Showing posts with label tempahan header dan template. Show all posts
Showing posts with label tempahan header dan template. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

Shoutbox baru! Gantikan SHOUTMIX kepada FIBOX!

Assalamualaikum.. Oriite! Dah masuk hari yang ke-3 aku tak update. Sekarang baru nak update ^_^ Aku sibuk sikit dengan header blog ni.. Nak tengok ke hasil yang aku dah buat? Buruk je aku buat, tu murah tu..huhu


Nak tempah? Click SINI 
--------------------------------------------------------------------------------

Orite, kembali pada tajuk!
Setiap blog mesti ada shoutbox kan? Tak kiralah Shoutmix, Cbox, Shoutbox dan lain².. Tapi secara umumnya ramai blogger yang menggunakan Shoutmix! Sebab apa? Maybe Shoutmix ni agak best diguna, tak payah nak taip nama dan url banyak kali sebab cache nya dah ada dalam browser.. *cache ke cookies? =..= Dan shoutmix boleh diadjust shoutbox nya seperti kedudukan interface, ubah warna shoutmix, dan ada security.

Baru² ni shoutmix ade mengeluarkan notis yang mulanya 1/1/2012 dah kene bayar untuk guna shoutmix tu. Adoi. "The good news is that ShoutMix will be available for only $0.99/month and will be available effective immediately. For our old version (the Classic) it will only be available in Premium package which costs approximately $1.67/month." <---the good news?!! =_="

Okeh, aku tau kome (korang,anda) tak bayar kan? Semua nak percuma je kome ni! Haish! Masuk tandas pun nak kene 20sen tau?! *tetiba . Sekarang ni ramai yang beralih ke Cbox! sebab dia percuma..keh3. Tapi cbox ni aku tak berapa suka sebabnya dia punya interface tak berape lawa dan kene masukkan nama dan url setiap kali nk ber"shout".

Aku beralih ke Fibox! Yeah, terima kasih kepada Amin sebab aku first jumpa Fibox ni kat blog dia lah..haha. Fibox (beta) ni agak lawa jugak ^_^ Boleh letak link gambar/blog dan cara register dia senang. Tapi aku masih tak tahulah nak kene bubuh nama dan link blog setiap kali nk shout.. hurmm =..=

Apa pendapat korang tentang Fibox? Aku dah bertukar kepada Fibox! ^_^

-Korang masih boleh guna Shoutmix tu sampai tempoh expired :)
-Err, entry aku yang ni penuh dengan SHOUTMIX je? =_=" Pasal FIBOX sikit gila..haha


Wednesday, December 21, 2011

Tempah Header Blog =D

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Syatoza yang tah hape² ni..haha


Nak tempah header blog? Rasanya aku dah lama dah tutup tempahan header blog tu dalam beberapa bulan yang lepas sebab aku nak focus SPM ^_^ 


So, sekarang aku nak buka balik tempahan header blog sebab sekarang ni aku tengah menganggur =..= dan duit poket kering . Kalau time sekolah adelah jugak duit belanja, tapi la ni cuti.. mana ada duit belanja..haha


Aku design header simple² je.. Tak berapa professional macam Cik Bulat dan Wan Hazel tu ^_^" Aku cuma seorang amatur..kihkih. Ni ada sample header yang aku pernah buat;
header yang statik yang pernah aku buat kat blog aku ni



aku rasa ada banyak lagi kot, KOT je lah.. sebab maybe aku pernah delete dan pc aku baru format.. Tapi aku rasa banyak ni je kot pernah aku buat.. erk? entah? lupakanlah -,-
*header .GIF (click utk tgk dia bergerak dengan sempurna)
*header .GIF (click utk tgk dia bergerak dengan sempurna)
*header .GIF (click utk tgk dia bergerak dengan sempurna)


Orite.. Tu je kot design header aku pernah buat ^_^ Header gift kalau korang tgk kat sini mmg nmpk pecah² kan? tu sebab gambar nya tak 'original' click gambar header tu.. baru ok. =)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Untuk tempahan header statik :
1. Jenis header : Transparent atau tak
2. Saiz header : Boleh tgk kat edit html korang. Selalunya blog saiz 900x200..
3. Tagline header : Aku bukan ninja, tapi aku blogger *contoh
4. Font : Nak font berangkai or simple² je?
5. Gambar yang mahu diletak kat blog : Gambar mestilah tidak dipotong² macam terpotong bahagian bahu, kepala atau tangan.. *boleh rujuk SINI Email di syatozapunyer [@] yahoo.com


Untuk tempahan header bergerak (.gif) :
1. Jenis header : Transparent atau tak
2. Saiz header : Boleh tgk kat edit html korang. Selalunya blog saiz 900x200..
3. Tagline header : Aku bukan ninja, tapi aku blogger *contoh
4. Font : Nak font berangkai or simple² je?
5.Gambar yang mahu diletak kat blog : Gambar mestilah tidak dipotong² macam terpotong bahagian bahu, kepala atau tangan.. *boleh rujuk SINI Email di syatozapunyer [@] yahoo.com
6. Animasi: Apebende korang nak gerakkan tu? O.o Gambar ataupun text? (rujuk header .gif yang pernah Zai buat)


Hantar tempahan itu pada email zai (syatozapunyer [@] yahoo.com) atau add zai di FB atau bagi email/ym/skype korang kat komen ni dan kita chat2 kat ym/skype! =D
Harga header lebih kurang rm5-10 sahaja! Ikut zai jugaklah, kalau rasa susah giler nak buat jadi rm10..ekeke

Oh ya, boleh jugak tempah Full TEMPLATE blog kat zai =D Zai buat simpe² saje lah.. Harga template blog dalam rm15 ^^,  Jap, buat masa ni template ade problem..Aiyooo~huhu

Maaf eh =) nnti dah ok, aku bukak balik..


Terima kasih. Maafkan Zai kalau ada buat salah ya.. Manusia tidak lari dari membuat kesilapan ^^"

Updated 30/12/2012. Tempahan masih ada lagi, cuma rasanya header lambat dibuat disebabkan tiada kelapangan masa. Boleh cancel kalau taknak tunggu lama2 =)
Add di FB ya, kalau di email jarang la plak bukak.huhu. Terima kasih ^_^ 

Sunday, December 18, 2011

Lama tak tukar header :)

Assalamualaikum, hyep! Lama dah aku tak update blog. Sejak dah habis SPM ni, rasa macam... Errr~ Aku rasa malas gila! Dan aku rasa hidup macam sia-sia je..haha. Yela, hari² duduk rumah, online, buka facebook, buka blog orang, main game yang sama.. haihh~ Tu lah, time sekolah rasa nak cuti sangat²! Tapi dah time cuti ni rasa macam nak sekolah!!!!!


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hah, header.. Semua blogger ada header! Header tu bagaikan intro lah kepada sesuatu blog.. Pengunjung datang dan mula² sekali pengunjung akan nampak header. Mereka akan rasa "blog ni macam bestlah!" =D gitu...kot? haha

Aku last tukar header beberapa bulan yang lepas.. Aku rasa tu header aku paling lama aku pernah pakai. Alaaa, header yang flash hanya text "syatoza" tu je.. Ingat? =_=" Sekarang ni pun masih sama lagi but ditambah dengan text dan ninja mata bergerak² tu.. Korang suka la tu main mata sampai  juling mata dia..hahaha

"I'm not a ninja, but I'm a blogger.", Ok, tagline tu hanya kebetulan aku taip.. Maybe icon/kartun ninja tu berkaitan dengan SYATOZA tu kot.. Dengar nama Syatoza macam nama Jepun je kan..nguhahaha~ Tapi aku bukan ninja, aku blogger =D *blogger ke eh? =..=

Tagline yang pernah aku buat;

1. " Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan "
      Aku tak igt lah kenapa aku buat tagline camni, tapi yg aku igt aku copy paste kat google.. >_<
2. " Hidup kene EXPLORE, barulah kita dapat pelajari sesuatu "
       Ok, kenapa semua "hidup" je bile starting.. =..= Ni ayat aku buat sendiri! *bangga*

Amacam header sekarang ni? ok? =D Terima kasih

Ada tak yang nak tempah header (rm5-10) dan full template (rm15-20)? 
Aku ni tak berapa sangat design :)
Boleh contact aku kat FACEBOOK. Terima kasih.

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza