! Nyemak je.. =___="
Ahah! Korang nak tahu x camne nk remove?

1. Pergi ke Design --> Edit HTML
2. tekan " CTRL + F " search nama text gadject kome tu... Macam aku ni, aku nak cari "Comments yang diterima" so, aku search yang itu..
Dah dapat! hoho
3. Nampak x perkataan 
" <b:widget id='Gadget1' locked='true' title='Comments yg Diterima' type='Gadget'/> "
4. Ubah code text warna merah tu kepada 'false'
5. Save template.. Pegi ke PAGE ELEMENTS plak..
 
Yeszaaa, dah boleh remove! ^^, haha
Ini aku guna cara aku, xtau la plak cara orang lain camne kan.. Sebelum ni ade gak ternampak tutorial camni kat blog Zaerr *promote blog Zaerr, ciss..haha

Okeh! Faham ke kome? tak faham tanye la ek.. ^__^

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza