Assalamualaikum, hallo.. Selamat petang/malam :) Worite geng, aku ada ubahsuai sikit blog ni.. Dan aku letak
shoutbox kat bahagai atas ni.. ( jari tulunjuk tunjuk atas ). Aku pernah guna style camtu dulu time blog aku masih berdomainkan ".blogspot" =) Baki domain ".com" tinggal beberapa bulan je lagi. Nak kene renew ni nanti.. Harap
Cik Gayahspears boleh membantu :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejarahwan! Hah, aku cakap pasal sejarah je, mesti ada yang rasa ngantuk =_=" Dem lah, kenapa? Bosan sangat eh sejarah ni? Weh, sejarah ni penting untuk kehidupan masa depan tahu! *ceyh~ Apa itu sejarawan? Errr.. sebenarnya aku tahu, tapi entah? tetiba dah lupa apa maksud tu..harharharhar.
Ini peluang kepada anda yang pandai SEJARAH! Jomlah join program SEJARAWAN MUDA ni!
Info;
Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melantik Double U Network Sdn. Bhd untuk menerbitkan rancangan tv berkonsepkan kuiz realiti kenegaraan yang bertemakan sejarah Malaysia. Sejarawan Muda (13 episod x 60 minit) akan diterbitkan untuk siaran di TVi (RTM).
(Sejarawan Muda yang dikendalikan oleh seorang hos menawarkan hadiah wang tunai lebih suku juta ringgit (+RM250,000) untuk para peserta dan penonton di rumah yang menyertai rancangan ini. Penyertaan hanya dibuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.Pemilihan 14 peserta berumur 17-25 tahun akan diadakan di seluruh Malaysia (sila lihat jadual ujibakat peserta) di mana hanya peserta yang berpengetahuan dalam sejarah Malaysia dan memberikan komitmen untuk penyertaan akan dipilih menyertai Sejarawan Muda.
Pada setiap episod, peserta yang mendapat markah paling rendah akan ‘terkeluar’ namun mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai iaitu RM98,000 akan dibawa pulang oleh 11 orang peserta. Pada episod akhir (episod 13) hanya 3 peserta sahaja akan bertanding untuk merebut hadiah wang tunai RM100,000 (johan), RM30,000 (kedua) dan RM25,000 (ketiga).
Rakaman akan diadakan di studio tv (Lembah Klang) bersama penonton juga di luar studio, di mana para peserta akan dibawa ke setiap negeri di Malaysia untuk menjejaki/mencari bahan sejarah yang terdapat di setiap negeri tersebut.
Penonton di rumah juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 dengan mengumpul dan menjawab 10 soalan mingguan tentang sejarah Malaysia bersama slogan.)
Lebih lanjut, lawati http://www.sejarawanmuda.com
Aku nak join, tapi.. errr.. sure mak ayah aku tak kasi punyalah pi penang, lagipun mana ada transport T_T
pen off~
sumber gambar : wikipedia
Salam maaf hijrah :)