Showing posts with label blogger bangang. Show all posts
Showing posts with label blogger bangang. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Mak gua HILANG! Ni buat gua PANAS ni!

*thanks to Tarelkin
Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai. Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.


"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama-lama boleh naik menyampah juga. Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi. "Mak gua hilang la.." Apan berbisik perlahan.


Gua punya la terperanjat!


"Mak lu hilang? Bila hilang?" - Dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.


"Petang semalam... dah cari merata tak jumpa".


Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak Human Resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pulak. Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja Guru Penolong Kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.




****


Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan The Typewriter.


"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di wajah Apan.


Gua cepat cepat bersyukur:


"Alhamdulillah...Jumpa kat mana?",


Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama-rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:


"Dalam sinki penteri."


Gua terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai.


MUG la Apan..MUG..!!, pronounciation macam jahanam!


Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara. =__="
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ngok ! Aku yang bace ni pun ingatkan mak dia hilang.. Rupanya MUG hilang.. >_<"
Eh, ambik kat FB abg aku ni.. cari kat google, ade gak cite atas ni ^_^

uikss? : dua tiga arini, tenet streamyx lembab!! GRRrrr~ Maybe sebab petir kelmarin kot, tu jadi lembab tu.. Adooi, x ada idea ape nak update.. Kang aku update pasal mathematic, IT ngan Sejarah kang! Boleh? ekekee~
Like x2!!

Sunday, February 20, 2011

Yeah! Aku BENCI BLOGGER!

Assamualaikum... Cepat2!! Aku nak update pendek je ni..
Tadi aku pegi ke blog Ammar , baca entry dia mengenai group² di facebook yang "anti" kepada BLOGGERS.. Kenapa ye? Kenapa mereka benci sangat kat blogger? Wei, best beb jadi blogger ni.. Kongsi idea, kongsi cerita, tips dan macam² lagi.. 

Nak² plak jadi blogger ni boleh dapat pendapatan sampingan melalui Nuff, churp2, dan macam² lagi syarikat periklanan.. Ada jugak, blogger yg sampai masuk ke suratkhabar, majalah, tv dan macam² jenis media.. Tapi, aku cakap tu, yang positif.. Yang negatif tu, malaslah aku nk taip =__="



Lagi satu, aku tak pernah la plak nmpk blogger yg perasan femes tapi poyo ni >_<" Ada? Gitau aku ehh...hoho
Hek eleehhh.. tengok² diorg yang anti ni, join jadi blogger.. Pastu tanya blogger lain, "bagaimana nak buat blog?" O.o 

About Me

My photo
Tahukah anda bahawa Dragon Ball mempunyai 7 biji bola?
 

Copyright © 2012 Syatoza Design bySyatoza