Showing posts with label cara printscreen. Show all posts
Showing posts with label cara printscreen. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Tutorial : Cara Print Screen dengan mudah (Photoscape)

Assalamualaikum ^__^ Ok, aku tak ada apa nak cite kat korang.


Haih, lepas SPM ni jadi femes yek. Seminggu  3/4 kali dapat surat dari u/kolej. Semestinya swasta. Dan ada jugak pihak u/kolej yang call aku. Haih, mana diorang dapat no fon aku haa? Femes aku ade je orang u/kolej call je..kah3


Ok, tadi gitau takde apa nak cite, ni tadi ada plak? puek~
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Print Screen. Tau kan apa print screen tu? Dia macam tangkap gambar kat dalam desktop pc korang ni lah. Contoh macam ni ;

Hahh, macam ni lah =) Boleh print screen kat mana² pun boleh selain desktop.. Tgh main game pun boleh print screen jugak.


Print Screen menggunakan Photoscape ( cara pertama )
1. Tekan button ' Print Screen ' kat atas insert, sebelah kiri scrool lock, sebelah kanan F12. Faham tak? hahaa
2. Haish, tu pun nak tunjuk gambar button tu ka?

3. Sudah tekan button tu, korang masuk Photoscape atau Paint. Tapi aku selalu guna Photoscape je.
4. Masuk 'EDITOR'
5. Tekan button CTRL + V ( paste ), kalau nak right click + paste tu tak boleh.. Aku tak tau pasaipa. 
6. Lepas tu save lah! Apa lagi! haha
7. Boleh jugak dan tambah apa² kat gambar print screen tu, macam aku mosaic sikit kat gambo pertama atas ni. 


Print Screen menggunakan Photoscape ( cara kedua )
1. Buka Photoscape
2. Click pada ' Screen Capture '


3. Click la mana² yang korang nak.. 
-Capture Full Screen tu macam gambar pertama atas tu. 
-Capture Window tu capture dalam window je. Acano nak cite eh? haha
-Capture Region tu memandailah korang explore yer.. Serius aku tak tau nak terangkan kat sini.. haha =="
Repeat last capture , entahlah.. Aku pun baru click tadi, dia capture balik apa yg telah kita print screen kan sebelum tu. Tapi mmg jarang gunalah.


Ok, ada faham ka? Kalau tada faham , sini mari tanya.. =p kredit : Wikipedia

*updated!
Untuk pengguna Windows 8, lagi senang!
Korang just tekan Win + Print Screen. Win tau tak? Yang ada symbol windows kat keyboard tu.
Gambar yg sudah diprintscreen akan disave dekat libraries --> pictures folder. Selamat mencuba ^_^

Saturday, January 7, 2012

Tips : Cara Printscreen dan Direct Terus Ke URL

Kat IM, Facebook.

Ariff : Zai, aku ada sesuatu nak tunjuk kat kau ni. Ade budak tu chat ngan aku pastu dia cakap pasal kau.



Zai : Hah? Budak tu cakap apa pasal aku?


Ariff : Dia cakap kau "hensem". Kau mesti tak percaya punya. Kan?


Zai : Erk?! Aku hensem? wakaka. Ape bukti kau?


Ariff : Nah.. "Aku dah lama perhatikan Zai tu, hensem gak dia kan? :)"


Zai : Hak alah! Tipulah kau! haha. Takkan kot dia taip gitu =__=" Bak sini printsreen! Senang.. Ade bukti..haha


Ariff : Errr... Aku malaslah, nak tekan 'printscreen' pastu nak upload lagi.. =="


Zai : Haha, pemalas nye budak... Nak senang je budak zaman sekarang ni *tetiba* Camni, kau nak senangkan? Gunakan IMGUR! Install tool ni. Kau guna Firefox ke? Kalau guna Firefox ambik ni SINI dan kalau kau guna Google Chrome ni hah SINI .


Ariff : Aku guna Google Chrome. Jap, nak download..


......


Ariff : Zai, dah. Lepas tu?


Zai: Hoi2, lamanya? Aku rasa tak sampai 5 minit nak install.. Berak ke? =__=" Orite, lepas tu kau Right-click then click dekat 'imgur' and click 'capture area'. Capture area kat IM kau chat tu. Ataupun kau nak printscreen penuh desktop kau tu click 'capture page'.


Ariff : Orite bebeh. Kejap... *seminit kemudian* Nah! haha. http://i.imgur.com/Wxnqy.jpg Boleh pun..


Zai : Erk! HAHAHAHA! Tak sangka dia cakap aku hensem.. #malu gua =">


Ariff : Blah la lu.. =p haha. Ape lagi yang best Imgur ni?


Zai : Err, yang best kalau kau nak upload gambo kau boleh drag je gambar tu dari desktop/folder kau terus ke Imgur tu. Tapi kau kene click dululah tool imgur yang warna hitam atas kanan chrome kau ni pastu baru boleh drag. ^_^ bukan drag kereta tu yek.. Dan dia akan convertkan gambar tu dalam bentuk 'url' macam kau hantar 'url' gambar komen tadi tu. 


Kau boleh jugak gunakan 'URL' tu untuk blog (edit template, upload gambar dalam entry) =) Tapi lebih bagus kalau kau Register kat imgur tu. Senang sikit aku rasa. Contoh : kalau kau tak register dan guna PC lain, kau tak dapat capai gambar kau kat imgur tu disebabkan gambar kau upload tu hanya kat PC yang kau guna time upload. Tapi, kalau kau register dan ada account sendiri, kalau boleh login dan capai gambar2 yang kau upload dimana2 computer je =) *berbelit dah aku cakap..HAHA


Ariff : Haha, aku tak drag, aku dritf..hehe Okeh, aku faham ler.. Thanks Zai ^_^ Lepas ni bolehlah aku printscreen dengan sesuka hati aku je..kah3


Zai : Same2 =D


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Senang tak guna? =) Ada apa2 pertanyaan? Oh ya, Imgur ni hanya kegunaan untuk dalam web browser / internet je.. Sebaliknya tak boleh =D




psst~ link gambar puji aku 'hensem' tu maybe akan didelete atas sebab2 tertentu..
harap korang faham apa yg dialog tu cakap ya. Assalamualaikum.


thanks to SINI for da gambar..kah3

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza