Showing posts with label recuva. Show all posts
Showing posts with label recuva. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Tips: Cara kembalikan gambar yang hilang | Recuva

Assalamualaikum, Hello! Ada orang di sana? Ada orang yang tengah membaca blog aku ni? Wahh, terharu aku.. ="> Lama aku tak update, rindu nak update 2 3 entry sehari. Rindu nk buat tu mmg rindu, tapi aku tak ada idea.. Arghhh.. Hah, sekarang ni aku ada idea.. Syukur Alhamdulillah..


Korang pernah menghadapi tak situasi begini:
1. "Waaa, aku terdelete 1 folder gambar untuk assignment.. Habislah, gelaplah masa depan aku..! *overplak"
2. "Haritu kawan aku pinjam pendrive aku, emergency katanya. Dalam pendrive  tu ada macam2 yang disimpan contohnya gambar aku dengan family/kawan, dokumen, lagu dan lain-lain. Aku bagi je lah kat kawan tu. Time dia pulangkan, aku cek pendrive tu kosong! Kawan aku pi delete file dia dengan file aku. Hampeh! Putus kawan terus!"
Wooowooo~ Rilex.. Rilex.. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.. *yeke?
Ok, sebenarnya apabila data tu dipadam, dia tak padam sepenuhnya.. Ada lagi sisa data yang tinggal.  Itu pada pendapat aku lah. Aku pun masih belajar ni. ^_^


Ok, bagaimana mahu menggunakan Recuva ni? 
1. Download dulu software tu di SINI. Install macam biasa. Macamlah korang tak biasa.. Adeh
2. Dah download, run software tu. Dia keluar wizard, lagi senang rasanya pakai wizard ni.
CLICK NEXT
3. File type. Korang select je apa data yang anda terpadam tu. Macam aku pilih Pictures, gambar aku dalam memory card aku padam dengan sengajanya demi tuto ni.. =_="
DAH SELECTED TU, CLICK NEXT
4. Pilih file location korang nak recover balik tu. Aku pilih E iaitu memory card.
CLICK NEXT
5. Korang boleh tick enable deep scan. Dia akan scan dengan lebih mendalam dan mengambil masa sikit. Aku tak pilih.. Malas tunggu.. =="
CLICK START
6. Dia akan start scanning.. Sesape yang tick deep scan tu, tunggu dulu naa.. 
7. Hah, dia akan keluar macam gambar bawah ni, tick gambar/data mana yang korang nakkan tu. Dan click recover.
CLICK RECOVER
8. Select location for recovery. Aku select desktop. Dan korang click OK.
9. Dah complete semua, sila tengok desktop anda. Tada!  Dah dapat balik ! ^_^


Ada apa2 pertanyaan?


psst~! Kalau korang nak recover file yang begitu banyak contohnya terformat komputer tu, tak 100% dia akan recover balik. Ada data yang akan broken dan tak boleh digunakan lagi. Maaflah ye..


1.Nak tanya korang, err.. Penulisan aku ni ok ke? Nak gak tau..huu
2. Ni aku update guna netbuk ni.. haha =D
3. Sumber gambar "Fry Futurama" di google :) TQ

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza