Pagi. Selepas solat subuh. Neng (kucing) yang duduk kat luar lompat ke atas tingkap yang tertutup. Tingkap yang ada jerigi ditepi. So Neng boleh duduk di atas tingkap tu. Kehadiran Neng ke rumah aku amat tidak disukai oleh beberapa ekor kucing senior disini. Mungkin sebab Neng agak 'special' berbanding mereka.
Tiba-tiba terdengar bunyi Neng mengiau kuat. Rasanya ada kucing lain nak cari gaduh dengan Neng. Lantas aku membuka tingkap dengan segera dan membuat bunyi "syhhhhhhhhhh". Bunyi suruh orang senyap.haha
Ketika aku buat bunyi sebegitu, Neng terkejut. Ya, Neng jenis selalu terkejut-terkejut. Latah agaknya.
Aku tutup tingkap semula, dan terlihat sesuatu cecair yang terpercik di tingkap.
Rupanya Neng kencing.
Besemboq! Agaknya dia terkencing sebab aku buat syhhh secara mengejut?
Ada masa tu, aku kat kedai pernah ternampak kucing tengah bergaduh dan tiba-tiba ada air terpancut. ==" yee. air kencing tu lah.
Adakah mengeluarkan cecair itu salah satu seni mempertahankan diri sebagai kucing? O.o
daaan pesal aku rasa skema tulis entry ni? haha. k, Assalamualaikum ^_^