Sunday, March 10, 2013

Tajuk PBS STPM 2012/13


Isi tajuk PBS anda, Nama fb anda pada kategori² dibawah.
Harap dengan adanya tajuk² PBS ni, boleh tolong korang untuk rujuk, sama² berkongsi maklumat. Kot² ada tajuk yang lebih kurang sama, boleh kongsi2, ye dak? :D

Pengajian Am
(Perniagaan)
1. Persepsi penduduk xxxxx terhadap penubuhan pasaraya xxxxx. (Syatoza Zai)
2. Kepentingan pasar malam dalam komuniti kawasan Taman Ria Jaya. (Norhafizah
Asri)
3. Kepentingan gerai buah-buahan di pekan Guar Chempedak (Wan Serizawa)
4. Persepsi masyarakat terhadap Kedai Rakyat 1 Malaysia (Siti Sarah)
5. Perkembangan perniagaan kedai jahitan wanita di kg xxxxx. (Amirah Syazwani)
6. Keberkesanan D'Mart kepada penduduk di xxxxxx ... (Saiful)
7. Cabaran dan potensi Syarikat Stesen Minyak ( Iliey Iezat Mbu )
8. Masalah - masalah yang dihadapi oleh MBO Teluk Intan di xxxxxxxx ( Mike )
9. Kepuasan pelanggan terhadap kedai pakaian di xxxxxxxxx (Appy edmund)
10. Kepentingan inap desa (homestay) kepada penduduk setempat di xxxxx (Nurmi Anira Rasli)
11. Faktor kecenderungan masyarakat tempatan mendapatkan barang keperluan di Tesco(Nabilah Kasim)
12. Kecenderungan Penduduk Kulaijaya Yang Lebih Gemar Membeli Coklat di Fidani JPO (Najwa Syahira)
13. Persepsi Penduduk Kelapa Sawit Terhadap Pasaraya A-Mart Di Taman Manis.(Are-Cap Nyot)
13. Faktor insurans kurang mendapat sambutan orang ramai (Itazze Nia Ron)
14. T ahap kepuasan pelanggan terhadap restoran xxx (Joe)
15. Kajian Tentang Kepentingan dan Tahap Kepuasan Penduduk Terhadap Perniagaan Runcit di Pekan Sikuati Kudat, Sabah. [Rallesty Ozzty Onduk]
16. Kajian Impak Aktiviti Syarikat Sabah Softwoods Berhad Kepada Pembangunan Sosioekonomi Penduduk di Kampung Brumas, Tawau. (Jiji J Andai)
17. Masalah dan kesan yang dihadapi oleh perniagaan memborong XxxXXxx di Pusat Perniagaan Xxxxx , Teluk Intan. (Hy Wong)
18.Pusat perniagaan Bazar JB.Cabaran dan Potensi
19. Potensi dan cabaran restoran L.A Tea Garden sebagai restoran masakan ala Barat.
20.Perniagaan Kafe Siber dan Kesan Kepada Golongan Remaja.(Lolipop Lipme)
21.Prestasi pendapatan bulanan yang diperoleh oleh peniaga-peniaga di kedai makan xxxxxxxx. (Melvyn Matu)
22. Tinjauan Perniagaan Secara Online dalam Kalangan guru di SMK Tawau. ( Reduansah Maidin)
23.Persepsi Penduduk XXXX Terhadap Perkhidmatan Kedai Serbaneka 7-Eleven di XXXX (Farah Atiqah)
24.sambutan pembelian barangan jualan langsung dalam kalangan penduduk....( Gayah Kamaruddin )
Pengajian Am
(Pengangkutan)
1. Satu kajian mengenai pengangkutan awam (bas) dalam kalangan penduduk kawasan melayu PJ. (Shananna Shahbudin)
2.Masalah yg dihadapi oleh pemandu teksi pekan changlun dan langkah mengatasi
(syuhada ghani)
3.sumbangan dan masalah pengangkutan bas hent-henti di kawasan xxxx (farah othman)
4.KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS AWAM(siti saleha)
5.PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN TEKSI DI BANDAR TAWAU (ASRI RIEY YANA)
6. Kecenderungan pelajar sekolah (xxx) menaiki kereta sendiri berbanding pengangkutan awam di (xxx) . => Haziq Kaifli <=
7.Penggunaan motosikal dalam kalangan pelajar (xxxxx) ke sekolah.
> Amy Ahmad
8. Mengkaji Persepsi awam mengenai pengangkutan bas awam di Bandar xxxxxx => Claraynce Henry
9. mengkaji tahap keselamatan penguna wanita dalam pengangkutan awam(Latifah Kaiyisah)
10. kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan teksi di damansara damai ( mohd hafizi zulkifli )
11. faktor pemilihan kenderaan dalam kalangan ibu bapa pelajar smk sandakan 2 (xxxx)
12. faktor yang mendorong kepada peljar mggunakan pnggkutan bas sekolah untuk ke sekolah (amierul fitri)
13. pengangkutan yang digunakan oleh pelajar asrama xxxxxxxx balik ke kampung.(Sheren ak Jeffrey)
14. Sumbangan pengangkutan bas di daerah Kemaman ( Alya Nadeeya )
15. keberkesanan amalan kongsi kereta dalam kalangan guru di sekolah XXX. (Nur Farhana Mahashim)
16.Kualiti perkhitmatan Bas sekolah dalam kalangan pelajar di smk xxx.(Izqaesar Izieati)
17.penggunaan basikal sebagai mod pengangkutan dalam kalangan pelajar SMK SULTAN YUSSUF(shafirah shahariman)
 18. persepsi pengguna terhadap bas dyana ekpress di daerah Semporna ( Nur kNisa)
 19.  Kajian Kerosakkan Jalan Pengkalan Rejab (Zy Radzi)
20. Kajian Tentang Faktor Pemilihan Jenis Pengangkutan ke Sekolah dalam Kalangan Murid Tingkatan Lima (5) SMK Seksyen 10 Kota Damansara. (Marlyana Masdar)
20 perbandingan antara menaiki kereta sendiri atau pengangkutan awam untuk peljar ting.6 smaplabu pulang ke rumah < nadiajamaludin>
SEJARAH
(TEMPAT)
1. Perkembangan instrastruktur dan masyarakat di xxxxxxx. (Syatoza Zai)
2. Sejarah pembangunan Teluk Intan. (Siti Sarah)
3. sejarah dan perkembangan SMK BUKIT SAUJANA, PORT DICKSON. (Anis Amirah)
4.sejarah pembangunan istana seri menanti,kuala pilah (lovely angels)
5. sejarah penubuhan TUDM bukit ibam (farhana farah)
6.sejerah asal usul dan perkembangan pasir salak semasa pemerintahan british dari tahun 1874-1896(Latifah Kaiyisah)
7. Sejarah Bandar Kudat : Ditinjau Dari Sudut Asal Usul dan Perkembangannya Dari Tahun ... ... ... [Rallesty Ozzty Onduk]
8.Sejarah dan Pekembangan Bukit Puteri,Kuala Terengganu(Lolipop Lipme)
SEJARAH
(EKONOMI)
1. Perkembangan dan sumbangan syarikat F&N dari tahun 2000 sehingga 2012 kepada rakyat malaysia (Shananna Shahbudin)
2.perkembangan ekonomi di xxxx (farah othman)
3. Perkembangan kedai emas .... ( Alya Nadeeya )
4.Xxxx Xxxx Xxx Sdn. Bhd. : Sejarah penubuhan dan perkembangan pada akhir abad ke-20 (Hy Wong)
5.
6.
7.

SEJARAH
(PERUBATAN)
1. Kajian kes penyakit leukemia di kuala terengganu (Alexendria Xica)
2. Mengkaji asal-usul perubatan tradisional India, Ayurveda (Nur Farhana Mahashim)
3.
4.
5.
6.
7.
SEJARAH
(KULINARI DAN MAKANAN)
1.Asal Usul Kuih Inang-Inang (Iliey Iezat Mbu)

SEJARAH SENI DAN KEBUDAYAAN
1.Adat istiadat perkahwinan dusun kimaragang di kg xxxxx(Appy Edmund)
2.Adat Perkahwinan masyarakat Melayu Brunei di kg xxxxxx ( Claraynce Henry )
3.Asal Usul & Perkembangan Barongan (Najwa Syahira)
4.adat perkahwinan masyarakat melayu (Itazze Nia Ron)
5. Adat perkahwinan suku kaum rungus di xxx (Joe)
6. Adat resam kaum bugis di sandakan (xxxxx)
7)Asal usul tarian orang ulu di kapit,sarawak(sheren ak jeffrey)
8) sejarah perkembangan seni batik pada tahun 1980-2000(imran)
9)adat istiadat perkahwinan suku kaum Bajau di kg xxx (Izqaesar Izieati)
10)adat berpantang dalam masyarakat melayu.(shafirah shahariman)
11. Seni kraftangan masyarakat Iban : Pembuatan tembikar " NUAN". (Melvyn Matu)
12. Sejarah Perkembangan Batik di Kelantan pada Tahun 1910 sehingga 1920
SYARIAH
 1. Perkahwinan Tanpa Kebenaran Mahkamah : Punca & Kesan Kepada Masyarakat. (Najwa Syahira)
2. Merompak menurut perskektif undang-undang Islam dan Kanun Keseksaan Malaysia.


*lain2 kategori boleh ditambahkan :)
Syatoza Zai.

Tuesday, January 29, 2013

Kertas dinding cantik (wallpaper)

Assalamualaikum :)

Aku jenis jarang tukar wallpaper desktop aku ni.
Tadi aku tengok ade page JOMPHP post wallpaper desktop dia. Lawa..haha
So aku google gambar tu, jumpa. Tapi aku terjumpa yang lagi menarik perhatian akulah.
So, ni lah wallpaper desktop aku sekarang;

Aku suka dengan kehijauan kaler tu. Rasa tenang je..haha. Desktop baru diperkemaskan. Kalau tak sebelum ni jadi camni ;

Haa.. bila ada sesuatu projek nak disiapkan, camtu la jadinya. terabur.. =="

Untuk wallpaper yang pertama tu kat SINI dan yang kedua tu kat SINI
atau lain-lain wallpaper di SINI , gambar bunga² di SINI . Banyak 'sini' ya?

psstt.. like page JOMPHP, banyak info² IT di sana :)

Sebuah Katil. Sebuah kan?

Assalamualaikum :) 

Balik sekolah tadi. Lepas call ayah aku untuk ambik aku , aku terus ke tempat kedai perabot yang aku selalu tunggu dari form 1/2/3 sampai form 5 dulu. Sekarang jarang sangat dah, la ni pegi sekolah naik kereta sendiri.hehe. Oh, harini kereta yang aku selalu guna tu ada masalah sikit. Tayar takde angin plak. Selalu jugak kene pam tayar kereta tu. Bocor kot...

Ramai bebudak junior kat tempat perabot tu tengah tunggu mak ayah / bas. Ramai lagi dari time aku form 1-5. Aku tengok diorang tengah duduk baring-baring atas katil yang dah koyak² pembalutnya. Yelah kedai perabot kan ade jual katil. Maybe orang kedai tu sediakan tempat yang selesa untuk diorang. ceh

Tapi bila aku tengok katil tu, perhatikan katil tuu... Eh, lama dah kot katil tu ada situ! tak da orang beli ke? haha. Time aku form 4/5 ade dah rasanya katil tu. Time tu katil masih dalam keadaan elok, cantik dan empukkk.. Ade la aku dan bebudak lain curi² duduk atas katil, kekadang kene tegor ngan orang kedai tu. =="

Sekarang ni? sila tengok perenggan ke dua. haha. Orang kedai tu dah tak larat dah kot nak tegur. Bagi je lah bebudak tu duduk baring².

psst, kekadang  aku segan nk gelarkan diriku 'Abg Zai' kat junior..wakaka ="> 

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku mahu?

Kita sering kali bertanya,"kenapa aku tidak dapat apa yang aku mahu?"

Quran menjawab," boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. "
(surah al-baqarah, ayat 216)

:)



Thanks Ainaa yg post kat fb aku tahun lepas.
Ya, dah lama dia post. Ayat tu macam bagi aku..entahlah nak terangkan camne. bermakna kot?heh


assalamualaikum :)
#autopublish

Monday, January 28, 2013

Program C Pertama Saya


#include <stdio.h>
void main()
{
       int umur;
       umur = 19;
       Printf("Assalamualaikum, Hyep! Saya Syatoza. Ini program C pertama saya\n");
       Printf("Oh ya, umur saya %d tahun",umur);
}

output akan menjadi =
               
                     "Assalamualaikum, Hyep! Saya Syatoza, Ini program C pertama saya
                     Oh ya, umur saya 19 tahun"

Haa, itulah program C++ yang pertama aku buat dalam Sem 2 ni.. Wuh..sekarang masih belajar teori. Masih dalam tahu + taktahu..haha

Sekarang ni dok busy dengan 'mini thesis' (PBS) -_- Aku suka gunakan mini thesis daripada PBS. Yelah, Pre-U.. Kalau kat U pggl thesis je kan?
Doakan kami berjaya. InsyaAllah. Amin

Monday, December 31, 2012

Ada apa dengan 2012? #flash

sumber gambar STPM tu dari sini . Caya lah orang yang buat typography tu. :) Maaf, sebab aku tukar ke 2013. huhu. Aku ada try buat typography camtu, tapi memang kene tahap sabar yang tinggi.heh

Bila aku tengok balik flash ni, buruknya ._. Baru buat tadi ni, cepat2 buat.haha
Aku minta maaf kat korang kalau aku ada buat apa² salah ya ^_^ Terima kasih

Friday, December 28, 2012

Neng, ini cara kau ke?

Pagi. Selepas solat subuh. Neng (kucing) yang duduk kat luar lompat ke atas tingkap yang tertutup. Tingkap yang ada jerigi ditepi. So Neng boleh duduk di atas tingkap tu. Kehadiran Neng ke rumah aku amat tidak disukai oleh beberapa ekor kucing senior disini. Mungkin sebab Neng agak 'special' berbanding mereka.
Tiba-tiba terdengar bunyi Neng mengiau kuat. Rasanya ada kucing lain nak cari gaduh dengan Neng. Lantas aku membuka tingkap dengan segera dan membuat bunyi "syhhhhhhhhhh". Bunyi suruh orang senyap.haha
Ketika aku buat bunyi sebegitu, Neng terkejut. Ya, Neng jenis selalu terkejut-terkejut. Latah agaknya.

Aku tutup tingkap semula, dan terlihat sesuatu cecair yang terpercik di tingkap.
Rupanya Neng kencing. Besemboq! Agaknya dia terkencing sebab aku buat syhhh secara mengejut?
Ada masa tu, aku kat kedai pernah ternampak kucing tengah bergaduh dan tiba-tiba ada air terpancut. ==" yee. air kencing tu lah.
Adakah mengeluarkan cecair itu salah satu seni mempertahankan diri sebagai kucing? O.o

daaan pesal aku rasa skema tulis entry ni? haha. k, Assalamualaikum ^_^

Thursday, December 27, 2012

Arnab Pink


Lama tak main AI (Adobe Illustrator) ni.
Aku ikut tutorial kat sini je. Korang pun bolehlah buat ^_^
k,entry pendek je..heh

Thursday, December 13, 2012

Ku cin ta i' mu (kucing)

Assalamualaikum. Hye. Hyeeeeeeeeeeeeeeee blogger...
Hampir sebulan aku tak update blog ni. Hampir sebulan, ye hampir. Sipi².

Ok, korang ada kucing? Sure ade punya. Suka kucing tak? :D 
aku suka juga sebenarnya. Tapi takdelah suka gegila. Suka camtu² je.
Semua kucing kat rumah ni semuanya kucing yang biasa². Bukan kucing parsi, tapi kucing... kucing... apa ek? kucing kampung? ek?

Ade sekor kucing (namanya Neng sebab dia kuning) tu, dikutip dari kedai makan. Dah 2 bulan lebih rasanya bela kucing tu. Aku jaga kucing tu. Mandikan dia, bagi makan. Makan ikan jeee, nasi jangan harap ==" Dah gaulkan nasi dengan ikan pun dia taknak.grrr

Ada time tu, aku bawa dia tidur sekali ngan aku. Nak dekat 5 hari jugak lah tido ngan aku sebilik. Pastu ade aritu aku terbau hancing. Hancing betui. Memang dah syak la mesti Neng yang kencing kat dalam bilik aku. 

Aku cari bau tu. Rupanya bawah katil. Bila bukak je katil tu. Peehhh.. -_- Banyak jugak yayik Neng ni.. grrr .. Selama ni rupanya time aku tido, Neng pegi bawah katil dan lepaskan sisa dia..hahaha. Yelaaa, aku juga yang bersihkan. heh . Bau diaaaa :O 

Neng, lepas ni tido luar. =="
Alaa :(


Selalunya Neng nak kencing or buang yayik, pegi tandas or pegi luar rumah. Bijak kan gi tandas? Kalau dia siap flush kan lagi bagus..huahua

*sumber gambar : tumblr dan kitten wallpaper

Friday, November 16, 2012

They're back !

camera family punya. ^_^

Beberapa tahun dahulu, selalu guna camera tu. Beli roll film, tangkap gambar, then pegi kedai, cuci... Beberapa hari kemudian baru dapat gambar. Ada jugak guna camera instax, tangkap je gambar terus kuar gambar. Peh itu cool.

Sekarang, teknologi makin canggih. Tak dapat nak kejar teknologi canggih tu.
Camera digital, camera digital single-lens refex (DSLR), instax yang digital pun adoo dah..
Ramai yang guna, senang.. tak payah keluarkan duit yang banyak nak cuci, just save dalam komputer je. Boleh print terus jugak.

Camera² vintage / film makin dilupakan, tapii tapiii..haa ada tapi tu, ada jugak orang yang cari balik dan guna balik camera film ni. Sebab? entah, cool kot? haha

Aku guna balik kamera filem tu, aku baru guna 1 film roll, dah anto kedai buat develop. Ada lagi satu film roll, tak tau nak tangkap gambar apa.

Korang ada tak kamera filem? korang guna tak? kalau tak guna, nak boleh?..harhar

Thursday, November 8, 2012

Komik Jimi dan Robita

Assalamualaikum, heey.. Lama tak update. Arini baru je habis exam STPM 1. Alhamdulillah ^_^ Cuti sebulan lebih ni aku tak tau nak buat apa, maybe aku akan pegi belajar pasal programming kot. Sebab sem depan programming, dan aku kene prepare awal² -_-
------------------------------------------------------------------------------------------
Minggu lepas aku pegi AEON dengan kawan² cari hadiah untuk jamuan pengawas pss. Lepas tu pegi Popular. Sementara kawan² lain pergi beli alat² tulis kat Popular tu, aku carilah buku² yang boleh menarik minat aku nak beli. Buku photography, programming aku baca kejap.

Nak beli buku programming tu, tapi aku lupa plak jenis programming apa yang guna sem depan. (dah tahu dah, C++ ). So tak jadi beli. Buku photography agak menarik, mengenai komposisi tangkap gambar, cari duit dengan tangkap gambar orang kahwin, tapi aku tak perlukan buku tu, kat internet kan berlambak yang ajar cara tangkap gambar dengan posisi dengan tips² fotografi.

Lepas tu aku beralih ke rak komik. Tengoklah komik apa yang ada. Then aku teringat pasal buku komik dari penulis blog Conteng-Conteng. Aku carilah, dan ada jugak. Komik Jimi bahagian satu dan dua. Time tengah cari tu, terjumpa buku Lawak Sekolah dari Amanwan. Apa lagi, belilah tiga² buku tu.haha
Aku nak baca buku ni lepas habis exam, tapi...
Petang tu jugak aku habis baca buku Jimi tu. =___="
Esok malam plak baca lawak sekolah. haha. Nak baca lepas exam konon..eleeh -_-

Buku Lawak Sekolah agak unik. Dia ada bahagian komik dan novel. Dipanggil NOMIK!
Patut aku tangkap gambar dua² side buku tu. Tapi side Novel je aku snap..haha
Apapun, boleh tahan Lawak Sekolah ni, pasal robot pergi sekolah dan robot tu belajar berkenalan.

Buku Jimi ada dua bahagian, bahagian pertama Jimi Dan Raksasa Misai Di Sekolah, dan kedua Jimi Dalam Akibat Jambul Alif.  Cerita ni pasal Jimi yang nak sangat basikal. Dia berjanji dengan ayah dia untuk dapatkan 5A, dan ganjarannya ialah basikal. Adakah Jimi dapat basikal yang dia impikan? Korang kene lah beli buku tu kalau nak tahu cerita selanjutnya ^_^

Koleksi dari blog Conteng-Conteng aku dah ada : buku Conteng-conteng 1 dan 2, buku Jimi . Lepas ni niat nak beli buku Kucing the Cat, buka nota (untuk diconteng/ buat nota sendiri oleh pembeli, entah lah ada lagi ke tak jualan buku tu.)

Siapa dah beli komik tu? Yang tak beli lagi tu, pergilah beli, menghiburkan ^___^

*pangjang plak entri harini, maybe effect tulis esei sejarah pagi tadi kot.. =="

Friday, October 26, 2012

Earphone Rentak


Assalamualaikum,
Jam tu ._.

Dari awal bulan lepas teringin kat earphone ni. Ni sebab lepas tengok gambar instagram TarmiziShukri la ni =="
Blog beliau best jugak, ade macam² tips mengenai fotografi. ^_^

Akhirnya dapat pun beli melalui online. Murah je, rm20 termasuk pos laju. Murah sebab ni beats replica. Replica ke ori ke janji sound dia agak best :) Lagipun aku dah ada headphone beats sebelum ni, tapiii.. patah ==" Aku buka terlalu luas sampai patah.haha

Nak beli? boleh ke sini <--- tu situ

Ok, Selamat Hari Raya Aidil Adha ^_^

Sunday, October 21, 2012

Format dan tambah

Assalamualaikum,

Bila hantar kat kedai untuk format pc. Kita harapkan dia format pc tu dengan betul² kosong. Rupanya dia format then tambah plak software contoh macam games, ccleaner, defraggler, anti-virus merapu, e-kamus. media player pelbagai jenis dan macam² lagi. Software yang sebelum ni kita takda tetiba je ada. Tak best plak tu software tu.

Memanglah software tu agak bagus untuk pc, tapi segelintir pengguna pc tu mesti ada yang tak nak kan. Contohnya macam games, ada pengguna yang tak memerlukan games tu. Terpaksalah uninstall balik games yang banyak tak banyak tu. ==”
Antara software aku taknak (dalam kotak merah) tapi aku biar je lah =="

Lepas ni kena beritahu kat orang kedai tu yang kita nak betul² kosong. Hanya software yang basic je sudah.

Ataupun, kita format + backup sendiri je pc kita tu. Ok gak kan.. Kene belajar balik ni cara format pc ni =9 Lepas ni bolehlah aku buka bisnes format pc.kahkah

Anyways, computer aku dah upgrade. Dah tukar motherboard DDR3, harddisk dengan RAM =)  Alhamdulillah. Terima kasih papa ^_^

Thursday, October 11, 2012

Terselit plak satu tu...

Dari kiri : A300, A200, D40, A230, A390

Hohhh.. event sekolah awal tahun lepas. Time tu aku takda camera lagi, so guna nikon abg aku *dah jual dah.. Kekawan lain semua Sony, aku plak terselit situ Nikon. haha

Diorang dah ke USM, UNISZA, KPTM.
Haritu dah jumpa , dalam satu event sekolah : hari anugerah..
InsyaAllah kita jumpa lagi ya.
Rindu diorang.
Rindu nak tangkap gambar sesama...
Entri pendek,
Syatoza Zai

Wednesday, October 10, 2012

Tadi Pergi Kedai Computer

Tadi pegi kedai computer

Aku : Boleh tak nak tgk senarai harga komputer ?
Penjual : Apa? printer haa?
Aku : Printer? tak, kerete. eh! computer ==" 

ter ter ter kan tersebut kereta.HAHA

Then dia tunjuklah flyers promosi komputer2 yg baru...
Blablabla tanya itu ini, pastu keluar...


Aku memerlukan computer baru, computer yang dah ada tu lama dah, dari 2009 lagi. Akhir2 ni, computer tu asyik shutdown sendiri je, pehal tah.. Maybe pasal power supply kot?

Aku nak sebab aku nak gunakan bende2 multimedia yg banyak. Nak guna untuk projek multimedia STPM, buat video untuk majlis di sekolah, dll. Dengan ram yg agak kecik, so rendering untuk video agak lamalah kan?

Aku cuma upgrade ram je jadikan 2gb. Yang lain semua masih sama (graphic card tukar, tpi jenis yg sama jugak ==") Aku nak ram ddr3, murah pun murah.. Ddr2 susah nak dapat skang ni, mahal plak tu.. HDD pun aku perlukan sekurang2nya 500gb, yang ada skang x sampai 200gb pun, tu pun hampir penuh. Aku akan buang software yang aku x perlukan sementara waktu untuk kurangkan penggunaan storage,  then bila aku perlukan software tu balik, aku install semula.. ==' 
Oh ye, pasal processor takpe lah, processor sempron yg guna skang pun dah ok ^^

Sebenaqnya aku suka lagi pc desktop dari laptop. 
Time degree nantilah (insyaAllah) baru pakai laptop ye :)

k, entri yang tak best. Asalkan aku update blog ni.hoho
Header bila nak tukar ntah ==" k, Assalamualaikum.

Monday, September 24, 2012

Vlogger Yang Aku Suka + Minat + Inspirasi (Part 2)

Assalamualaikum. Hye! Apa khabar semua? Aku sihat Alhamdulillah ^_^ Lama tak update blog woot. Busy wehh, busy lah sanaaad. Malas je lebih, tak busy mana .__.
Lagipun STPM-1 nak dekat, trial pun lagi brapa mggu je ni. Doakan aku ye kekawan ^_^

Orite. Entri sambungan untuk Vlogger Yang Aku Suka (Part 1). Wahaha, lama betul dari bulan 6, baru harini nak sambungnye. =)) Ok la jugak tu, sbb dah bertambah vlogger yang aku suka. Nak tahu siapa ? jom! Jom ke mana? kome duduk je la situ, jgn kemana².heh

1. Mizblurrity 



Kak KD! Kd ke kaydee? Pelajar UKM , dulu UIA sama ngan Aman Wan. Aku kenal vlog² akak ni dari Aman Wan yang komen kat vlog Kak KD. Vlog kak KD yang aku paling suka ialah Youtuber Tag: Kaydee & Shazu . Paling best bagi aku then aku rasa tu video duration paling lama (17minit) =O


Banyak lagi yang best sebenarnya, antaranya Takut Ke Der yang ada 6 Part , Best Friend Tag dan banyak lagi, memandei lah kome nak selongkar.haha 
Aku nak kategorikan camne ek vlog akak ni. Macam² ada, lawak, masak,ape lagi ekk..hee

2. Mentol Pecah

Mentol Pecah, yang kiri tu Mozek dan Nirman. Vlog diorang best! Tapi sekarang ni diorang dah jarang update =/ update ke upload? faham² sendirilah,kbai ==" Aku tak ingat plak camne aku boleh jumpa vlog diorang. Aisehh.. Kebanyakkan vlog diorang ni memang best! Genius, lawak, sengal kebende semuanye lah.haha

Aku suka vlog yang ni  Interview di Al-Hijrah Channel , lawak weh.. x bosan tgk ulang².. xD Aku suka editing dia.. boleh tgk kat sini vlog² diorang yang lain.
Vid yang paling femes ialah vid gabungan vlogger² di Malaysia iaitu Nasi Ayam . ^_^ 1000+ viewers tuu. Tahniah diucapkan!

Untuk pengetahuan anda. Kak KD, Aman Wan, Dan Mentol Pecah ni berkawan. Best betul dapat kawan yang sama minat dalam buat vlog ni :D boleh tengok kat sini kisah camne diorang leh berkahwan : How I Met Mereka :)

Ok. lepas ni Part 3. Yang akhir kot. Tunggulah lagi berapa bulan..wahhaa
Part 3 ni maybe 2 orang lagi vlogger yang baru je aku subcribe diorang. Agak cool jugak diorang tu :) 

korang suka tak vlogger dua atas ni? Amacam? :D
Entri ditaip dari kelmarin *rasanya* kul 10pm 24 sep baru siap. Walaupun 2 orang vlogger saje. =))  haha, nampak sangat banyak tannguh buat entri ni. k, bai. 

Saturday, August 18, 2012

Kad Raya Dari Blogger dan YB

Sebelum tu...

Ya Allah, sebentar lagi RamadhanMu akan berakhir. T.T
Alhamdulillah. Terima kasih atas segala kesempatan, nikmat dan ganjaran yang telah Engkau berikan dalam bulan ini.

Ya Allah, jika dalam pandanganMu puasa kami tidak sempurna
maka sempurnakanlah.
Jika hanya perut kami yg berpuasa namun hati dan anggota badan kami tidak
maka ampunilah.
Sesungguhnya tiada yg mengampunkan dosa melainkan Engkau Ya Allah.
Kasihanilah kami dan terimalah amal ibadat kami Ya Allah.

Ya Allah, izinkan kami berkesempatan lagi untuk bertemu dengan ramadhanMu yg akan datang.
Namun, seandainya inilah Ramadhan yg terakhir bagi kami,
jadikanlah amal ibadat kami dlm ramadhan ini sebagai sebaik2 amalan untuk menjadi bekal kami tika menghadapMu.

Ya Allah, jadikan kami dari golongan orang2 yg dapat membebaskan diri dari nerakaMu,
Dengan RahmatMu, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Aamin
*copy dari fb Ainnur Afifah ^_^ Terima kasih.
____________________________________________________________________

Assalamualaikum.. Hyeep ! Kad raya, aku rasa makin kurang dah gunakan kad raya untuk beri ucapan raya. Sekarang guna e-card, post kat fb je..haha Murah pun murah, bukan murah tetapi free! haha
Tak macam anto kad raya guna pos, kene pi pos la, beli stam la.. la la la la dan la serta la ==" Ok cukup².

Tapi, jujur aku cakap yang aku suka lagi kad raya yang dipos. huhu. Sebab macam bermakna je, boleh simpan dalam almari, boleh tengok tulisan orang tu ^_^
Tahu ni kad raya aku dapat 4 keping je.. Tahun lepas punya aku tak igt, tapi lebih dari 1. ahaha
Terima kasih anto kad raya ni ye :)

1. Kad raya dari Abg Eqbal Zack
hensem huh? hoho
2. Aesya Zealous
Doodle Kak Aesya sendiri..
dannnnn, kad raya dari YB! jeng3
3.
Kenal? Hamzah Ian! harharhar
Baca ucapan dari Hamzah tu. Aku baru je click button follow blog dia..wahaha Padahal aku dah lama dah ikuti blog dia tanpa click button follow. Ni namanya silent reader. hoho
Dan dapat adiah dari Hamzah dan Kanda Dinda, iaitu sampul duit raya ^_^ Sampul dia macam muka depan kad tu je.. lawa! Sayang nak guna =/

Ok lah.. Kata 4  keping? Mana lagi sekeping? Lagi sekeping tu pun kad dari Abg Eqbal. Hantar dua kad atas nama lain..haha.. Maaf2 :) Apa² pun Selamat Hari Raya! Semoga Allah terima amalan dari kami dan anda sekalian ^_^ InsyaAllah... Amin! Aku mintak maaf kepada semua pembaca blog aku ni kalau aku ada buat salah kat korang ye.. Aku maafkan korang walaupun korang takda buat salah pun.. K, Selamat Hari Raya !

Friday, August 17, 2012

Lama tak main LEGO

Assalamualaikum...
sumber
Lego. Taukan lego tu? Malas plak nak terangkan lego tu apa.. korang google je la lego tu apa..haha 
Time aku kecik2, aku suka sangat main lego. Best! Buat bangunan, kereta, kapal terbang. Memang kreativiti meningkat 1 tahap ke 1 tahaplah. :D cewah~
Sekarang ni, mana tah aku letak lego2 tu.. =__=" Dah terbuang kot? O= "ter" ye "ter"..

Kat facebook tadi kawan aku share pasal sejarah awal LEGO ni. Nak tengok ke? 

Best kan cite tu? ^_^ Dari buat mainan kayu sampailah.......... camne nak taip ek.. sampailah ke penciptaan bricks plastik..haha. Kat SINI korang leh tengok infographic pasal lego ni. Click gambar untuk zoom in. credit

Korang pernah main lego ni? Apa ciptaan lego korang yang paling gempak? Bagi aku lah.. maybe kapal terbang kot.. :D Wargh lama tak main lego. T_T

Thursday, August 16, 2012

Cerita Pasal Subjek STPM

Assalamualaikum ^_^
Ok, untuk pengetahuan korang. Aku dah sambung belajar. Di universiti kah? Tak. Oh, habis tu, kolej? Bukan. Tapi di Pra-Universiti or lebih dikenali sebagai form 6! Kenapa form 6? Erm, aku nak cepat ke degree! maybe?
Taknak cite pepanjang. Nak cite pasal subjek-subjek STPM yang aku ambik ni.
Aku ambik subjek Pengajian Perniagaan, Sejarah, ICT, dan semestinya subjek wajib iaitu Pengajian Am dan MUET =) Meh aku nak cite sikit pasal subjek aku ambik ni;

Pengajian Am (PA) : Yeah, subjek wajib ambik dan wajib lulus untuk STPM. Kan? Subjek PA ni macam aku belajar undang-undanglah -_- Belajar akta, perlembagaan dan lain2.  Ada jugak belajar buat karangan, tapi tak macam karangan BM, karangan PA lebih kepada fakta. Nama pun Pengajian Am kan? harhar kan dah bold disitu. Buat masa ni, aku agak pening sikit PA ni, serabut @_@ Takpelah, nnti aku study dengan lebih gigih. Study smart not study hard ^_^

Pengajian Perniagaan : Uuuuu subjek ni. Aku belajar pasal bisnes. Strategi2 bisnes, apa lagi ek -_- Setakat ni Alhamdulillah ok lah..haha *pendek je

Sejarah : What?! Sejarah?! Masa pemilihan subjek tu, rasanya ada 3 pilihan kot. Geografi, Seni dan Sejarah. Eh, geo skali ke? lupa dah. Aku tak pilih Geo. Dan aku pilih sejarah sebab maybe aku suka membaca? ==" Sejarah ni macam buku cerita tau? Kita baca, then bayangkan ~_~ Cara yang sama aku buat time SPM. sejarah time SPM dapat A *tetiba* :P Setakat ni sejarah ok, Alhamdulillah. Tapi igt2 lupa dah ni.HAHA

Seni aku tak ambil sebab... sebab.. Entah lah, maybe disebabkan pengalaman buat coursework seni SPM dlu kot membuatkan aku taknak ambik subjek tu. Byk kot keja seni! =_=" Seni mmg senang nak dapat A. Tapi... aku tak suka melukis tangan (seni halus). Aku suka digital.huhu. Dah dah, apepun dah terlambat kalau aku nak ambik seni. Aku dah ambik Sejarah, dan dah daftar pun dalam exam STPM nnti.

MUET : Jeng2. Ehem2. Ok, jujur. Actually, aku tak berapa pandai nak cakap BI =/ InsyaAllah i will improve my english language ^_^ tengok OhMyEnglish xD

ICT / Computing : Dulu panggil computing, skang dah ICT. Yeah, ICT! Tahukah anda, aku telah merayu untuk mengambil subjek ni. Dan kalau aku tak dapat subjek ni, mmg aku berhenti form6.huhu Terima kasih cikgu sebab approve rayuan aku T_T Aku buat rayaun sebab syarat2 untuk ICT agak tinggi.huhu

Tahukah anda (lagi sekali) subjek ICT untuk semester 1 ni iaitu MULTIMEDIA dah habis pembelajarannya? Wuu, cepatnya habis. Sekarang masa untuk buat coursework multimedia. 30/40%  markah , masuk dalam exam STPM =D Banyak tuu markah. Aku belajar ICT (Multimedia) untuk sem 1 ni, macam belajar ICT SPM balik. haha. Tapi dengan lebih detail la ^_^
_____________________________________________________________________
Oritee... Siapa blogger calon STPM sini? :D Yang aku tau skang blogger Nia Lidia ngan Kak Alia je.
Pe habaq Nia and Kak Alia? haha STPM sem 1 bulan 11 ni. Trial bulan 9. Bukan trial lah, tapi ujian untuk kami, cikgu yang buat soalan. Doakan aku dan calon2 lain dapat buat dengan cemerlang ^^,v InsyaAllah. Amin.

Monday, August 6, 2012

Duit Kecik Duit Besaq

gambar lama tapi baru upload kat blog ni..
Go go Power Rangers! 



Ok, gambar di atas tiada kene mengena dengan cerita dibawah =_="

Situasi 1;
Seorang pelanggan nak membeli kad  topup rm3. Penjual pun bagi kad topup rm3.
Pelanggan tersebut memberikan sekeping kertas berwarna biru biru hijau. (rm50)
Penjual bertanya kepada pelanggan, "takde duit kecik ke?" , "takde la encik", balasnya.
Penjual memberi baki kepada pelanggan yang duitnya rm 10+10+10+10+7 keping.

Situasi 2;
Seorang pelanggan lain pula datang untuk fotostat sekeping kertas yang bernilai 10sen.
Dengan penuh harapan si penjual harap pelanggan tersebut tidak sama dengan pelanggan situasi 1 tadi.
Selepas selesai fotostat, pelanggan itu memberikan sekeping
wang berwarna ungu. (rm100) Si penjual rasa nak..... jeee... grr =__=" Haraapaan, harapan menjadi layu Dan akhirnya si penjual bagi free je untuk fotostat tadi.
Kalau tidak dia terpaksa memberikan rm 50+10+10+10+10+9.90.

Situasi begini selalunya berlaku pada musim gaji iaitu di akhir bulan atau awal bulan.
Dan aku pernah menghadapinya.. (aku la penjual tu)

*pesal bila aku baca balik entri ni macam @_@ je.. haih =="


About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza