Showing posts with label sebuah katil. Show all posts
Showing posts with label sebuah katil. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

Sebuah Katil. Sebuah kan?

Assalamualaikum :) 

Balik sekolah tadi. Lepas call ayah aku untuk ambik aku , aku terus ke tempat kedai perabot yang aku selalu tunggu dari form 1/2/3 sampai form 5 dulu. Sekarang jarang sangat dah, la ni pegi sekolah naik kereta sendiri.hehe. Oh, harini kereta yang aku selalu guna tu ada masalah sikit. Tayar takde angin plak. Selalu jugak kene pam tayar kereta tu. Bocor kot...

Ramai bebudak junior kat tempat perabot tu tengah tunggu mak ayah / bas. Ramai lagi dari time aku form 1-5. Aku tengok diorang tengah duduk baring-baring atas katil yang dah koyak² pembalutnya. Yelah kedai perabot kan ade jual katil. Maybe orang kedai tu sediakan tempat yang selesa untuk diorang. ceh

Tapi bila aku tengok katil tu, perhatikan katil tuu... Eh, lama dah kot katil tu ada situ! tak da orang beli ke? haha. Time aku form 4/5 ade dah rasanya katil tu. Time tu katil masih dalam keadaan elok, cantik dan empukkk.. Ade la aku dan bebudak lain curi² duduk atas katil, kekadang kene tegor ngan orang kedai tu. =="

Sekarang ni? sila tengok perenggan ke dua. haha. Orang kedai tu dah tak larat dah kot nak tegur. Bagi je lah bebudak tu duduk baring².

psst, kekadang  aku segan nk gelarkan diriku 'Abg Zai' kat junior..wakaka ="> 

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza