Showing posts with label lawak sejarah. Show all posts
Showing posts with label lawak sejarah. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Kuiz Realiti SEJARAWAN MUDA hadiah bernilai +RM250,000 !

Assalamualaikum, hallo.. Selamat petang/malam :) Worite geng, aku ada ubahsuai sikit blog ni.. Dan aku letak shoutbox kat bahagai atas ni.. ( jari tulunjuk tunjuk atas ). Aku pernah guna style camtu dulu time blog aku masih berdomainkan ".blogspot" =) Baki domain ".com" tinggal beberapa bulan je lagi. Nak kene renew ni nanti.. Harap Cik Gayahspears boleh membantu :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarahwan! Hah, aku cakap pasal sejarah je, mesti ada yang rasa ngantuk =_=" Dem lah, kenapa? Bosan sangat eh sejarah ni? Weh, sejarah ni penting untuk kehidupan masa depan tahu! *ceyh~ Apa itu sejarawan? Errr.. sebenarnya aku tahu, tapi entah? tetiba dah lupa apa maksud tu..harharharhar.

Ini peluang kepada anda yang pandai SEJARAH! Jomlah join program SEJARAWAN MUDA ni! 

Info;
Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melantik Double U Network Sdn. Bhd untuk menerbitkan rancangan tv berkonsepkan kuiz realiti kenegaraan yang bertemakan sejarah Malaysia.  Sejarawan Muda (13 episod x 60 minit) akan diterbitkan untuk siaran di TVi (RTM).

(Sejarawan Muda yang dikendalikan oleh seorang hos menawarkan hadiah wang tunai lebih suku juta ringgit (+RM250,000) untuk para peserta dan penonton di rumah yang menyertai rancangan ini.  Penyertaan hanya dibuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.Pemilihan 14 peserta berumur 17-25 tahun akan diadakan di seluruh Malaysia (sila lihat jadual ujibakat peserta) di mana hanya peserta yang berpengetahuan dalam sejarah Malaysia dan memberikan komitmen untuk penyertaan akan dipilih menyertai Sejarawan Muda.


Pada setiap episod, peserta yang mendapat markah paling rendah akan ‘terkeluar’ namun mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai iaitu RM98,000 akan dibawa pulang oleh 11 orang peserta. Pada episod akhir (episod 13) hanya 3 peserta sahaja akan bertanding untuk merebut hadiah wang tunai RM100,000 (johan), RM30,000 (kedua) dan RM25,000 (ketiga).


Rakaman akan diadakan di studio tv (Lembah Klang) bersama penonton juga di luar studio, di mana para peserta akan dibawa ke setiap negeri di Malaysia untuk menjejaki/mencari bahan sejarah yang terdapat di setiap negeri tersebut.


Penonton di rumah juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 dengan mengumpul dan menjawab 10 soalan mingguan tentang sejarah Malaysia bersama slogan.)


Lebih lanjut, lawati http://www.sejarawanmuda.com

Aku nak join, tapi.. errr.. sure mak ayah aku tak kasi punyalah pi penang, lagipun mana ada transport T_T

pen off~
sumber gambar : wikipedia
Salam maaf hijrah :)

Saturday, October 1, 2011

SEJARAH AUTA : KENAPA PORTUGIS TAK TAWAN UTARA TANAH MELAYU

Kisah di sebalik sejarah ..
1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.


1509: Portugis menghantar perisik keMelaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah,Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat Dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara,mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan berputus asa.


1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah Dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera disana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.
Seminggu selepas itu..

FEB 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini Cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangatkah mereka itu..? ( dengan nada marah Dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang!

Perisik 3: Betoi tu tuan. Antaranya: 
Hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, hang pasaipa, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang, bapak hang aku bukan binatang (matluthfi90) dan macam macam lagi hang Ada kat sana..

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri, inikan pula nak berhadapan beribu-ribu hang kat situ.

kesian, sekain, sekian,
syatoza

sumber SINI dan SINI

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza